Video Seks: "Bukan Saya" - Anwar

Monday, March 21, 2011

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan bahawa beliau adalah individu di dalam rakaman video perlakuan aksi seks yang didedahkan kepada media pagi Isnin.

Malah beliau menegaskan semasa rakaman itu dilakukan, beliau berada di rumah bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; kakitangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), anak-anak dan cucu sambil mengakses ke laman sosial 'Tweeter' pada hari dan waktu tersebut.

Berdasarkan rakaman video itu tertera tarikh 21 Februari dari pukul 10.23 malam hingga 10.45 malam.

"Saya tidak tahu dari mana sumber video itu dan siapa Datuk T, permintaannya supaya saya dan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan. Ini adalah serangan bermotifkan politik ke atas saya," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Isnin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, dalam nada bergurau berkata, individu dalam video seks itu begitu mirip dengan dirinya kecuali perut individu tersebut sedikit buncit.

"Lihat, saya lebih kurus," katanya sambil berdiri dengan gaya menyindir.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Anwar berkata, beliau akan mendapatkan bukti dan individu yang terlibat terlebih dahulu.

"Saya masih belum lihat video itu dan tindakan susulan akan dilakukan selepas mendapat bukti-bukti yang diperlukan," katanya.

Sementara itu, Wan Azizah yang terkejut dengan penyebaran video tersebut berkata, tiada sebab untuknya berundur dari jawatannya sekarang.

"Ini adalah tindakan bermotifkan politik dan tidak bertanggungjawab yang didalangi oleh pihak tertentu untuk mengaibkan Anwar," katanya.

Negara pada Isnin dikejutkan dengan penemuan pita rakaman aksi perlakuan seks seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang dengan seorang wanita asing di sebuah hotel di ibu kota dekat sini.

Rakaman bertarikh 21 Februari yang berdurasi selama 30 minit berkenaan menunjukkan aksi-aksi seks Ahli Parlimen berprofail tinggi berkenaan dari pelbagai sudut yang jelas menampakkan wajah beliau bersama wanita terbabit yang dipercayai pelacur.

Pita rakaman berkenaan ditemui tersembunyi di dalam bilik hotel berkenaan baru-baru ini.

Malah, jam tangan pemimpin terbabit dikatakan tertinggal di bilik itu selepas aksi berkenaan dirakamkan.

Beberapa wakil media telah dipertontonkan dengan rakaman berkenaan secara individu di sebuah bilik hotel oleh sekumpulan yang tidak dikenali yang diketuai oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Datuk T.

Datuk T memberitahu, dia mahu media menyaksikan sendiri rakaman tersebut sebelum menyerahkan kepada pemimpin berkenaan dan isterinya untuk tujuan pengecaman dalam tempoh seminggu ini.

Katanya, jika ahli politik kanan berkenaan dikenal pasti, beliau dan isterinya perlu 'bersara dari politik' kerana ternyata beliau bukan seorang yang 'warak dengan moral yang tinggi seperti yang digambarkan'.

Kata Datuk T lagi, jika kedua-dua mereka enggan berundur, beliau akan memanggil beberapa perubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membentuk panel bebas serta mengupah pakar forensik bagi mengkaji keaslian rakaman berkenaan.

~ Mstar

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI