Penyenaraian Felda di Bursa Malaysia April 2012

Friday, December 16, 2011

Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di pasaran utama Bursa Malaysia dijangka dapat dilaksanakan menjelang April tahun depan, kata Presiden Kumpulan Felda Global, Datuk Sabri Ahmad.

Katanya, FGVH telah melantik lima bank pelaburan, iaitu dua bank tempatan dan tiga bank antarabangsa, bagi menguruskan proses penyenaraian tersebut.

“Felda telah melantik Maybank, CIMB, Morgan Stanley, JP Morgan dan Deutsche Bank bagi melakukan proses tersebut dan mendapatkan nilai terbaik penyenaraian,” katanya pada sidang media di Pusat Bioteknolgi Felda di Bandar Enstek, di sini hari ini.

Katanya, Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang dianggotai oleh peneroka Felda dan kini mempunyai kepentingan terbesar dalam Felda, akan mendapat manfaat besar menerusi penyenaraian tersebut.

Katanya, bagi memboleh peneroka memiliki saham-saham yang diniagakan, FGVH akan membantu mereka, termasuk menyediakan borang merah jambu bagi proses pembelian saham.

“Penyenaraian ini akan menjadi sumber pendapatan baharu bagi peneroka, memandangkan mereka akan mendapat keuntungan melalui imbuhan dividen selain daripada hasil perladangan di tanah mereka,” katanya. – BERNAMA

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI