Pementasan Solo Fauziah Nawi – 3 Wajah ini adalah merupakan siri kedua pementasan solo Fauziah Nawi di mana siri pertama Pementasan solo Fauziah Nawi “Cinta Julia” diadakan di Stor Teater DBP pada 21hb November – 2 Disember 2008 telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton yang hadir. Pementasan Cinta Julia juga berjaya dipentasakan di Singapura pada 26hb Oktober 2010 di Esplanade atas jemputan dalam siri Festival Raya Singapura. Insya-Allah 3 Wajah juga akan dipentaskan di Singapura sempena Miggu Bahasa Singapura pada bulan Julai 2011.
SINOPSIS 3 WAJAH
Luahan dan keluhan wanita
Tukang Sapu
Angan dan impian yang membawa kepada luahan perasaan seorang tukang sapu terhadap fenomena hidup masyarakat sekeliling. Realiti hidup yang pahit sering membawa manusia ke daerah dunia anganan yang dicipta untuk melarikan diri dari kenyataan. Dari angan yang dicipta dia menemukan satu kebahgiaan yang sementara. Tetapi reality tetap harus dihadapi. Penghujung jalan cerita hidup yang keperitan masih dalam teka-teki. Yang berani akan terus berjuang manakala si bacul akan memilih jalan pintas yang penuh tragedis.
Hutang
Dari saat dilahirkan di muka bumi manusia telah berhutang. Dan sesungguhnya dalam menjalani kehidupan beban hutang tidak dapat dipisah dari setiap insan. Ada yang mengaut keuntungan dari hutang piutang orang lain manakala ada yang menanggung azabnya. Si pemiutang sendiri pun kadang-kala terhutang dengan pemiutang yang lain. Hutang menjadi satu kemestian dalam menjalani kehidupan masakini; tak kira sama ada hutang secara zahirnya atau secara batin; manusia tetap berhutang.
Pukul
Dari kehidupan mewah sebagai seorang isteri kenamaan kepada peniaga runcit dan seterusnya menjadi banduan. Dari terpukul kepada dipukul akhrnya dia bangkit lalu memukul atas dasar untuk melindungi diri. Luahan perasaan seorang perempuan atas kehidupan yang dijalani. Antara cita-cita dan kejayaan Negara, prinsip arwah bapa dan kejatuhan seorang suami. Beliau cuba tabahkan hati namun batas kesabaran manusia tetap ada hadnya dimana dia akhirnya bangkit.
Tarikh & Masa
30hb Mac – 3 April 2011 : 9mlm
31 Mac 2011 : 3ptg & 9 mlm
Tiket : RM50
Tempat : Stor Teater DBP
0 Komen:
Post a Comment