Gaji minimum: Wanita bakal ramai bekerja

Tuesday, May 08, 2012

Pelaksanaan kadar gaji minimum bagi sektor swasta mampu menarik pekerja tempatan terutama wanita untuk bekerja di subsektor perkhidmatan hotel dan restoran, persidangan Dewan Negara diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, kerajaan yakin usaha itu juga dapat mengimbangi jumlah pekerja tempatan dengan pekerja asing di subsektor tersebut.

Berdasarkan Laporan Penyata Guna Tenaga Kebangsaan 2009, jumlah pekerja tempatan yang bekerja di hotel dan restoran di seluruh negara ialah 150,043 orang dan daripada jumlah itu 75,483 daripadanya ialah lelaki dan 74,560 merupakan pekerja wanita.

"Pekerja asing di subsektor ini pula ialah 25,287 orang dengan 18,511 orang merupakan pekerja lelaki manakala 6,776 lagi pekerja wanita," katanya menjawab soalan Senator S. Bagiam Ayem Perumal.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI