Kuiz Terbang Bersama Muzikfm,bermula 7 Mac - 3 April 2011

Wednesday, March 09, 2011

Menangi hadiah bernilai RM50,000 bersama Muzikfm bermula 7 Mac hingga 3 April 2011.

Dengan hanya menyertai kuiz Terbang Bersama Muzikfm, para pendengar berpeluang memenangi bukan hanya wang tunai bahkan, tiket-tiket penerbangan pergi dan balik termasuk ke London, Guangzhou, Jakarta, Bali dan Langkawi.

Tidak cukup dengan itu, tiga buah motosikal berjenama Demak yang bernilai hampir RM5,000 setiap satu juga bakal menjadi rebutan.

Sebagai salah sebuah stesen radio yang tersenarai antara 10 stesen terbaik di negara ini, tawaran hadiah-hadiah menarik itu dilihat sebagai terjemahan penghargaan Muzikfm terhadap sokongan pendengar yang tidak berbelah bagi sejak awal penubuhannya pada 20 Jun 1975 lagi.

Muzikfm yang mempunyai jumlah pendengar sebanyak 1 juta secara purata kini dalam perancangan untuk meningkatkan jumlah pendengar mereka sehingga ke angka 1.2 juta.

Sepanjang lima minggu berlangsungnya kuiz tersebut, dua tiket penerbangan akan diberikan kepada pendengar pada setiap minggu malah, soalan-soalan akan dibuat secara mingguan dan pemenang akan diumumkan pada setiap hari Selasa.

Untuk menyertai kuiz tersebut, pendengar hanya perlu mendengar soalan kuiz yang disiarkan setiap hari bermula 7 Mac dan menghantar jawapan pada hari yang sama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Caranya, taip SA nombor MYKAD nama dan hantarkan ke 39799.

Soalan-soalan akan dikeudarakan sepanjang hari menerusi lima segmen iaitu Muzikpagi (6 pagi hingga 9 pagi), kafemuzik (10 pagi hingga 2 petang), Rock Selamba (2 petang hingga 5 petang) dan Muzik 5 9 (5 petang hingga 9 malam).

Bagi memenangi hadiah berupa motosikal Demak, pendengar hanya perlu mengikuti segmen Pilihan Bersama setiap malam dari pukul 9 hingga 1 pagi. Untuk menghantar jawapan, sila taipkan PILIH nombor MYKAD nama jawapan dan SMS ke 32776.


0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI