Untuk penggemar Orhan Pamuk, mungkin anda perlu memikirkan untuk terbang ke Cukurcuma, Turki bagi melihat bagaimana pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan 2006 itu merealisasikan satu daripada naskhah novelnya.
Novel yang terbit pada 2008 itu `dihidupkan' dalam bentuk muzium, Museum of Innocence atau Masumiyet M¸zesi dalam bahasa Turki dan dibina di kawasan perumahan lama di ibu negara Turki, Istanbul.
Bangunan lama yang dimiliki Pamuk sejak sedekad lalu dibangunkan menggunakan sepenuhnya wang hadiah nobel yang dimenanginya dan beliau pernah berseloroh bahawa jika tidak kerana usaha itu, beliau boleh menyudahkan separuh manuskripnya yang baru.
Sejak dibuka awal Mei, ramai pengunjung yang melancong ke Istanbul mengambil kesempatan melawat muzium berkenaan dengan kebanyakan mereka adalah pecinta buku dan ingin melihat sendiri bagaimana Pamuk mengabadikan watak pilihannya dalam alam nyata, iaitu muzium terbabit.
Bagaimanapun, untuk Pamuk Masumiyet M,zesi bukan sekadar merakam kehangatan cinta terhalang Kemal dan Fusun, tetapi sebenarnya mewakili kehidupan harian manusia yang sangat bermakna.
Naratifnya bermula pada 1970 dan setiap objek serta tema dan objek yang disusun mengikut kabinet. Setiap objek itu pula adalah dari tahun 1950 dan 2000 yang dikumpul Pamuk menerusi kawan, keluarga selain kedai barangan terpakai.
Justeru, Pamuk menyifatkan ia bukan hanya mewakili novel berkenaan, tetapi juga kehidupan seharian, tidak aneh melihat barangan seperti berus gigi, pembayang mata yang setiap satunya mewakili naratif novel.
Di dalam muzium itu dibina 83 kabinet yang mewakili setiap bab dalam novel bermula dengan kisah Fusun menjual beg tangan kepada Kemal, selain turut dizahirkan kabinet yang menceritakan tentang kehangatan cinta mereka.
Berikutan ketidaksanggupan Kemal untuk berhadapan stigma sosial dalam kalangan golongan atasan Turki, dia akhirnya tidak mengahwini Fusun, tetapi hanya menjadi pasangan kekasih dan mengejar keseronokan.
Kebanyakan pengunjung dan penggemar karya Pamuk menyifatwakan beliau bukan saja seorang pencerita yang baik, tetapi seorang yang romantis dan menambahkan lagi keinginan untuk berkunjung ke muzium berkenaan.
Meskipun menelan biaya keseluruhan wang kemenangan bernilai USD1.5 juta (RM5.25 juta), Pamuk menyifatkan dia tidak menyesal kerana usahanya memberi kegembiraan kepadanya dan muzium terbabit adalah pertama seumpamanya, selain menampilkan perbezaan," tegasnya.
Novel Museum of Innocence diterbitkan dalam bahasa Turki pada 2008 sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun berikutnya dan sejak itu ia sudah diterjemah ke dalam 60 bahasa dunia.
Meskipun dibuka sejak awal Mei lalu, muzium itu sebenarnya sudah beberapa lama ditunda pembukaannya kerana Pamuk mahu lebih teliti dalam pemilihan setiap bahan pameran dan ketelitian itu `memaksa' beliau menjadi pembiaya tunggal dan pengarah artistiknya.
Sungguhpun demikian, usaha pembinaan muzium ini mendapat bantuan daripada arkitek Jerman, Gregor Sunder-Plassmann dan sama ada pembinaan muzium ini dianggap baik atau pelik, ia terpulang kepada tahap penghargaan anda terhadap karya Pamuk kerana pengarang ini terkenal dengan gaya pasca moden dan liberal dengan penggunaan rujukan intertekstual.
Bagi yang menggemari karyanya, bahagian yang mempamerkan berdozen buku nota sebelum terhasilnya novel Museum of Innocence mungkin antara yang menarik untuk dikunjungi, meskipun projek ini dianggap bersifat peribadi, Pamuk menekankan ia bukan sebuah autobiografi.
Pamuk, 59 adalah antara penulis Turki yang dianggap memiliki sentuhan magis dan hampir kebanyakan karyanya laris di pasaran, selain Museum of Innocence, antara lain naskhah Pamuk yang popular ialah My Name Is Red, The Black Book dan sebuah memoir, Istanbul.
Kesemua karya itu sudah diterjemah ke dalam 60 bahasa dunia, manakala karya pertamanya yang diterbitkan pada 1982, Cevdet Bey and His Son, dijadikan drama bersiri.
Sungguhpun demikian, Pamuk tidak terlepas daripada kontroversi apabila pernah didakwa menghina Turki pada 2005 apabila membuat kenyataan tentang perang dunia pertama yang membabitkan pembunuhan besar-besaran orang Armenia dan perjuangan menentang pemisah Kurdish pada 1984.

0 Komen:
Post a Comment