Pelajar Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU), Muhamad Hadi Borhanuddin muncul pemenang kempen kuiz "Discover U", baru-baru ini.
Slogan "Capai impian saya. Anda tidak mampu berbuat apa-apa jika anda tidak bermimpi menyentuh langit.
"Walau bagaimanapun, tiada ada apa yang mustahil jika anda boleh memegang pelangi" pelajar Diploma Perfileman dan Penyiaran di bawah Fakulti Pengajian Media itu menarik perhatian juri.
Dia mencipta slogan itu secara spontan sewaktu pameran pendidikan di Kemaman, Terengganu.
"Sebaik saja melihat KLMU, saya tahu apa yang perlu dilakukan. Slogan itu mengubah pandangan serta masa depan saya.
"Kini saya bangga menjadi sebahagian warga KLMU," katanya yang menjadi pemenang kali kedua bagi kempen yang berakhir Mac lalu.
Kuiz dalam talian ini menerima lebih 2,200 pendaftaran sejak dilancarkan tahun lalu.
Terkini, KLMU sedang mempromosikan peraduan 'Life's a Trip' yang membolehkan pelajar menguji pengetahuan industri menerusi www.discoveru.com.my.
Permainan itu menyediakan pengetahuan mengenai kehidupan di samping peluang menguji pengetahuan dalam kerjaya pilihan.
Mereka yang berjaya mencapai usia persaraan pada tahap paling muda dalam permainan itu berpeluang memenangi hadiah hebat termasuk iPhone 4S, satu Samsung Galaxy (W), iPod (nano) atau Sony MP3 Player/Recorder.
Pelajar berpeluang mempelajari apa diperlukan untuk berjaya dalam kerjaya pilihan mereka dengan membaca 'Kisah Inspirasi Kerjaya Anda' di laman web "Discover U".
Kisah menarik itu berkisar orang yang berjaya menggabungkan "Kemahiran Abad ke-21" seperti komunikasi dan kerja berpasukan bagi mencapai kejayaan dalam kecemerlangan akademik.
Pelajar yang membaca cerita-cerita ini mempunyai satu kelebihan tambahan apabila bermain permainan ini.
Mereka boleh menyemak siri video komik berkisarkan rahsia fantasi, harapan dan impian yang akan menampilkan tujuh watak merenung masa depan mereka.
Siri komik yang dipenuhi adegan lucu, dramatik, tragis dan menyentuh perasaan ini digarap dengan gaya komik retro dan boleh ditonton di www.discoveru.com.my.
Kempen "Discover U" adalah berkenaan perjalanan ke alam dewasa di mana anda akan menemui keghairahan dan aspirasi terhadap pilihan tepat yang dilakukan.
"Discover" ini sinonim dengan pendidikan dan kehidupan kolej yang bakal anda tempuhi, manakala "U" membawa erti "Anda sebagai pelajar" dan "Universiti".
Peraduan ini bermula dari Mac sehingga 3 Jun 2012.
Hubungi KLMU di talian bebas tol 1800-88-5568 atau SMS dengan menaip KLMU.

0 Komen:
Post a Comment