Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei hari ini menerima RM100,000 unit amanah saham Permodalan Nasional Berhad (PNB) daripada kerajaan Malaysia atas kejayaannya mempertahankankan kejuaraannya pada Kejohanan Badminton All-England awal pagi Isnin.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan hadiah tersebut kepada Chong Wei yang tiba dari London pada pukul 6.45 pagi tadi, pada majlis sarapan pagi di Seri Perdana di sini hari ini.
Sementara isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut menyampaikan hadiah peribadinya yang merupakan sebuah jam tangan atas kejayaan Chong Wei itu.
Chong Wei pada kejohanan itu mengalahkan musuh ketatnya Lin Dan dari China 21-17, 21-17 dengan mengambil masa 52 minit pada pertandingan perseorangan lelaki Kejohanan All-England di Birmingham Indoor Arena, England.
Berucap pada majlis itu, Najib berkata beliau begitu yakin Chong Wei akan berjaya menumpaskan Lin Dan pada pertandingan itu kerana mendapati permainan dia lebih fokus dan lebih berkeyakinan, berbanding semasa bertemu Lin Dan di temasya Olimpik yang lepas.
Beliau berkata hadiah kerajaan Malaysia itu adalah hasil berbincangannya dengan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, dan “kita telah bersetuju untuk memberi hadiah yang istimewa kepada Datuk Lee Chong Wei sebagai penghargaan kerajaan dan rakyat Malaysia atas kejayaan Datuk Lee Chong Wei.”
Perdana Menteri juga berkata sebelum bertanding Lee menelefon Rosmah, yang merupakan satu tabiatnya sebelum bertanding, untuk mendapatkan kata-kata semangat. - Bernama

0 Komen:
Post a Comment