2.5 juta rakyat Malaysia masih membujang

Thursday, May 10, 2012

Sekitar 2.5 juta rakyat Malaysia yang berusia lebih 25 tahun dan mewakili 16.7 peratus penduduk negara ini masih belum atau tidak berkahwin.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie berkata, berdasarkan Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, daripada jumlah itu, 60.4 peratus adalah lelaki.

Bancian itu juga mendapati, purata umur perkahwinan pertama bagi lelaki menurun kepada 28 tahun berbanding 28.6 pada tahun 2000 manakala bagi wanita pula meningkat kepada 25.7 berbanding 25.1 tahun, katanya.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI