Pelan Maritim Kebangsaan

Wednesday, December 07, 2011

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Pelan Maritim Kebangsaan yang dijangka menjana RM6.75 bilion Pendapatan Negara Kasar (GNI) menjelang 2020.

Majlis pelancaran pelan komprehensif pertama negara untuk membangunkan industri pembaikan dan pembinaan kapal itu diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dekat sini sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011.

Pelan Strategik Pembaikan dan Pembinaan Kapal Malaysia 2020 itu dibangunkan oleh Kumpulan Industri-Kerajaan untuk Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) dan Persatuan Industri Marin Malaysia (AMIM).

Ia disasarkan mewujudkan 55,000 peluang pekerjaan menjelang 2020.

Pelan strategik berkenaan menyasarkan peningkatan 50 peratus pasaran baru pembinaan tempatan dan 0.8 peratus pasaran global.

Pelaksanaan pelan itu dijangka meningkatkan persaingan syarikat tempatan dalam industri pembinaan dan pembaikan kapal yang kini mendapat saingan dari negara serantau seperti Singapura, Vietnam, Indonesia, India, China dan Filipina.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI