Boboiboy , Siri animasi baru TV3 bermula 13 Mac 2011

Tuesday, March 15, 2011

Siri animasi baru TV3, Boboiboy memaparkan kisah mengenai seorang kanak-kanak yang bernama Boboiboy yang mempunyai kuasa luar biasa yang diperolehinya secara tiba-tiba. Kuasa tersebut digunakan bagi menyelamatkan koko jualan datuknya yang ingin dicuri oleh makhluk asing.

Tidak keseorangan dalam misi menyelamatkan koko tersebut, Boboiboy turut ditemani oleh tiga lagi rakan iaitu Gopal, Yaya dan Ying yang juga mempunyai kuasa adiwira.

Sepanjang peristiwa bergelut dengan makluk asing serta menjalani kehidupan mereka bersama-sama, pelbagai kisah lucu yang mencuit hati turut dipamerkan dalam siri animasi 3D terbaru itu.

Pelakon suara latar yang menjayakan watak siri animasi tersebut adalah Nur Fathiah selaku Boboiboy, Nur Sarah Alisya (Yaya), Yap Ee Jean (Ying) dan Dzubir Mohamed Zakaria (Gopal). Boboiboy disiarkan setiap Ahad, jam 7 malam di saluran TV3.

Merupakan produk sulung Animonsta Studio, Nizam optimis, siri animasi superhero itu akan mampu pergi dengan lebih jauh lagi. .Namun tidak pernah terlintas difikirannya untuk menjadikan Boboiboy sebagai saingan baru kepada produk sentuhan terdahulunya iaitu Upin dan Ipin.


Disiarkan selama 13 episod, Boboiboy juga bakal ditayangkan di saluran Disney bermula Julai depan.

Siri animasi tersebut juga dalam perancangan untuk difilemkan. Dalam waktu yang sama, peminat juga berpeluang memperolehi koleksi barangan siri animasi tersebut tidak lama lagi.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI