Adik Apex (Khairul Fahmi Che Mat ) meninggal dunia

Wednesday, December 07, 2011

Adik pemain gol Harimau Muda, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan gelaran Apex menerima berita sedih apabila adiknya yang baru berusia 17 tahun meninggal dunia akibat jangkitan kuman di bahagian otak.

Adik Apex tidak sempat mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana telah berada dalam keadaan koma selepas ditahan dalam wad selama tiga minggu untuk menerima rawatan. Sewaktu Apex menerima berita sedih ini, pemain bola sepak itu baru saja tiba di Kuala Lumpur untuk melaporkan diri selepas mendapat cuti selama lima hari dari skuad Olimpik. Anak keempat daripada lima beradik itu sepatutnya menggunakan cutinya untuk bertemu adik kesayangannya di hospital, walau bagaimanapun, sebaik saja menerima berita sedih ini, Apex terus bergegas pulang ke Kelantan dan mengambil cuti kecemasan untuk beberapa hari.

Namun selepas perkara ini berlaku, Apex terpaksa bersiap sedia untuk berangkat ke Sydney, Australia pada 10 Disember ini untuk menjalani perlawanan persahabatan dengan kelab bola di sana dan akan bersama skuad Olimpik di sana selama dua minggu untuk menjalani latihan.


Takziah kepada Apex sekeluarga dan kami doakan Apex tabah menghadapi dugaan yang berlaku.

Sama- sama kita sedekahkan Al -fatihah kepada adik Apex ini dan semoga rohnya dicucuri rahmat.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI