Keluarga dan rakan berkumpul bagi upacara pengkebumian lagenda Hollywood, Elizabeth Taylor, di tanah perkuburan sama dengan selebriti yang juga rakan paling rapatnya, Michael Jackson.
Sehari selepas menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 79, tetamu hadir ke Forest Lawn Memorial Park di Glendale di pinggir Los Angeles untuk upacara pengekebumian itu yang turut disiarkan secara langsung di kaca televisyen.
Jurucakap pilis berkata, pihaknya diberi notis yang singkat untuk bersiap sedia bagi upacara pengkebumian mengikut agama Yahudi itu selepas kematian aktres terkenal itu akibat kegagalan jantung.
Upacara itu diadakan secara tertutup dengan jurugambar dan media dihadkan jarak liputan mereka di luar pintu masuk di tanah perkuburan itu.
Taylor meninggal selepas lima minggu dimasukkan ke Hospital Cedars-Sinai selepas mengalami masalah pada jantungnya.
Jackson yang meninggal pada Jun 2009 lalu ketika berusia 50 tahun juga dikebumikan di tanah perkuburan sama di Forest Lawn.
Taylor dan Jackson berkongsi pengalaman hidup yang hampir sama iaitu ketika usia kanak-kanak mereka tidak merasai kehidupan yang sempurna.
Ketika hayatnya, kedua-dua bintang pop dan Hollywood sering bersama dengan kediaman mereka juga berhampiran di Bel Air dan Beverly Hills di barat Hollywood.
“Saya tidak fikir sesiapa mengetahui betapa kami amat menyayangi antara satu sama lain," kata Taylor selepas kematian Jackson.
“Saya menyayangi Michael sepenuh jiwa saya dan saya tidak dapat bayangkan hidup saya tanpanya," katanya.

0 Komen:
Post a Comment