Osman Kering meninggal dunia

Saturday, June 30, 2012 0 Komen

Osman Kering,pelakon dan pelawak veteran, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, di sini, petang semalam.

Allahyarham yang nama sebenarnya, Osman Kassim, 57, disahkan meninggal dunia jam 3.45 petang selepas lebih dua minggu dirawat kerana masalah batuk kering serius. Osman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi PPUKM, 10 Jun lalu selepas pengsan di rumahnya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Pelawak Osman Kering

Dia disahkan koma selepas sebelah otaknya tidak berfungsi, bengkak dan mengalami pendarahan beku.

Allahyarham meninggalkan balu, Che Norhayati Che Omar, 48, serta tujuh anak, Mohd Al-Anas, 28; Mohd Al-Amin, 27; Nor Ain, 25; Nor Hidayah, 24; Norhidriyah, 16; Mohd Al-Adnin, 13, dan Mohd Al-Ajmie, 10.

Nor Ain, berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri dan anak.

"Seumur hidup, dia memang teringin mempunyai cucu dan sering menyebut sama ada sempat melihat mereka nanti, tapi Tuhan lebih menyayanginya. Ayah juga sering mengingatkan kami menjaga emak yang menjaganya sepanjang dia di hospital. Permintaannya termakbul kerana menghembuskan nafas terakhir di pangkuan emak," katanya.

Jenazah dibawa ke Masjid Al-Najihin, Cheras dan disembahyangkan selepas Maghrib sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Pandan, Petaling Jaya.

PDRM sedia jalankan perbicaraan pantas

Wednesday, June 27, 2012 0 Komen

Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia untuk melaksanakan perbicaraan pantas iaitu proses pendakwaan ke atas tertuduh di mahkamah yang perlu dilaksanakan dalam tempoh 90 hari selepas pertuduhan, mulai bulan depan.

Perbicaraan pantas melibatkan kesalahan kes membabitkan hukuman penjara maksimum 10 tahun mengikut Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan 2010/11) dan ia juga tidak melibatkan kes jenayah seksual dan juga kanak-kanak.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perundangan dan Siasatan PDRM, Datuk Razali Basri berkata, semua pegawai penyiasat dan penyelia siasatan sedang diberi pemahaman dan pendedahan bagi mengendalikan siasatan untuk kes-kes perbicaraan ini.

“Melalui perbicaraan pantas ini, ia akan menjimatkan masa di mana kes-kes tertentu tidak perlu melalui tempoh perbicaraan yang lama di mahkamah.

“Konsep perbicaraan pantas ini telah dilaksanakan dan berhasil di negara Barat seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom," katanya pada sidang akhbar di Mes Pegawai Polis PDRM di Jalan Raja Muda di sini hari ini. - UTUSAN

Ras Adiba diperintah fail pembelaan

Wednesday, June 27, 2012 0 Komen

Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan personaliti televisyen Ras Adiba Mohd Radzi memfailkan pernyataan pembelaan sehingga 6 Julai berhubung saman berjumlah RM3.2 juta yang difailkan seorang pengarah syarikat terhadapnya.

Penolong Kanan Pendaftar Aaziha Mujahid Lee menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Datuk Mohd Haziq Pillay bagi pihak Ras Adiba dan Mohammad Shafie Afendi, mewakili Nik Fauzi Nik Hussein.

Mohd Haziq memberitahu pemberita bahawa pihaknya memerlukan masa untuk memfailkan pembelaan kerana perlu merujuk kepada kontrak syarikat bersama Petronas.

Nik Fauzi Nik Hussein, pengarah syarikat Inki Plas Holding Sdn Bhd memfailkan writ saman tersebut pada 3 Mei lepas dan menerusi pernyataan tuntutan, Nik Fauzi mendakwa beliau mempunyai pegangan saham di dalam syarikat Inki Plas Holding Sdn Bhd sebanyak 65 peratus dan bersetuju menjual kesemua saham tersebut kepada Ras Adiba.

Nik Fauzi berkata pada 24 Julai 2006, beliau dan Ras Adiba telah memeterai perjanjian penjualan saham dan ia disetemkan pada 2 Ogos 2006.

Dakwanya, Ras Adiba mempunyai kuasa dan kawalan terhadap penstrukturan syarikat dan ia menjadi tujuan Ras Adiba membeli saham tersebut.

Nik Fauzi berkata Ras Adiba bagaimanapun telah mengabaikan dan gagal membantu mengukuhkan syarikat hingga menyebabkan ia berdepan dengan masalah kewangan.

Dakwanya lagi, Ras Adiba sepatutnya membayar liabiliti syarikat berjumlah RM3.2 juta tetapi gagal berbuat demikian dan memungkiri perjanjian.

Selain ganti rugi berjumlah RM3,288,172 beliau turut menuntut deklarasi bahawa defendan telah memungkiri Perjanjian Penjualan Saham bertarikh 24 Julai 2006, faedah pada kadar empat peratus setahun, kos dan relif lain. - BERNAMA

Lirik Anak Kampung – Jimmy Palikat ft One Nation Emcee (ONE)

Tuesday, June 26, 2012 0 Komen

Lirik Anak Kampung – Jimmy Palikat /One Nation Emcees

Memang aku ini anak orang miskin

Tiada apa-apa yang dapatku berikan

Engkau memang cantik

Memang tidak padan dan tidak sepadan

Aku anak kampung tiada pelajaran

Kuli-kuli sahaja memang tidak padan

Cute bah kau itu

Ramai yang tergoda lagi yang jelita

Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan

Rumahku pun tiada, ada pun bapa punya

Apa lagi belanja mau bayar berian

Kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu

Tapi aku takut hidup kau kan sengsara

Kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain

Kita masih muda masih ada masa

Janganlah kau cari gadis macam saya

Engkau memang cantik

Nanti kau menyesal tiada guna

Anak kampung ku anak kampung

Tidak sepadan tidak sepadan

Hey si gadis yang manis

Ku simpan duit sampai perut kempis

Kalau da cukup kita renjis-renjis

Jangan kau nangis menu kita ikan bilis

Jangan kau sedih sabar kau gia

Nanti kereta, rumah, ku buat kau bahagia

Bukan undur diri belum bersedia

Kau tunggu saja odoi gia

Engkau masih muda, cantik lagi menawan

Janganlah kau cari lelaki macam saya

Engkau memang cantik

Nanti kau menyesal tiada guna




Bangunan terbaik di dunia 2012

Tuesday, June 26, 2012 0 Komen

Empat bangunan pencakar langit yang menakjubkan di Kanada, Qatar, Australia dan Itali dinamakan sebagai bangunan terbaik di dunia untuk tahun 2012 oleh Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar (CTBUH).

Bangunan itu ialah Menara Absolute di Mississauga, Kanada, 1 Bligh Street di Sydney, Palazzo Lombardia di Milan dan Menara Doha/BurjQatar di Qatar.

Menara al Bahar di Abu Dhabi pula memenangi anugerah Inovasi CTBUH pertama bagi projek luar biasa kerana ia dilengkapi dinding kaca sistem berkomputer yang boleh mengawal suhu matahari.



Sementara itu, Palazzo Lombardia merupakan bangunan pencakar langit pertama di Itali yang menerima pengiktirafan CTBUH, sama seperti 1 Bligh Street yang menjadi bangunan pertama di Australia menerima penghargaan sama.

Sebanyak 88 bangunan yang mempunyai ketinggian melebihi 200 meter berjaya disiapkan pada tahun 2011, berbanding hanya 32 pada 2005.

Sejumlah 96 lagi bangunan tinggi dijadual siap tahun ini.

Pemenang keseluruhan bagi kategori Bangunan Tinggi Terbaik di Dunia akan dinamakan pada Majlis Anugerah Tahunan dan Makan Malam CYBUH ke-11 di Institut Teknologi Illnois pada 18 Oktober ini.

Anugerah Bangunan Tinggi Terbaik CTBUH adalah satu penilaian bebas ke atas projek-projek baru yang dilakukan oleh satu panel eksekutif.

Projek diiktiraf atas sumbangannya yang menakjubkan dalam memberikan kelebihan kepada bangunan tinggi dan persekitaran bandar.

Tahun ini, Lembaga Amanah CTBUH turut memberi Anugerah Pencapaian Seumur Hidup kepada arkitek Lynn S. Beedle yang terkenal dengan rekaannya yang elegan dan ringkas. - AGENSI

JPA Tawar 12 Tempat Biasiswa Yang di-Pertuan Agong

Tuesday, June 26, 2012 0 Komen

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan 12 tempat untuk mengikuti pengajian ijazah lanjutan di bawah program penajaan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong pada tahun ini.

Program penajaan itu adalah khusus kepada calon yang mempunyai prestasi akademik dan bukan akademik (kokurikulum) yang amat cemerlang untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan kedoktoran (Ph.D) di dalam atau di luar negara.

Dalam kenyataan JPA di sini Isnin, menyatakan bahawa 12 tempat itu terbahagi kepada enam untuk peringkat sarjana dan enam lagi bagi peringkat Ph.D untuk mengikuti pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-undang.

Tawaran itu dibuka kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak lebih 30 tahun semasa memulakan pengajian, dengan keutamaan diberi kepada calon mendapat keputusan akademik amat cemerlang di peringkat ijazah sarjana muda atau sarjana.

Keupayaan luar biasa seperti boleh menguasai pelbagai bahasa, kebolehan yang istimewa, aktif dalam aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif serta mendapat tempat di universiti ulung tempatan atau universiti terkemuka dunia.

"Penerima biasiswa ini adalah terikat untuk berkhidmat di Malaysia bagi tempoh tidak kurang dari lima tahun. Oleh itu, penerima biasiswa yang telah menamatkan pengajian di luar negara diwajibkan pulang ke tanah air selepas tamat tempoh tajaan," kata JPA.

JPA berkata pakej tawaran Biasiswa Yang di-Pertuan Agong menawarkan kadar pembiayaan yang lebih tinggi berbanding Biasiswa Persekutuan sedia ada, di samping menerima elaun-elaun lain yang berkaitan.

Yuran pengajian akan dibayar secara terus kepada universiti, menurut JPA.

Borang permohonan biasiswa itu boleh dimuat turun melalui portal www.jpa.gov.my atau http://esila.jpa.gov.my mulai 27 Jun ini dan tarikh tutup permohonan adalah pada 13 Julai depan.

Calon-calon yang layak dan berjaya disenarai pendek akan melalui proses pemilihan termasuk temu duga.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi talian 03-88853436/3546/3573 atau mengunjungi kaunter Bahagian Pembangunan Modal Insan di Aras 5, Block C1, Parcel C, Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya. - BERNAMA

Ahmad Phesal Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-10

Tuesday, June 26, 2012 0 Komen

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ke-10 berkuat kuasa 18 Julai ini.

Ahmad Phesal, 58, menggantikan Tan Sri Ahmad Fuad Ismail yang tamat tempoh kontrak pada 15 Julai ini.

Datuk Ahmad Phesal

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pelantikan Ahmad Phesal telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengikut subseksyen 4(2) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.

Untuk rekod, Ahmad Phesal telah berkhidmat selama 35 tahun dalam perkhidmatan awam serta mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam pentadbiran, pembangunan dan perancangan wilayah sebelum dilantik sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar pada 2007.

Tema Hari Kemerdekaan 2012 : Janji Ditepati

Tuesday, June 26, 2012 0 Komen

"Janji Ditepati"

"Janji Ditepati" dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos.

Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, bagi perayaan tahun ini, ia akan melibatkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai.

Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka manakala pada sebelah malamnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia.

"Pada keseluruhannya saya yakin perayaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia kali ini akan lebih hebat dari dulu, cuma tinggal lagi pada 16 September kita akan beralih ke Sarawak untuk meraikan Hari Malaysia dan jawatankuasa mencadangkan supaya kita bersama-sama pula ke kawasan luar bandar di Sarawak," katanya. - BERNAMA

Sejarah Kes Jenayah Mona Fandey

Monday, June 25, 2012 0 Komen

Kes jenayah paling ngeri dalam sejarah jenayah Malaysia

Pembunuhan ahli politik Datuk Mazlan Idris merupakan antara kes pembunuhan yang boleh dianggap paling ngeri dalam sejarah jenayah Malaysia.

Pembunuhan yang memeranjatkan negara itu berikutan penemuan tubuh Mazlan yang telah dikerat kepada 18 bahagian dan ditanam menggunakan simen, mempunyai ciri-ciri pemujaan.

Perbicaraan selama 69 hari pada 1994 mendengar cerita sensasi berhubung ilmu hitam, wang dan politik.

Jika tidak kerana kecekapan polis, pembunuhan yang dirancang rapi oleh pasangan Mohamed Affandi Abdul Rahman dan isterinya, Maznah Ismail (lebih dikenali sebagai Mona Fandey) serta dilakukan oleh pembantu mereka, Juraimi Husin, mungkin terlepas sebagai jenayah sempurna.



Kehilangan Mazlan, ketika itu anggota Dewan Undangan Negeri Pahang berusia 49 tahun, pada awalnya tidak banyak menimbulkan syak wasangka tetapi apabila beliau gagal dihubungi oleh anggota keluarga lebih seminggu, polis mula bertindak.

Sebelas hari selepas pembunuhan itu yang terjadi antara 10 malam dan tengah malam 13 Julai 1993, polis menahan Juraimi tetapi hanya kerana dia disyaki penagih dadah.

Tetapi Juraimi kemudian membawa polis ke penemuan ngeri bahagian tubuh Mazlan yang dikorek keluar dari bawah lantai simen dalam bilik stor dekat sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Hulu Dong, daerah Raub, Pahang.

Tidak kurang sensasinya ialah gambar di akhbar-akhbar menunjukkan Menteri Besar Pahang ketika itu, Tan Sri Khalil Yaakob, mengeluarkan kepala Mazlan dari lubang itu selepas polis menemuinya.

Perbicaraan diberitahu bagaimana pasangan bomoh itu telah merancang pembunuhan itu sebulan sebelumnya dan arahan kepada Juraimi beberapa hari sebelum pembunuhan itu antara lain ialah untuk mengasah kapak bagi memancung kepala Mazlan dan menggali lubang besar.

Affandi dan Mona juga mengasah sebilah pisau yang digunakan untuk memotong tubuh Mazlan kepada 18 bahagian.

Wang dikatakan sebagai motif pembunuhan itu. Beberapa jam sebelum Mazlan dikerat, pasangan itu memujuknya mengeluarkan wang tunai hampir RM300,000 di beberapa bank di sini dengan alasan pasangan itu boleh menggandakan jumlah wang itu selepas Mazlan menjalani upacara `mandi bunga'.

Kisah di mahkamah mengenai pembunuhan itu sungguh menyeramkan - Mazlan disuruh baring sebelum Juraimi menetak lehernya dengan kapak selepas diberi jaminan oleh Affandi bahawa `duit yang banyak akan jatuh dari atap'.

Pihak pendakwa berhujah bahawa Mazlan mengeluarkan sejumlah wang yang banyak bukan untuk tujuan memberikannya kepada penyokongnya tetapi kerana dia percaya kepada tipu helah `wang buat wang' pasangan itu kerana dia memerlukan wang yang banyak bagi tujuan politik.

Mahkamah diberitahu bahawa mangsa pada masa itu bertanding bagi jawatan Ketua Bahagian UMNO.

Juraimi hanya diberikan RM180 bagi menanam tubuh itu sebaik saja selepas pembunuhan oleh pasangan itu yang kemudian bergegas ke Kuala Lumpur dan bermalam di sebuah hotel.

Lapan jam selepas pembunuhan itu, Affandi dan Mona mula membeli-belah menggunakan wang Mazlan. Seawal 7.30 pagi keesokannya, mereka telah berada di bilik pameran kereta di Melaka untuk membeli sebuah kereta Mercedes Benz 280 walaupun kedai itu belum dibuka untuk perniagaan pada hari itu.

Sehari sahaja selepas pembunuhan itu, mereka membelanjakan lebih RM160,000 untuk membeli kereta, telefon bimbit dan barang kemas.

Beberapa hari selepas itu, pasangan itu, yang digambarkan di mahkamah sebagai kesempitan wang sebelum pembunuhan itu, membelanjakan lebih RM20,000 bagi barang kemas dan perabot.

Mona, yang pernah menjadi penyanyi, juga membayar RM13,000 untuk pembedahan plastik dua minggu selepas pembunuhan itu manakala suaminya menubuhkan beberapa syarikat.

Keseluruhannya, pasangan itu membelanjakan kira-kira RM300,000 dalam masa 10 hari membeli-belah sebelum penahanan mereka, satu jumlah yang sama dengan apa yang dikeluarkan oleh Mazlan dari akaun banknya.

Cerita yang diberitahu dalam pembelaan mereka juga tidak kurang sensasinya tetapi semua tidak dipercayai oleh hakim di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan akhirnya Mahkamah Persekutuan.

Affandi, misalnya, memberitahu mahkamah bahawa Mazlan berhutang RM2.5 juta kepadanya sebagai pertukaran kepada tiga barang yang menurutnya pernah menjadi milik Allahyarham Presiden Sukarno - tongkat, tangkal dan songkok.

Lembaga Pengampunan Pahang turut menolak permohonan mereka untuk mendapat pengampunan diraja.

Ketiga-tiga mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2 November 2001 selepas didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993.

Kronologi kes pembunuhan Datuk Mazlan Idris

Juraimi adalah tertuduh pertama kes itu, manakala Mona tertuduh ketiga dan Mohd Affandi tertuduh kedua. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama kerana membunuh Mazlan.

Mereka didapati bersalah pada 9 Februari 1995 oleh Mahkamah Tinggi Temerloh dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Pembunuhan dipercayai bermotif wang kerana beberapa jam sebelum Mazlan dikerat, pasangan itu memujuknya mengeluarkan wang tunai hampir RM300,000 daripada beberapa bank dengan alasan boleh menggandakan jumlah itu selepas Mazlan mandi bunga?

Wang itu kemudian digunakan untuk membeli kereta Mercedes Benz 280 dengan harga RM125,000 dan telefon bimbit RM10,500 secara tunai. Mereka juga membeli barangan kemas berjumlah hampir RM40,000 selain peralatan elektrik dan perabot (RM20,000).

Mona turut menjalani pembedahan plastik dengan kos lebih RM13,000 pada 15 Julai 1993.

13 Julai 1993: Juraimi ditahan di Balai Polis Dong selepas disyaki menagih dadah dan kemudian ditahan di Balai Polis Raub.

18 Julai 1993: Selepas dua minggu Mazlan gagal dikesan, Umno Bahagian Raub membuat laporan polis di Balai Polis Raub mengenai kehilangannya.

19 Julai 1993: Polis memulakan siasatan kehilangan Mazlan. Juraimi dibawa polis ke rumah di Ulu Dong dan polis menemui pita video, album gambar, keratan akhbar dan sijil saham milik Mazlan.

20 Julai 1993: Kira-kira jam 11.45 malam, Mohd Affandi dan Mona ditahan di sebuah rumah Jalan 2/27C Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

21 Julai 1993: Mohd Affandi dibawa ke Balai Polis Raub.

23 Julai 1993: Mayat Mazlan dijumpai di sebuah rumah di Kampung Pamah Dong, Ulu Dong, Raub Pahang. Mayatnya yang dipotong 18 bahagian tertanam di bilik stor.

1 Ogos 1993: Rangka tiga beranak ditemui di dua tempat di Terengganu, dikatakan dikerat dan ditanam hampir sama dengan pembunuhan Mazlan.

10 Ogos 1993: Polis mendapat perintah reman terhadap Mohd Affandi, Mona dan Juraimi hingga 16 Ogos bagi membantu siasatan polis berhubung kes pembunuhan seorang wanita, Fatimah Mohamad, 32.

15 Ogos 1993: Polis menjumpai beberapa anggota manusia yang ditanam di kawasan bekas rumah yang pernah didiami pasangan bomoh Mohd Affandi dan Mona di Kampung Nelayan, Teluk Gong, Klang.

17 Ogos 1993: Polis dapat perintah mahkamah supaya pasangan bomoh itu dan Juraimi ditahan di Penjara Pudu dan Kajang.

26 Oktober 1993: Siasatan awal kes pembunuhan Mazlan bermula di Mahkamah Majistret Raub.

18 Disember 1993: Mahkamah Majistret Raub memerintahkan kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi Temerloh untuk perbicaraan atas tuduhan membunuh.

3 September 1994: Mohd Affandi dan Mona dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Temerloh atas tuduhan membunuh Adun Batu Talam, Datuk Mazlan Idris.

12 September 1994: Perbicaraan kes pembunuhan Mazlan bermula di Mahkamah Tinggi Temerloh. Juraimi, Mohd Affandi dan Mona mengaku tidak bersalah atas tuduhan niat bersama membunuh Mazlan.

9 Februari 1995: Mahkamah Tinggi Temerloh menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Mohd Affandi, Mona serta Juraimi kerana bersalah membunuh Mazlan.

10 Februari 1995: Mohd Affandi, Mona dan Juraimi yang didapati bersalah membunuh Datuk Mazlan, dihantar ke Penjara Kajang.

Antara 16 Februari 1995 hinga 20 Oktober 1997: Mohd Affandi, Mona dan Juraimi mengemukakan notis rayuan di Mahkamah Tinggi Temerloh dan Mahkamah Rayuan.

24 Oktober 1997: Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Gopal Sri Ram, Datuk Abdul Malek Ahmad dan Datuk Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim menolak rayuan mereka.

2 November 2001: 5.59 pagi, Mona Fandey, Mohd Affandi dan Juraimi digantung serentak di Penjara Kajang.

Mona dan suaminya, Affandi telah disemadikan diTanah Perkuburan Ahli-ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang. Manakala pembantunya, Juraimi telah dikebumikan di kampungnya, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.

Selepas berkuburnya kisah Mona Fendy, akhirnya terbit beberapa buah buku yang menceritakan tentang Ilmu hitam yang digunakan oleh Mona Fendy dalam kehidupan beliau dan juga filem Dukun yang jalan ceritanya diambil dari kisah Mona Fendi

Senarai Nama Menteri Besar Kelantan

Sunday, June 24, 2012 0 Komen

Senarai Nama Menteri Besar Kelantan

  1. Tuan Nik Yusoff bin Nik Abdul Majid (1886 - 1890)
  2. Encik Saidbin Ngah (1890 - 1894)
  3. Tuan Nik Yusoff bin Nik Abdul Majid (1894 - 1900)
  4. Encik Hassan bin Mohamed Salleh (1900 - 1920)
  5. Tuan Nik Mahmud bin Ismail (1921 - 1944)
  6. Tuan Nik Ahmed Kamil bin Nik Mahmud (1944 - 1953) - Tan Sri (pernah menjadi Speaker Dewan Rakyat)
  7. Encik Mohamed Hamzah bin Zainal Abidin (1953 - 1959)
  8. YAB Dato' Haji Ishak Lutfi bin Omar (1959 - 1964) - PAS
  9. YAB Dato' Haji Mohammad Asri bin Haji Muda (1964 - 1974) - PAS (kemudian menerima gelaran Tan Sri)- semasa kerajaan campuran BN-PAS (1974-1977), pernah dilantik menjadi Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah Malaysia.
  10. YAB Dato' Haji Mohammad bin Nasir (1974 - Nov 1977) - BERJASA (pernah menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
  11. Pemerintahan MAGERAN (di antara Nov 1977 - Feb 1978 Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan Darurat di Kelantan)- Y.Bhg Tan Sri Hashim bin Aman telah dilantik menjadi Pengerusi MAGERAN.
  12. YAB Tan Sri Mohamed bin Yaacob (Mac 1978 - 22 Okt 1990) - UMNO (sebelum menjadi MB pernah menjadi Menteri Sains Teknologi & Alam Sekitar dan Menteri Pelajaran)
  13. YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (22 Okt 1990 hingga sekarang) - PAS



Sumber: Link

Euro 2012: Jerman ke separuh akhir setelah benam Greece 4-2

Sunday, June 24, 2012 0 Komen

Jerman mempamer prestasi hebat ketika melangkah ke separuh akhir Euro 2012 dengan membenam Greece 4-2, semalam.

Skuad bimbingan Joachim Loew memenangi kesemua empat perlawanan Euro 2012 dan kejayaan melangkah ke separuh akhir kejohanan besar empat kali berturut-turut meletakkan mereka sebagai pilihan untuk membawa kejuaraan besar pertama dalam tempoh 16 tahun.

Pertemuan dengan Greece di suku akhir semalam menyerlahkan kehebatan sebenar pasukan itu, yang mendominasi permainan dan mengatur serangan tajam dalam laluan melakar kemenangan kompetitif ke-15 berturut-turut.

“Ini merupakan kali keempat berturut-turut kami layak ke separuh akhir kejohanan utama dan ia adalah prestasi yang menakjubkan.

“Kami membariskan pasukan termuda dalam kejohanan ini dan mereka memiliki prospek yang amat besar,’’ kata Loew.

Loew meramalkan Jerman bakal memperoleh laluan mudah untuk ke final memandangkan dua pasukan yang menjadi calon lawan mereka di separuh akhir, England dan Itali tampil dengan aksi kurang meyakinkan.

Jerman bukan saja memenangi semua perlawanan dalam kumpulan maut, yang turut dibarisi Portugal, Belanda dan Denmark malah semalam menyingkirkan Greece menerusi corak menyerang yang hebat dan menyumbat tiga gol dalam masa 13 minit pada babak kedua.

Anak-anak buah Loew membuktikan mereka berada dalam kelas tersendiri, biarpun melakukan tiga perubahan daripada skuad utama, termasuk merehatkan penjaring terbanyak Mario Gomez.

“Kami adalah lawan yang sukar buat mana-mana pasukan. Memiliki dua pemain yang sama standard dalam setiap posisi cukup untuk menceritakan kekuatan Jerman.

“Amat mengagumkan apabila anda melihat siapakah pemain yang sedang menunggu giliran untuk dibawa masuk dari bangku simpanan. Kami mahu mengekalkan kemenangan,’’ kata bintang penyerang Jerman, Miroslav Klose, yang turut menjaringkan gol pada perlawanan semalam.

Greece pula mengalih tumpuan terhadap pusingan kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 zon Eropah yang bakal bermula pada September depan dan mereka berharap layak menyertai temasya paling berprestij dunia itu.

Chef Riz buka restoran Flavours, Jalan Telawi 3, Bangsar

Saturday, June 23, 2012 0 Komen

Chef Riz melancarkan restoran terbarunya, Flavours, di Jalan Telawi 3, Bangsar, baru-baru ini. Restoran yang berkonsepkan ‘Fun Dining’ ini merupakan restoran kelima beliau selepas Marcos, Meatworks, Titanium Bistro dan On The Table.

Menariknya, restoran ini turut menampilkan konsep ‘Theater Kitchen’ di mana pelanggan yang hadir boleh melihat sendiri penyediaan makanan di dapur chef. Selain itu, konsep ‘Chef Table’ juga turut diperkenalkan bagi pelanggan menempah menu istimewa yang menjadi pilihan mereka.

Dengan kapasiti 70 orang, ‘Flavours’ dibuka pada setiap hari Selasa hingga Ahad, jam 11.00 pagi hingga 11.00 malam. ‘Flavours’ terletak di alamat 51 G, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru berhadapan dengan servis jockey Bangsar Village.

“Saya begitu teruja dengan pembukaan restoran baru ini. Saya mencabar diri saya untuk menghasilkan sesuatu dengan lebih cepat di mana restoran ini hanya mengambil masa kira-kira dua bulan saja untuk siap.

“Restoran ini saya kongsi dengan ibu saudara saya, Nor Aniza Abdul Rahman bersama ahli keluarganya yang lain. Saya bertindak selaku Chef Korporat manakala ahli keluarga yang lain menguruskan hal pentadbiran,” ujar Chef Riz ketika ditemui selepas majlis pelancaran Flavours, baru-baru ini.

Chef Riz yang terkenal dengan penyediaan makanan berkonsepkan ‘Avant Garde Cuisine’ menampilkan lebih 45 menu masakan fusion, dengan gabungan Timur dan Barat antaranya Buttermilk Pasta, Riz’s Briyani, nasi berlauk, burger serta banyak lagi.

Ketika ditemui, Chef Riz atau nama sebenarnya Nadzri Redzuawan turut memberitahu pembukaan restoran ‘Flavours’ adalah bertujuan bagi membantu golongan anak muda yang tidak mempunyai hala tuju dalam hidup mereka.

“Saya reka bisnes ini untuk bagi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda yang tidak mempunyai hala tuju seperti mat rempit dan sebagainya. Saya ingin kongsi minat masak saya dengan mereka dan saya harap mereka yang kita label budak bermasalah ini akan ada jalan dalam karier dan masa depan mereka.



“Bagi saya jika kita tidak bagi peluang, siapa lagi yang akan bagi. Pada mulanya Chef Wan kata saya gila kerana berani ambil risiko memandangkan kebanyakan mereka tiada pengalaman dan latarbelakang memasak langsung.

“Ini satu cabaran buat saya untuk menjadikan mereka dari ‘zero to hero’. Saya bertindak sebagai mentor mereka dan latih mereka selama sebulan. Saya disiplinkan mereka dengan cara yang menarik. Saya puas sangat dapat berkhidmat untuk negara dan seronok melalui perjalanan ini,” ujar Chef Riz yang berjaya melatih seramai 7 orang anak muda.

Tan Chin Fang, suri rumah mangsa letupan 'kotak hadiah' meninggal dunia

Saturday, June 23, 2012 0 Komen

Tan Chin Fang, suri rumah yang cedera parah akibat terkena letupan bom setelah membuka 'kotak hadiah' yang diletakkan dalam pagar rumahnya di Taman Angsana Sari, di sini semalam, meninggal dunia hari ini.

Chin Fang, 48, disahkan meninggal dunia pada pukul 9.15 pagi di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini akibat komplikasi di bahagian perut dan tangan selepas menjalani pembedahan lebih lima jam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, ekoran kejadian itu, polis telah menahan seorang lelaki berusia 32 tahun di sekitar bandar ini malam tadi bagi membantu siasatan.

"Motif kejadian dipercayai berpunca daripada permusuhan perniagaan oleh suami mangsa. Bagaimanapun, polis akan menjalankan siasatan lanjut dari segenap aspek,'' katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini.

Beliau berkata, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh. - UTUSAN

Nabi Ibrahim melihat kekuasaan Allah

Saturday, June 23, 2012 0 Komen

Nabi Ibrahim melihat kekuasaan Allah

NABI Ibrahim ialah putera Azar (Tarih) bin Tahur bin Saruj bin Rauk bin
Falij bin Abir bin Syalih bin Arfakhsyad bin Saam bin Nuh. Baginda
dilahirkan di Faddam Akram wilayah Babylon yang ketika itu diperintah oleh
Raja Namrud bin Kanaan.
Kerajaan Babylon pada waktu itu makmur dan rakyatnya hidup senang dan
sejahtera. Bagaimanapun, rohani mereka sebenarnya masih jahil.
Mereka tidak kenal Tuhan yang mencipta dan mengurniakan mereka
kesenangan, sebaliknya menyembah patung yang mereka ukir sendiri daripada
batu atau tanah.
Namrud menjalankan pemerintahan kuku besi. Semua kehendaknya mesti
dilaksanakan, manakala segala perintahnya adalah undang-undang yang tidak
boleh dilanggar.
Kekuasaan yang berlebihan serta kemewahan hidup menjadikan dia tidak
puas dengan kedudukannya sebagai raja dan mahu rakyat menyembahnya sebagai
Tuhan.
Bagi Namrud, rakyat patut menyembahnya dan bukan patung tidak bernyawa
yang tidak dapat memberikan apa-apa faedah.
Dialah yang dapat membawa kemakmuran serta melepaskan mereka daripada
kesusahan. Dia juga yang dapat mengubah orang miskin menjadi kaya dan
orang hina menjadi mulia. Di samping itu, dia jugalah raja yang berkuasa
serta memiliki negara yang besar dan luas takluk jajahannya.
Di tengah-tengah masyarakat yang porak peranda itulah lahir Nabi
Ibrahim. Ayahnya bekerja sebagai pemahat dan peniaga berhala.
Sebagai calon Rasul, Nabi Ibrahim bakal membawa cahaya kebenaran kepada
kaumnya. Baginda dikurniakan akal yang sihat dan tajam serta sedar apa
yang dilakukan kaumnya, termasuk ayahnya sendiri adalah sesat.
Penyembahan patung perbuatan mungkar yang harus diperangi dan mesti
diajak kembali ke jalan benar iaitu jalan Allah, Tuhan yang mencipta alam.
Ketika remaja, Nabi Ibrahim sering disuruh ayahnya menjual berhala. Oleh
kerana iman dan tauhid yang diilhamkan Allah kepadanya, Nabi Ibrahim tidak
berminat melakukan perkara itu. Bahkan secara mengejek baginda berkata
kepada pembeli: "Siapakah hendak membeli patung yang tidak berguna ini?"
Di dalam hati Nabi Ibrahim, baginda memerangi syirik dan penyembahan
berhala oleh kaumnya. Baginda ingin meningkatkan imannya terlebih dahulu
serta mententeramkan hatinya supaya tidak ragu-ragu.
Baginda memohon kepada Allah supaya menunjukkan bagaimana Allah
menghidupkan kembali makhluk yang sudah mati.
Baginda berseru kepada Allah: "Ya Tuhanku! Tunjukkanlah bagaimana Engkau
menghidupkan kembali makhluk-Mu yang sudah mati."
Allah menjawab dengan firman yang bermaksud: "Tidakkah engkau beriman
dan percaya kepada kekuasaan-Ku?"
Nabi Ibrahim menjawab: "Betul, wahai Tuhanku, aku sudah beriman dan
percaya kepada-Mu dan kekuasaan-Mu, sesuai dengan wahyu yang aku terima
daripada-Mu, namun aku ingin melihatnya dengan mataku sendiri agar semakin
tebal dan kukuh keyakinanku kepada-Mu dan kekuasaan-Mu."
Allah memperkenankan permohonan Nabi Ibrahim lalu diperintahkan baginda
menangkap empat ekor burung dan selepas meneliti tubuh burung berkenaan,
memotongnya menjadi kepingan, mencampurkan dan kemudian bahagian yang
sudah hancur itu dibahagikan kepada empat longgok. Setiap longgok diletak
di atas puncak empat bukit yang berjauhan di antara satu sama lain.
Selepas itu Allah memerintah Nabi Ibrahim memanggil burung-burung yang
sudah dibunuh itu.
Dengan izin-Nya keempat-empat ekor burung itu terbang seperti
sebelumnya. Baginda melihat dengan mata sendiri bagaimana Allah dapat
menghidupkan kembali makhluknya yang sudah mati seperti Allah mencipta
sesuatu yang belum wujud.
Dengan demikian tercapailah apa yang diinginkan Nabi Ibrahim untuk
mententeramkan hatinya dan menghilangkan keraguan yang mungkin ada dalam
diri baginda.

Beza Daging Lembu dgn Daging Babi

Friday, June 22, 2012 0 Komen

Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembU iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.



1. Dari segi warna
Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam.Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.

2. Dari segi serat daging
Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama (lihat gambar).

3. Dari lemak yang kelihatan
Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging babi sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging agak kering dan kelihatan berserat (lihat gambar).

Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak babi kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu.

4. Dari segi tekstur
Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging babi yang lembik dan mudah diregangkan (lihat gambar). Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging babi lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan

5. Dari segi aroma
Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging babi mempunyai aroma khas tersendiri,sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.

6. Ciri-ciri secara Umum
Secara amnya, bentuk daging babi yang diternak dan babi hutan sangat mirip satu sama lain, sementara daging babi mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya (daging babi dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.

Source

Google lancar Projek Bahasa Terancam: endangeredlanguages.com

Friday, June 22, 2012 0 Komen

Google semalam melancarkan Projek Bahasa Terancam untuk menyelamatkan pelbagai bahasa di dunia ini daripada dilupakan.

Syarikat aplikasi enjin carian terbesar itu melancarkan laman web Projek Bahasa Terancam dengan kerjasama ahli akademik dan pakar bahasa.

Ia membolehkan pengguna mencari, berkongsi dan menyimpan maklumat mengenai dialek yang semakin dilupakan.

"Orang ramai boleh berkongsi pengetahuan dan kajian mereka secara langsung melalui laman web ini dan membantu mengemas kini kandungannya.

"Mereka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang telah mula menyumbang kandungan daripada bahasa dalam manuskrip kurun ke-18 sehinggalah bahasa moden seperti sampel bahasa video dan audio selain artikel,'' kata pengurus projek itu, Ciara Rivera Rodriguez dan Jason Rissman dalam blog Google.



Laman web endangeredlanguages.com itu direka dengan membenarkan pengguna memuat naik video, audio atau fail teks dan menggalakkan mereka menghafal rakaman dialek yang jarang didengari.

Menurut laman web itu, hanya separuh daripada 7,000 bahasa yang digunakan hari ini dijangka kekal sehingga akhir kurun ini.

"Mendokumenkan bahasa terutama yang hampir pupus merupakan langkah penting dalam memulihara kepelbagaian budaya, menghormati pengetahuan warisan dan memperkasakan golongan muda,'' kata Rissman. - AFP

Management & Science University: Peluang ikuti pengajian pascasiswazah

Friday, June 22, 2012 0 Komen

SELAIN mengendalikan program pengajian peringkat sarjana muda dan diploma, Management & Science University (MSU) melalui School of Graduate Studies (SGS) dan Graduate School of Management (GSM) juga menawarkan program pengajian pasca siswazah yang dijalankan secara penyelidikan atau kerja kursus.

Pengajian pasca siswazah yang ditawarkan ialah peringkat doktor falsafah, sarjana, diploma dan sijil. Antara bidang pengkhususan yang ditawarkan ialah Business Administration, Management/Business, Computer Science, Accounting/Finance, ICT, Bioinformatics, Biomedical Science, Foodservice Technology, Biomedicine, Information Technology and Management, Computer Network, Software Engineering serta Commercial Law.
Dekan, School of Graduate Studies, MSU, Profesor Datuk Dr Asbi Ali, berkata program pasca siswazah yang ditawarkan menggunakan kaedah penyelidikan fleksibel bagi pelajar yang mengikuti pengajian secara sambilan.

Beliau berkata, kaedah berkenaan membolehkan calon bekerja yang berminat melanjutkan pengajian pada peringkat pasca siswazah mengikutinya tanpa perlu bercuti atau meninggalkan pekerjaan mereka seperti dilakukan pelajar sepenuh masa.

“Program ini bukan saja ditawarkan untuk mereka yang mahu melanjutkan pelajaran bagi memenuhi keperluan kerjaya tetapi juga sesuai untuk golongan yang berminat menambah pengetahuan pada peringkat tinggi,” katanya.

MSU melalui SGS sehingga kini menawarkan tujuh bidang pengkhususan peringkat doktor falsafah, tiga belas bidang pengkhususan peringkat sarjana serta dua bidang pengkhususan bagi program sijil dan diploma manakala GSM pula menawarkan program pengajian peringkat doktor falsafah dan sarjana dalam bidang Business Administration atau Pentadbiran Perniagaan.

Katanya, kaedah pengajaran yang digunakan pada peringkat ijazah lanjutan itu membabitkan pendekatan inovatif seperti lawatan industri, permainan pengurusan, kajian kes, pembentangan video dan interaksi dalam talian. Program Pembangunan Usahawan dengan kerjasama MARA turut ditawarkan.

Melalui program itu, katanya, peserta program yang layak akan mendapat tajaan penuh MARA dan selepas tamat pengajian mereka dianugerahkan MBA dalam bidang berkenaan. Pusat inkubator yang ditubuhkan menerusi program ini membolehkan peserta menggunakan ilmu dan pengetahuan yang diperoleh dalam keadaan pengurusan atau perniagaan sebenar.

Senarai penjaring Euro 2012

Friday, June 22, 2012 0 Komen

Penjaring Euro 2012
Senarai penjaring Euro 2012 sehingga perlawanan pagi tadi 22/6/2012 seperti berikut:

3 gol: Dzagoev (RUS), Gomez (GER), Mandzukic (CRO), Ronaldo (POR)

2 gol: Bendtner (DEN), Fabregas (ESP), Ibrahimovic (SWE), Jiracek (CZE), Krohn-Dehli (DEN), Pilar (CZE), Shevchenko (UKR), Torres (ESP)



1 gol: Balotelli (ITA), Bender (GER), Blaszczykowski (POL), Cabaye (FRA), Carroll (ENG), Cassano (ITA), Di Natale (ITA), Gekas (GRE), Jelavic (CRO), Karagounis (GRE), Larsson (SWE), Lescott (ENG), Lewandowski (POL), Mellberg (SWE), Nasri (FRA), Navas (ESP), Pavlyuchenko (RUS), Pepe (POR), Pirlo (ITA), Podolski (GER), Postiga (POR), Rooney (ENG), Salpingidis (GRE), Shirokov (RUS), Silva (ESP), St Ledger (IRL), van Persie (NED), van der Vaart (NED), Varela (POR), Walcott (ENG), Welbeck (ENG)

Johan Piala Presiden 2012 milik Perak

Friday, June 22, 2012 0 Komen

Perak juara Piala Presiden 2012

Jaringan tunggal Muhammad Nurridzuan Abu Hassan pada separuh masa pertama berjaya membawa Perak menjadi Johan Piala Presiden 2012.

Perak tampil garang sebaik wisel permulaan dengan mengasak ke kubu lawan hingga menyaksikan penyerang sensasi skuad "Yob Muda", Khairul Asyraff Sahizah hampir membuka jaringan namun sepakan gunting penyerang muda itu, sedikit tersasar di atas palang gol.



Bagai tersentak, kesebelasan NS Betaria bingkas bangkit dengan melancarkan serangan ke gawang Perak namun benteng yob muda yang diterajui gandingan Amirul Azahan Aznan, Muhammad Syahmil Khairi, Mohd Rafiq Faeez Fuad dan Mohd Haizal Faquan Sadaruddin tetap kental bertahan bagi menafikan asakan-asakan pelawat.

Perak sekali lagi berpeluang membuka jaringan menerusi Khairul Asyraff pada minit ke-28 setelah penyerang muda itu berjaya meloloskan diri daripada kawalan pertahanan NS Betaria.

Namun, penyerang tersebut gagal memanfaatkan peluang terhidang itu apabila menyepak tinggi biarpun hanya berdepan satu sama satu dengan penjaga gawang NS Betaria, Mohd Khairul Izzuwan.

NS Betaria turut memiliki beberapa peluang menjaringkan gol, namun semua peluang berkenaan gagal dimanfaatkan oleh jentara serangannya yang menyaksikan banyak percubaan tidak menepati sasaran.

Bagaimanapun, kapten skuad "Yob Muda", Muhammad Nurridzuan Abu Hassan menceriakan sekitar tiga ribu penyokong Perak setelah berjaya menanduk masuk bola hasil sepakan percuma pada masa kecederaan babak Perak selesa memimpin perlawanan hingga tamat babak pertama.

Babak kedua menyaksikan Perak semakin menggandakan asakan ke gawang NS Betaria bagi menambah jaringan.

Namun beberapa peluang yang diperolehi gagal dimanfaatkan oleh jentera serangan Perak yang menyaksikan penyerang kembar yob muda, Khairul Asyraff dan bintang muda dari skuad Piala Belia, M.Mugienthiran gagal melepasi kawalan benteng pertahanan NS Betaria.

Perak hampir menambah jaringan pada minit ke-85, setelah Muhammad Nurridzuan sekali lagi berjaya meloloskan diri daripada kawalan pertahanan NS Betaria.

Namun, Nurridzuan gagal menyempurnakan peluang berkenaan biarpun berdepan satu sama satu dengan penjaga gol lawan, Mohd Khairul Izzuwan.

NS Betaria terpaksa bermain dengan sepuluh pemain apabila pemain gantian, Azwan Md Nor dilayangkan kad merah kerana mengasari penjaga gol Perak, Mohd Syazani Mat Puat pada minit-minit terakhir perlawanan.

Bagaimanapun, kesempatan itu gagal dimanfaatkan Perak apabila banyak mensesiakan peluang untuk menambah jaringan dan sekali gus menyaksikan kedudukan 1-0 kekal hingga ke wisel penamat.

Model terkejut gambar diiklan sebagai pelacur

Friday, June 22, 2012 0 Komen

Ini mesti kes khianat...

Seorang model sambilan terkejut mendapati dirinya diniagakan sebagai pelacur yang menawarkan perkhidmatan seks 24 jam menerusi sebuah laman sosial.

Menurut wanita dikenali sebagai Chee, 26, rakannya memaklumkan bahawa terdapat individu memasukkan gambar peribadinya ke dalam laman sosial Facebook, Twitter dan blog pada 30 Mei lalu.



“Saya mulanya buntu dan agak tertekan apabila ramai individu menghubungi bagi mendapatkan perkhidmatan seks,” katanya ketika sidang media di Wisma MCA, semalam.

Menurutnya, individu terbabit turut membuat akaun laman sosial palsu dan memasukkan gambar-gambar peribadinya yang diambil dari laman sosial Facebook miliknya.

Chee juga tidak menolak kemungkinan perasaan cemburu menjadi faktor dia diperlakukan begini.

“Saya merasa bertuah kerana rakan dan ibu bapa sering memberi sokongan selepas apa yang berlaku,” katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, pihaknya telah menyediakan peguam bagi membantu mangsa membuat laporan polis.

Menurutnya, objektif utama suspek berkemungkinan besar untuk menjatuhkan reputasi mangsa disebabkan oleh kejayaannya menerusi bidang peragaan.

Chong berkata, tahun lalu pihaknya menerima lapan laporan, enam melibatkan wanita.

Portugal pasukan pertama mara ke separuh akhir Euro 2012

Friday, June 22, 2012 0 Komen

Portugal menjadi pasukan pertama mara ke separuh akhir Euro 2012 selepas menumpaskan juara Kumpulan A, Republik Czech 1-0 di Stadium National, Warsaw.

Gol kemenangan dijaringkan ketua pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo pada minit ke-79 selepas menanduk masuk hantaran lintang Joao Moutinho seterusnya menewaskan penjaga gol Czech, Petr Cech.

Cristiano Ronaldo

Naib juara Kumpulan B itu akan beraksi di separuh akhir menentang di antara pemenang Sepanyol dan Perancis yang bertemu dalam satu lagi perlawanan suku akhir. Portugal merupakan naib juara Euro 2004.

Info Pasukan Bola Sepak Itali Euro 2012

Thursday, June 21, 2012 0 Komen

Pasukan Bola Sepak Itali



Barisan pemain Itali:

1 Gianluigi Buffon
19 Leonardo Bonucci
16 Daniele De Rossi
3 Giorgio Chiellini
2 Christian Maggio
21 Andrea Pirlo
8 Claudio Marchisio
13 Emanuele Giaccherini
22 Alessandro Diamanti
11 Antonio Di Natale

Pasukan Itali terkenal dengan jolokan Azzurri. Kali terakhir menjulang trofi kejohanan Bola Sepak Eropah (EURO) pada tahun 1968.

Dibarisi pemain-pemain bertaraf dunia dan berpengalaman, seperti Gianluigi Buffon, Daniele De Rossi, Andrea Pirlo dan Antonio Cassano.

Beraksi dalam Kumpulan C bersama juara bertahan, Sepanyol, Republik Ireland dan Croatia.

Selain muncul juara sejak 44 tahun lalu, pencapaian terbaik Itali di pentas Euro ialah kejayaan menlayakan kaki sehingga ke peringkat separuh akhir pada tahun 1980.



INFO PASUKAN BOLA SEPAK ITALI

Ditubuhkan semenjak: 1898
Gelaran: Azzuri
Pengurus: Cesare Prandelli

Pemain tumpuan: Antonio Cassano, Giampaolo Pazzini, Leonardo Bonucci, Daniele De Rossi, Alberto Gilardino, Claudio Marchisio,

Penjaring terbanyak: Luigi Riva (35), Alessandro Del Piero (27)

Pusingan kelayakan EURO 2012: Juara Kumpulan C

Sejarah di kejohanan Bola Sepak Eropah (EURO)

1968- Juara

1988- Layak ke separuh akhir

2008- Layak ke separuh akhir

Info Pasukan Bola Sepak Sepanyol Euro 2012

Thursday, June 21, 2012 0 Komen

Info Pasukan Bola Sepak Sepanyol Euro 2012

Pasukan Bola Sepak Sepanyol

Barisan pemain Sepanyol:

1. Iker Casillas (k)
3. Gerard Pique
15. Sergio Ramos
17. Alvaro Arbeloa
18. Jordi Alba
6. Andres Iniesta
8. Xavi Hernandez
14. Xabi Alonso
16. Sergio Busquets
21. David Silva
9. Fernando Torres

Juara bertahan, Sepanyol menampilkan aksi juara dunia selepas menjuarai Kumpulan C dan layak ke pusingan suku akhir bersama Itali.

Untuk rekod, Sepanyol sebelum ini terpaksa menunggu selama 44 tahun sbelum muncul juara EURO 2008.

Dengan memiliki beberapa pemain hebat dunia seperti Fernando Torres, Xavi, Andres Iniesta, Cesc Fabregas dan David Silva tidak mustahil impian Del Bosque untuk mencipta kejayaan hatrik bukanla angan-angan kosong.

Pasukan Bola Sepak Sepanyol

INFO PASUKAN BOLA SEPAK SEPANYOL

Ditubuhkan semenjak: 1909

Gelaran: La Roja

Pengurus: Vicent Del Bosque

Pemain tumpuan: David Silva, Fernando Llorente, Juan Mata,, Alvaro Negredo, Fernando Torres, Xavi Xabi Alonso, Andres Iniesta, Sergio Ramos

Penjaring terbanyak: David Villa (51); current, David Villa (51)

Pusingan kelayakan EURO 2012: Juara Kumpulan I

Sejarah di kejohanan EURO:

1964- Juara

1996- Layak ke separuh akhir

2000- Layak ke separuh akhir

2008- Juara

Pasukan Bola Sepak Perancis Euro 2012

Thursday, June 21, 2012 0 Komen

PASUKAN BOLA SEPAK PERANCIS EURO 2012



Penjaga gol: Cédric Carrasso (Bordeaux), Hugo Lloris (Lyon), Steve Mandanda (Marseille).

Pertahanan: Gaël Clichy (Manchester City), Mathieu Debuchy (Lille), Patrice Evra (Manchester United), Laurent Koscielny (Arsenal), Philippe Mexès (AC Milan), Adil Rami (Valencia), Anthony Réveillère (Lyon).

Tengah: Yohan Cabaye (Newcastle Utd), Alou Diarra (Marseille), Florent Malouda (Chelsea), Marvin Martin (Sochaux), Blaise Matuidi (Paris St Germain), Yann M'vila (Rennes), Samir Nasri (Manchester City).

Serangan: Hatem Ben Arfa (Newcastle Utd), Karim Benzema (Real Madrid), Olivier Giroud (Montpellier), Jérémy Ménez (Paris St Germain), Franck Ribéry (Bayern Munich), Mathieu Valbuena (Marseille).

Kekuatan: Igaun ngeri Piala Dunia 2010 menjadikan Laurent Blanc lebih berwaspada dalam pemilihan pemain, namun nama bintang seperti Franck Ribery dan Samir Nasri di bahagian peledak bakal mmberi berita gembira kepada juara dua kali Euro berkenaan.

Kelemahan: Formasi 4-2-3-1 memerlukan pemain yang boleh bermain lebih 90 minit dengan sokongan setiap bahagian jentera serangan, ramuan ini ada pada anak buah Blanc, namun kurang pengalaman menyerap tekanan.

INFO PERANCIS

Pasukan yang digelar 'Les Blues' ini pernah menjuarai Kejuaraan EURO pada tahun 1984 dan kali terakhir pada tahun 2000.

Les Blues meniti zaman kegemilangan ketika era pemain lagenda seperti Zinedine Zidane, Fabien Barthez, Marcel Desailly, Didier Deschamps, Theirry Henry, Patrick Viera menjulang trofi EURO ketika tahun 2000 dan Piala Dunia 1998.

Bekas pemain, Laurent Blanc mengambil alih tugas Raymond Domenech ketika prestasi tidak menentu Perancis pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Pada pusingan kelayakan kumpulan D mereka menjuarai kumpulan.

Blanc berkata, "Ia adalah suatu kepuasan apabila layak ke EURO. Mulai sekarang, kami akan memberikan fokus sepenuhnya kepada permainan.

"Tetapi ia akan menjadi menarik untuk melihat pemain yang berjaya dengan kelab mereka berada dalam pasukan kebangsaan." katanya.

INFO PASUKAN BOLA SEPAK PERANCIS

Ditubuhkan semenjak: Tahun 1919

Gelaran: Les Blues

Jurulatih: Laurent Blanc

Pemain Tumpuan: Karim Benzema, Franck Ribery, dan Samir Nasri

Penjaring terbanyak: Theirry Henry (51 gol) semasa - Karim Benzema (13 gol)

Penampilan terbanyak: Lilian Thuram (125) semasa - Florent Malouda (73)

Pusingan Kelayakan Euro 2012: Juara Kumpulan D

Chin Peng sudah tenat di Thailand

Thursday, June 21, 2012 0 Komen

Chin Peng, pemimpin perang gerila yang gagal mencapai matlamatnya setelah berjuang lebih 40 tahun, sekarang sedang menghadapi saat-saat kematian di Thailand.

Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng, 90, sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Bangkok dan berita terakhir yang diterima di sini mengatakan keadaannya semakin tenat.



Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin Melalui blognya, zamkata. blogspot, berkata, beberapa kenalan rapat dari Malaysia dan Singapura yang melawatnya baru-baru ini mendapati keadaannya sangat uzur dan tidak lagi dapat mengenali orang yang melawatnya.

Menurut blog itu, seorang daripada dua pembantu yang berada di sisinya memberitahu, Chin Peng telah dikejarkan ke hospital dari rumahnya di luar kota Bangkok setelah keadaan kesihatannya semakin tenat.

Dua orang pembantunya cuba memberitahu tentang kedatangan pelawat, tetapi dia kelihatan seperti antara sedar dan tidak sedar.

Mereka diberitahu oleh salah seorang pembantu bahawa sebelumnya dia telah pun bercakap mengenai kematiannya.

Chin Peng dilahirkan di tingkat atas rumah kedai dua tingkat di Kampong Koh, Sitiawan Perak dan telah menjadi anggota Parti Komunis Malaya (PKM) sejak berumur 15 tahun.

Dia dilantik menjadi Setiausaha Agung PKM pada 1947 setelah setiausaha agung pertamanya, Lai Te menghilangkan diri dengan membawa mas dan wang AS$1 juta (RM3.2 juta).

Wanita pertama tabung uji meninggal usia 64 tahun

Thursday, June 21, 2012 0 Komen

Lesley Brown, wanita pertama yang mencipta sejarah melahirkan bayi menerusi kaedah tabung uji (IVF), meninggal dunia pada 6 Jun 2012.

Lesley Brown berusia 64 tahun.



Dia mencipta sejarah pada 25 Julai 1978 apabila anak perempuannya, Louise lahir di Hospital Besar Oldham.

Lesley, dari Whitchurch, Bristol, mengambil bahagian dalam prosedur ujian IVF yang dikendalikan oleh Profesor Bob Edwards dan Dr Patrick Steptoe di Cambridge.

Sejak itu, lebih tiga juta bayi telah dilahirkan menggunakan teknik yang sama.

Jambatan kedua Pulau Pinang terpanjang di dunia

Thursday, June 21, 2012 0 Komen

Jambatan kedua Pulau Pinang terpanjang di dunia
Jambatan kedua Pulau Pinang akan menjadi yang terpanjang di dunia selain yang pertama menggunakan teknologi mampu menyerap gegaran gempa, kata Pengurus Bahagian Pembinaan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), Zulkipli Nasri.

Beliau berkata produk penahan gempa tersebut dikenali sebagai Galas Getah Redaman Tinggi (HDRB) melalui penggunaan sistem pengasingan seismik yang berkesan berupaya melindungi struktur jambatan daripada kerosakan jika terjadi gempa bumi.

Bercakap kepada Bernama semasa sesi lawatan ke projek jambatan itu di sini hari ini, Zulkipli berkata HRDB itu adalah produk yang direkabentuk oleh Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak (TARRC) di United Kingdom, sebuah makmal milik Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Beliau berkata produk itu yang dihasilkan sepenuhnya di dalam negara dipasang pada setiap dek jambatan itu adalah peralatan inovatif melindungi bukan sahaja struktur tetapi juga isi kandungan dalam struktur.

"Kami percaya teknologi ini akan digunapakai dalam pembinaan jambatan lain di dalam dan luar negara," katanya.

Jambatan kedua tersebut berharga RM4.5 bilion sejauh 23.5 km dengan 16.9km struktur marin dibina bersama oleh UEM Builders Bhd dan CHEC Pembinaan (M) Sdn Bhd mulai tahun 2008 dijangka siap sepenuhnya pada September 2013.

Apabila siap nanti ia akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang berlaku di negeri ini. Jambatan itu yang juga terpanjang di Asia Tenggara, menghubungkan Batu Maung di bahagian pulau dengan Batu Kawan di bahagian tanah besar.

Zulkipli berkata berdasarkan prestasi terkini, pihaknya menyasarkan pencapaian kemajuan keseluruhan projek melebihi 90 peratus pada akhir tahun ini.

Katanya, melihat pada kesungguhan pihak kontraktor melaksanakan pembinaan, jambatan mungkin dapat disiapkan dua bulan lebih awal daripada yang jadual.

"Kemajuan pembinaan sedikit sebanyak dipengaruhi faktor cuaca dan sekiranya keadaan mengizinkan, saya yakin projek akan siap lebih awal kerana setakat ini kemajuan telah 3.15 peratus mendahului jadual.

Beliau berkata sehingga ke hari ini kerja pembinaan jambatan telah 79.5 peratus siap dan pihaknya menyasarkan struktur jambatan dapat disiapkan pada akhir bulan Mac 2013.

Zulkipli berkata kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di kawasan Batu Kawan akan mula dibina selepas jambatan kedua itu mula beroperasi pada 2014.

Beliau berkata kawasan R&R itu dibina di Batu Kawan dan tidak di atas jambatan seperti mulanya dirancang kerana ianya melibatkan kos yang tinggi, selain membabitkan ciri-ciri keselamatan pengguna.

"Banyak pihak terutamanya yang berkaitan keselamatan membantah pembinaan R&R di atas jambatan kerana selain isu keselamatan ia juga boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas," katanya. - Bernama

Euro 2012: Info Pasukan England (Kumpulan D)

Thursday, June 21, 2012 0 Komen

PASUKAN ENGLAND

'The Three Lions' mara ke pusingan akhir Euro 2012 ketika Fabio Capello meletak jawatan empat bulan sebelum kejohanan. Kedudukan diambil alih sementara oleh penolong jurulatih, Stuart Pearce.

Kapten, Steven Gerrard akan mengetuai rakan-rakannya untuk menghadapi Euro 2012 dalam kumpulan D.

The Three Lions

INFO PASUKAN ENGLAND:

Ditubuhkan semenjak: Tahun 1863
Gelaran: Three Lions
Jurulatih / Pengurus: Roy Hodgson
Pemain Tumpuan: Wayne Rooney, Theo Walcott, Steven Gerrard dan Frank Lampard
Penjaring terbanyak: Bobby Charlton (49 gol), Semasa - Michael Owen (40 gol)
Penampilan terbanyak: Peter Shilton (125), Semasa - David Beckham (115)
Pusingan Kelayakan Euro 2012: Juara Kumpulan G
Play off: Turkey 0-3, 0-0 Croatia (3-0 agg)
Penjaring terbanyak: Darrent Bent, Jermain Defoe, Wayne Rooney dan Ashley Young (4 gol)



KUMPULAN D ENGLAND

Penjaga gol: Joe Hart (Manchester City), Robert Green (West Ham), Jack Butland (Birmingham City).

Pertahanan: Leighton Baines (Everton), Martin Kelly (Liverpool), Ashley Cole (Chelsea), Glen Johnson (Liverpool), Phil Jones (Manchester United), Joleon Lescott (Manchester City), John Terry (Chelsea), Phil Jagielka (Everton).

Tengah: Stewart Downing (Liverpool), Steven Gerrard (Liverpool), James Milner (Manchester City), Alex Oxlade-Chamberlain (Arsenal), Scott Parker (Tottenham), Theo Walcott (Arsenal), Ashley Young (Manchester United).

Penyerang: Andy Carroll (Liverpool), Jermain Defoe (Tottenham), Wayne Rooney (Manchester United), Danny Welbeck (Manchester United).

Kekuatan: Semangat juang tinggi untuk memburu kejuaraan Eropah pertama menjadi inspirasi skuad Three Lions ini untuk mara ke pusingan seterusnya di bawah kendalian Roy Hodgson

Kelemahan: Tanpa Wayne Rooney berikutan pengantungan dua perlawanan, tugas kini digalas Andy Carroll yang prestasinya begitu amat diragui tidak hanya penyokong tetapi juga bekas pemain England

Peraturan Baru Graduan Asing Bekerja Di Australia

Thursday, June 21, 2012 0 Komen

Penuntut asing di universiti Australia akan layak mendapat visa kerja selama dua hingga empat tahun selepas mereka tamat pengajian di bawah peraturan imigresen yang akan diperkenalkan kerajaan Australia tahun depan.

Pemegang visa itu perlu mahir dalam bahasa Inggeris dan mempunyai insurans kesihatan, serta lulus ujian kesihatan dan peraturan keselamatan serta perwatakan yang baik, lapor akhbar The Australian.

Menteri Imigresen, Chris Bowen berkata, perluasan skim visa Graduan Mahir akanmembantu meningkatkan daya saing industri kemasukan pelajar ke Australia bernilai A$18 bilion.

Ia juga berpotensi untuk membenarkan kesemua 220,000 penuntut asing di Australia bekerja dalam sebarang jenis pekerjaan selepas tamat pengajian.

Sistem yang ada sekarang terhad kepada graduan yang menuntut dalam bidang pekerjaan mahir - termasuk perdagangan, perubatan, kejuruteraan, seni bina, perakaunan dan perguruan - yang boleh bekerja sehingga 18 bulan.

Penuntut asing dalam bidang lain perlu meninggalkan Australia dalam tempoh sebulan selepas tamat pengajian, kata akhbar itu.

Bagaimanapun, mulai tahun depan visa akan diberi kepada semua graduan tanpa mengira bidang pengajian mereka.

Had tempoh 18 bulan pula dilanjut kepada dua tahun untuk graduan Ijazah Pertama, tiga tahun bagi Sarjana dan empat tahun untuk Doktor Falsafah.

"Peraturan ini tidak melibatkan pekerja asing mahir, oleh itu ia tidak memerlukan pemohon menamakan pekerjaan dalam senarai pekerjaan mahir atau menjalani penilaian kemahiran," kata seorang jurucakap untuk Bowen kepada akhbar itu.

Di bawah skim yang ada sekarang, visa kerja dikeluarkan kepada 24,359 penuntut dalam tempoh sembilan bulan sehingga Mac, meningkat 85 peratus dalam tempoh setahun. – BERNAMA

Biodata Profil Chef Mohd Shokri Abdul Ghani

Thursday, June 21, 2012 0 Komen

Chef Mohd Shokri Abdul Ghani

Biodata Chef Shokri
Nama: Chef Mohd Shokri Abdul Ghani
Tarikh Lahir: 3 Januari 1962
Asal: Perak

Pengalaman:

* 30 tahun terbabit dalam bidang makanan di beberapa hotel terkemuka seperti PJ Hilton, Concorde, Vistana dan Sheraton Labuan.

* Chef Sous, Ratu Elizabeth II Cruise, United Kingdom

* Chef Sous Istana Raja Hussein Al Nadwa, Jordan

* Pengurus Chef Hotel Sheraton Utama, Bandar Seri Begawan Brunei

* Juri tetap program Jaguh Kampung siaran Astro Ria

* Ketua bahagian makanan dan juri pemilihan peserta MasterChef Malaysia

* Idola: Gordon James Ramsay dan Escoffier

Facebook: http://www.facebook.com/chefdehote

Plastik punca kematian penyu

Wednesday, June 20, 2012 0 Komen

Dana Hidupan Liar Sedunia-Malaysia, percaya plastik yang dibuang ke dalam laut merupakan salah satu punca menyebabkan penyu mati.

Ketua Program Pemuliharaan Penyu dan Tuntung Laut Terengganu, WWF-Malaysia, Rahayu Zulkifli berkata ini kerana plastik yang dibuang ke laut dan terapung-apung di permukaan air itu disangka oleh penyu sebagai obor-obor, makanannya. "Sebab itu apabila kita jumpa penyu mati kita dapati dalam perutnya mengandungi plastik," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Kempen 'Lindungilah Penyu Kita' di sini.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat khususnya nelayan supaya bekerjasama dan tidak membuang segala plastik ke dalam laut memandangkan plastik itu boleh membunuh penyu yang semakin pupus.

Punca gangguan jin, sihir dan rasukan syaitan

Wednesday, June 20, 2012 0 Komen

Punca gangguan jin, sihir dan rasukan syaitan

* Suka buku cerita, filem hantu dan sihir
* Perasaan takut dan gembira melampau
* Wanita suka bersolek dan membuka aurat
* Lalai serta ingkar perintah Allah
* Menyimpan alat muzik, alat melalaikan di rumah
* Meninggikan suara dalam bilik air
* Menangis dan merintih sebelum tidur
* Membuang air panas ke dalam bilik air
* Melompat tempat tinggi tanpa baca bismillah
* Tempat gelap yang ditinggalkan
* Suami isteri sering bertengkar
* Terlampau marah
* Mengikut hawa nafsu
* Simpan lukisan motif manusia atau anjing dalam rumah
* Berlaku sihir
* Berlaku perjanjian di antara jin dan tukang sihir
* Jatuh cinta kepada jin

Tanda terkena gangguan jin dan syaitan
* Sukar tidur malam
* Hati berdebar ketika senja
* Keluh kesah tidak menentu
* Mimpi menakutkan yang berulang
* Selesema berpanjangan
* Berasa malas berzikir dan sembahyang
* Sakit gagal dikesan doktor
* Pening berpanjangan ketika senja
* Otak lemah
* Tidak sedarkan diri dan pengsan
* Telinga berdesing, dengar kata-kata suruhan

Jambatan kedua Pulau Pinang mampu serap gegaran gempa

Wednesday, June 20, 2012 0 Komen

Jambatan kedua Pulau Pinang akan menjadi yang terpanjang di dunia selain yang pertama menggunakan teknologi mampu menyerap gegaran gempa, kata Pengurus Bahagian Pembinaan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), Zulkipli Nasri.

Beliau berkata produk penahan gempa tersebut dikenali sebagai Galas Getah Redaman Tinggi (HDRB) melalui penggunaan sistem pengasingan seismik yang berkesan berupaya melindungi struktur jambatan daripada kerosakan jika terjadi gempa bumi.

Bercakap kepada Bernama semasa sesi lawatan ke projek jambatan itu di sini hari ini, Zulkipli berkata HRDB itu adalah produk yang direkabentuk oleh Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak (TARRC) di United Kingdom, sebuah makmal milik Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Beliau berkata produk itu yang dihasilkan sepenuhnya di dalam negara dipasang pada setiap dek jambatan itu adalah peralatan inovatif melindungi bukan sahaja struktur tetapi juga isi kandungan dalam struktur.


"Kami percaya teknologi ini akan digunapakai dalam pembinaan jambatan lain di dalam dan luar negara," katanya.


Jambatan kedua tersebut berharga RM4.5 bilion sejauh 23.5 km dengan 16.9km struktur marin dibina bersama oleh UEM Builders Bhd dan CHEC Pembinaan (M) Sdn Bhd mulai tahun 2008 dijangka siap sepenuhnya pada September 2013.

Apabila siap nanti ia akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang berlaku di negeri ini. Jambatan itu yang juga terpanjang di Asia Tenggara, menghubungkan Batu Maung di bahagian pulau dengan Batu Kawan di bahagian tanah besar.

Zulkipli berkata berdasarkan prestasi terkini, pihaknya menyasarkan pencapaian kemajuan keseluruhan projek melebihi 90 peratus pada akhir tahun ini.

Katanya, melihat pada kesungguhan pihak kontraktor melaksanakan pembinaan, jambatan mungkin dapat disiapkan dua bulan lebih awal daripada yang jadual.

"Kemajuan pembinaan sedikit sebanyak dipengaruhi faktor cuaca dan sekiranya keadaan mengizinkan, saya yakin projek akan siap lebih awal kerana setakat ini kemajuan telah 3.15 peratus mendahului jadual.

Beliau berkata sehingga ke hari ini kerja pembinaan jambatan telah 79.5 peratus siap dan pihaknya menyasarkan struktur jambatan dapat disiapkan pada akhir bulan Mac 2013.

Zulkipli berkata kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di kawasan Batu Kawan akan mula dibina selepas jambatan kedua itu mula beroperasi pada 2014.

Beliau berkata kawasan R&R itu dibina di Batu Kawan dan tidak di atas jambatan seperti mulanya dirancang kerana ianya melibatkan kos yang tinggi, selain membabitkan ciri-ciri keselamatan pengguna.

"Banyak pihak terutamanya yang berkaitan keselamatan membantah pembinaan R&R di atas jambatan kerana selain isu keselamatan ia juga boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas," katanya. - BERNAMA

Datuk Seri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara (KSN) baru

Wednesday, June 20, 2012 0 Komen

Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa, 57, hari ini diumumkan sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru berkuat kuasa mulai 24 Jun 2012.



Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau menggantikan Tan Sri Mohd. Sidek Hassan yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada 23 Jun ini.

Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Ali, kata kenyataan itu.

Ali yang dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1955, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Environmental Science & Economics dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat.

Beliau mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 5 Januari 1981 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Beliau mempunyai pengalaman kerja yang sangat luas di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dari 16 Dis 1997 hingga 21 April 2009.

Di jabatan itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Seksyen Pembahagian dan Timbalan Ketua Pengarah, Program National Transformation & Advancement sebelum menjawat tugas sebagai Ketua Pengarah, UKAS, JPM pada 22 April 2009.

“Kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Mohd. Sidek Hassan di atas segala khidmat bakti beliau di sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara khususnya dalam usaha-usaha mengukuhkan sistem penyampaian Perkhidmatan Awam dengan memperkenalkan pelbagai pembaharuan demi memastikan agenda pembangunan negara yang dirancang dilaksanakan dengan jayanya," kata kenyataan itu. - BERNAMA

AirAsia tidak anjur program loteri atau baucar

Wednesday, June 20, 2012 0 Komen

AirAsia nasihat orang ramai tidak ambil bahagian dalam penipuan dalam talian

AirAsia berkata hari ini ia tidak terbabit secara langsung atau tidak langsung dengan penganjuran sebarang program loteri atau baucar.

"Kami mendapat tahu bahawa orang ramai dan penumpang kami telah menerima emel yang menjemput mereka mengambil bahagian dalam program loteri atau program Baucar Membeli-belah 1Malaysia yang didakwa dianjurkan oleh AirAsia," kata syarikat penerbangan kos rendah itu dalam satu kenyataan.

Program loteri itu datang daripada satu entiti yang memanggil dirinya "AirAsia(Ibu pejabat serantau Asia-Pasifik) dengan alamat Tingkat bawah, Terminal 2, Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Jalan Lapangan Terbang Lama, Tanjung Aru Sabah, katanya.

Entiti itu membuat dakwaan palsu bahawa ia menganjurkan "Program Bonus Istimewa Eksklusif AirAsia 2012" dengan hadiah tunai US$130,000 bagi pihak AirAsia.

Program Baucar Membeli-belah 1Malaysia itu pula menawarkan baucar AirAsia bernilai RM5,000 dan memujuk penumpang untuk memberikan butiran peribadi mereka.

AirAsia menafikan penganjuran apa-apa program dan ia tidak memberi tanggungjawab kepada mana-mana syarikat, organisasi dan syarikat perjudian untuk menganjurkan apa-apa program loteri atau baucar bagi pihaknya.

Syarikat penerbangan tambang murah itu berkata ia telah membuat laporan polis dan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia tidak lama lagi tentang perkara itu. - BERNAMA

Facebook minta nombor telefon penggunanya

Wednesday, June 20, 2012 0 Komen

Facebook elak akaun pengguna digodam

Facebook bakal meminta pengguna aktifnya yang berjumlah lebih 900 juta orang supaya memberikan nombor telefon bimbit masing-masing bagi mengelak akaun mereka digodam.

Ia sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan bagi mengelakkan laman sosial itu digodam seperti yang dihadapi oleh jaringan sosial lain termasuk LinkedIn dan eHarmony.

Berjuta-juta pengguna Facebook sudah boleh melihat satu pautan di laman akaun mereka meminta mengikut 'kaedah keselamatan mudah'.

Mereka yang klik pautan tersebut akan dibawa ke laman keselamatan Facebook di mana mereka akan diminta memilih kata laluan unik dan diberikan tutorial bagaimana untuk mengenali penipuan melalui talian.

Pengguna kemudian akan diminta untuk menyediakan nombor telefon bimbit bagi membolehkan pemulihan keselamatan akaun.

Facebook mendakwa tindakan terbaru itu berkesan kerana apabila pengguna mengesahkan nombor telefon mereka, ia akan membenarkan laman web itu untuk memadamkan kata laluan mereka jika akaun itu digodam.

Laman web itu kemudian akan menghantar satu mesej teks kepada pengguna bahawa kata laluan mereka telah ditukar.

Tindakan terbaru itu dipilih berbanding penghantaran emel kerana kebanyakan pengguna tidak mengendahkan dan hanya akan memadamkannya. - AGENSI

Datuk bercinta gadis 16 tahun hampa cinta tak berbalas

Wednesday, June 20, 2012 0 Komen

Macam-macam cerita zaman sekarang ni...ini cerita pasal atuk yang hampa apabila cintanya ditolak gadis 16 tahun.

“Selepas 29 tahun menduda, saya terbuka hati untuk bernikah dengan gadis berusia 16 tahun, malah gembira apabila dia bersetuju mengahwini saya menerusi kiriman SMS menyebabkan saya sanggup menunggunya habis belajar untuk meminang. Namun kini, impian itu berkecai kerana dia sudah ada kekasih lain dan mahu memutuskan hubungan.”

Begitu luahan seorang lelaki warga emas, Mohd Adnan Hamid, 60, yang mendakwa bukan saja perasaannya dipermainkan dan ribuan ringgit wang dibelanjakannya lesap, malah lebih keji kekasihnya itu tergamak menghina dan memaki hamunnya apabila dia meminta penjelasan mengenai teman lelaki baru remaja itu.



Menurutnya, dia berkenalan dengan gadis yang mesra dipanggil Ida itu, Februari lalu di sebuah kedai makan dan pada awalnya hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan seorang datuk dan cucu.

“Dia bekerja sebagai pembantu kedai makan pada hari cuti dan sebaik mengenalinya timbul rasa kasihan dan simpati sehingga saya menawarkan diri menjadi wakil penjaga pelajar selepas dia bertukar sekolah.

“Sejak itu, kami sering berhubung melalui telefon bimbit dan bertemu. Saya minta Ida supaya berhenti kerja dan fokus terhadap pelajaran serta berjanji membantunya jika kesempitan wang,” katanya.



Mohd Adnan berkata, selepas sebulan berkawan, dia mula tertarik dengan Ida dan mengajaknya berkahwin sebaik tamat persekolahan.

Katanya, pada mulanya, gadis itu enggan kerana menganggapnya sebagai datuknya, namun bertukar fikiran apabila melihat kesungguhannya.

"Saya sanggup mengeluarkan lebih RM6,000 untuk memenuhi kehendaknya selepas dia berjanji untuk berkahwin dengan saya. Saya sering memberikannya wang tunai, membeli dua telefon bimbit dan set bilik tidur berharga RM1,700 seperti diminta," katanya.

Katanya, akibat termakan pujuk rayu dan janji manis remaja itu, dia sanggup berhabis wang ringgit, namun sikap sebenar gadis itu terbongkar apabila dia menemuinya keluar bersama lelaki lain pada 14 Jun lalu.

"Apabila diminta penjelasan, saya dihamburkan pelbagai kata kesat dan lebih mengecewakan impian saya mengahwininya juga hancur.

"Saya sayangkannya dan mahu menjadikannya isteri tetapi kini terpaksa melupakan hasrat itu," katanya.

Akibat kecewa dan mahu menuntut keadilan, Mohd Adnan nekad membuat laporan pada hari sama di Balai Polis Chembong dengan harapan menuntut semula ganti rugi dan mengambil semula barang yang pernah diberikan kepada remaja berkenaan.

Sementara itu, ibu gadis itu yang mahu dikenali sebagai Nora, 38, berkata dia mengenali Mohd Adnan melalui anaknya apabila lelaki itu mahu menjadi wakil penjaga anak perempuannya itu selepas bertukar sekolah.

"Saya berbesar hati kerana dia mahu menjadi penjaga anak saya dan bersedia menguruskan perbelanjaan sekolah anak. Kehidupan saya susah kerana suami hanya menoreh menyebabkan saya bersyukur ada yang mahu membantu," katanya.

Katanya, anaknya ada memberitahu Mohd Adnan mahu berkahwin dengannya dan dia enggan kerana menganggap lelaki berkenaan sebagai datuk dan tidak lebih daripada itu.

# Ermmm...budak remaja zaman sekarang suka mempermainkan perasaan orang, tak kasihan ke kat datuk tu? Kalau tak sudi, cakap je terus terang. Jgn mainkan perasaan orang yang berharap.

~ metro

Artis dan kerja amal (kebajikan)

Wednesday, June 20, 2012 0 Komen

Glamour, popular dan kerja amal. Dua perkara yang begitu akrab dengan artis-artis tempatan hari ini.

Banyak pihak berebut-rebut mahu menggunakan wajah-wajah popular untuk memastikan projek amal, kempen kesedaran dan misi kemanusiaan yang dianjurkan mendapat perhatian ramai.

Tidak dinafikan, penyertaan dan kerjasama artis dalam sesuatu projek atau kempen memberikan kesan tersendiri kepada khalayak kerana mereka mempunyai ‘daya penarik’.

Malah lebih membanggakan, rata-rata artis hari ini yang membabitkan diri dengan kerja-kerja amal bukan sahaja mengetahui matlamat tetapi peka kepada isu yang dibawakan.

Mereka tidak lagi sekadar bergelar jurucakap atau duta semata-mata dengan menempelkan wajah untuk menarik perhatian. Sebaliknya mereka arif dengan setiap topik atau isu.

Jika di Barat nama-nama seperti Angelina Jolie misalnya, amat dekat dengan kerja-kerja amal dan misi kemanusiaan, tidak kurang hebatnya artis tempatan.

Di Malaysia, Maya Karin, Yasmin Hani dan Aishah Sinclair, sekadar menyebut beberapa nama merupakan antara artis yang seringkali dikaitkan dengan kerja-kerja kebajikan.

Mereka hadir bukan sekadar penyeri majlis tetapi tahu apa yang mereka perjuang terutama dalam memberi kesedaran kepada khalayak.

Ramai lagi yang terlibat dengan kerja-kerja amal dan menyertai sebegitu banyak kempen mahupun projek demi membantu meningkatkan kesedaran, tidak kurang juga yang mencari dana untuk dikumpulkan melalui persembahan.

Malah ada antaranya sanggup menubuhkan yayasan dan syarikat demi memperjuangkan nasib mereka yang kurang bernasib baik biarpun masih belum ramai.

Yayasan Nurjiwa misalnya lahir atas keprihatinan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Begitu juga dengan Seri Dewi Production Sdn. Bhd. yang ditubuhkan oleh penyanyi Datuk Sharifah Aini untuk merealisasikan impiannya membantu mereka yang memerlukan.

Penyanyi rock terkenal, Amy Search juga mengakui menyimpan hasrat untuk menubuhkan sebuah yayasan. Namun impian itu masih belum terlaksana ekoran kekangan kewangan.

Malangnya, terdapat juga segelintir masyarakat yang memandang serong terhadap niat baik dan keikhlasan para artis kita dalam melakukan kerja-kerja amal.

Demi kelangsungan

Antara artis yang menumpahkan jasa demi menjaga kebajikan masyarakat yang memerlukan khususnya anak-anak yatim dan orang tua serta golongan susah adalah pengarah prolifik, Erma Fatima Rahmad.

Menubuhkan Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia sejak 2002, fokus utama yayasan itu adalah membuka rumah kebajikan untuk anak-anak yatim selain mengatur aktiviti kebajikan dalam usaha membantu golongan susah serta orang tua.

Ia bagi memastikan kelangsungan hidup golongan yang tidak bernasib baik seperti anak yatim dan orang tua terbela.

Keprihatinannya itu mendapat perhatian rakan-rakan artis yang sentiasa sudi membantu.

Malah kata Erma, kebanyakan mereka jarang menolak sekiranya mengetahui program yang dianjurkan.

“Kita selalu menjemput sesiapa sahaja artis berminat untuk sama-sama menyertai aktiviti yang kita anjurkan.

“Misalnya, seperti menziarah rumah orang tua-tua. Memang artis kita tidak pernah menolak.

“Terutama ketika Ramadan dan menjelang Syawal apabila artis bukan sahaja datang memeriahkan majlis sambutan yang kita anjurkan untuk anak yatim dan mereka yang susah, malah ada antara mereka yang sudi dan ikhlas memberikan sumbangan.

“Tidak kira sumbangan tersebut berupa barangan mahupun kewangan kepada golongan berkenaan," katanya ketika dihubungi Mega baru-baru ini.

Menerusi yayasan tersebut, Erma juga telah membuka sebuah rumah kebajikan yang dikenali sebagai Rumah Anak Yatim Bakawali yang terletak di Taman Melawati, Hulu Kelang, Selangor.

Menempatkan 15 orang anak yatim yang ke semuanya perempuan, ada antara mereka kini sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi tempatan.

“Rumah ini telah ditubuhkan 10 tahun yang lalu di bawah Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia.

“Penghuninya semuda 11 tahun dan ada antaranya kini sedang belajar di universiti dan maktab.

“Kebanyakan anak-anak yang menghuni rumah ini datangnya dari Kedah dan Terengganu. Mereka adalah anak yatim terpilih kerana memang benar-benar miskin," kata Erma yang menempatkan warden di rumah tersebut untuk menjaga dan mengawasi anak-anak yatim tersebut.

Demi bangsa

Keprihatinan Erma dalam membantu masyarakat khususnya golongan susah bermula ketika dia aktif dalam Pergerakan Puteri Umno beberapa tahun lalu.

Apabila tidak lagi aktif dalam pergerakan itu, Erma mengambil keputusan untuk meneruskan kerja-kerja amal dan kebajikan.

Malah tegasnya, tidak perlu menggunakan platform politik semata-mata untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

“Saya mahu lakukan sesuatu untuk bangsa saya. Itu yang mendorong saya menubuhkan yayasan ini. Harapan saya agar anak-anak yang berada di bawah jagaan Rumah Anak Yatim Bakawali ini akan menjadi insan yang berguna," tegasnya.

Tanpa dana daripada mana-mana pihak, Erma mengakui menanggung sendiri segala perbelanjaan untuk rumah kebajikan dan anak-anak yatim peliharaannya.

Segala perbelanjaan dan keperluan bagi anak-anak yatim tersebut termasuk urusan persekolahan, kata Erma, ditampung oleh syarikat penerbitannya, Rumah Karya Citra.

“Alhamdulillah... ada sedikit rezeki kita kongsi bersama anak-anak yatim itu. Kita tidak pernah dapat dana daripada sesiapa. Semuanya ditanggung sendiri.

“Tidak mengapalah asal saya dapat membantu mereka... memberi mereka masa depan. Itu sudah buat saya gembira dan rasa berbaloi menjaga mereka," jelasnya.

Muhamad Nazmi Faiz bin Mansor (Nazmi Faiz)

Monday, June 18, 2012 0 Komen

Nazmi Faiz mula mencipta nama sebagai bintang bola sepak yang menyinar apabila membantu skuad bawah 23 tahun negara memenangi pingat emas Sukan Sea tahun lalu sebelum terus menyinar menerusi satu gol cantik dalam perlawanan kelayakan Sukan Olimpik 2012 berdepan Bahrain.

Nazmi turut dikenali kerana kebolehan istimewanya mengemudi jentera tengah dan melakukan hantaran cantik, selain bijak membaca permainan walaupun masih cetek pengalaman.

Bintang Muhamad Nazmi Faiz Mansor semakin menyerlah selepas berjaya menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama kelab Portugal, S C Beira-Mar. S C Beira-Mar merupakan bekas kelab pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo.


Biodata Muhamad Nazmi Faiz bin Mansor

Muhamad Nazmi Faiz bin Mansor dilahirkan pada 16 Ogos 1994 kepada pasangan Mansor Mustafa dan Normala Nordin yang bekerja sebagai peniaga.

Nama Panggilan: Nazmi
Umur: 18 tahun
Asal: Kuala Lumpur
Pendidikan: Sekolah Sukan
Bukit Jalil (2008-2011)
Tinggi: 167 sentimeter
Posisi: Pemain Tengah (Midfielder)
Pasukan: S C Beira-Mar (Kelab Portugal)

Anak muda yang berasal dari Lembah Keramat Kuala Lumpur ini ialah anak keempat daripada lima orang adik-beradik.Nazmi mempunyai seorang kakak, dua orang abang dan seorang adik.

Nazmi sudah mula bermain bola sepak sejak berusia enam tahun dan sering memaksa bapanya untuk bermain bersama.Menurut Nazmi, seluruh keluarganya turut meminati sukan yang paling popular di dunia ini.

Terkenal dengan kepantasan sewaktu permainannya di sekolah, Nazmi kini bergelar pemain termuda beraksi bagi pasukan Malaysia di pentas antarabangsa.

Zaman PersekolahanWalaupun disifatkan sebagai seorang yang pemalu, Nazmi seorang pelajar yang aktif dalam bidang sukan sejak bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Melawati.

Selain bola sepak, dia turut terbabit secara aktif dalam sukan sepak takraw dan olahraga.Berkesempatan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Projek Seksyen 11,Nazmi kemudiannya memberikan sepenuh tumpuan kepada bola sepak.

Namun sekolah yang terletak di Shah Alam itu hanyalah persinggahan sementara sebelum terpilih melanjutkanpengajian di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) ketika berusia 14 tahun, sekali gus membuka lebih ruang untuk dia mengembangkan lagi bakatnya.Wakil Negara Debut permainan pertama Nazmi ialah ketika perlawanan Malaysia menentang Thailand dengan kemenangan dua berbalas satu.

Dia mula mendapat perhatian di pertengahan November tahun lepas semasa berlangsungnya temasya Sukan SEA 2011 di Jakarta, Indonesia. Anak muda ini telah mencatatkan rekod peribadinya apabila berjaya menjaringkan gol antarabangsa pertama ketika perlawanan menentang Bahrain bagi kelayakan Olimpik London 2012 meskipun Malaysia tewas dengan mata dua berbalas tiga.

Nazmi Faiz

Jurulatih pasukan Harimau Muda, Ong Kim Swee menyifatkan pengeluaran Nazmi semasa detik separuh perlawanan merupakan antara penyumbang kekalahan tersebut.

Pengorbanan Dan Pencapaian
Kecekalan pelajar SSBJ ini jelas kelihatan apabila dia bertekad menangguhkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang sepatutnya diduduki pada 14 November tahun lalu kerana berhasrat mahu mengharumkan nama Malaysia.

Pengorbanan pemain yang memakai jersi nombor 21 ini berbaloi apabila skuad di bawah 23 tahun negara berjaya meraih emas selepas menewaskan Indonesia.

Selain berjaya memenangi sejurus mempertahankan pingat emas ketika temasya dwitahunan di Indonesia, antara pencapaian yang pernah diraihnya ialah muncul juara bagi kejohanan B-17 Liga Kementerian Pelajaran Malaysia dan dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan ketika berusia 15 tahun.

Berikutan aksi cemerlang yang ditonjolkannya telah melayakkan Nazmi diserap ke skuad Harimau Muda (B) dalam kancah Liga Perdana selepas beraksi cemerlang dalam saingan Piala Presiden bersama SSBJ (B) tahun sebelumnya.

Bintang Muhamad Nazmi Faiz Mansor semakin menyerlah selepas berjaya menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama kelab Portugal, S C Beira-Mar. S C Beira-Mar merupakan bekas kelab pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo.

Pemain tengah itu menjadi pemain kedua negara beraksi di luar negara sejak sekian lama selepas penyerang Harimau Malaya, Mohd Safee Sali mengikat kontrak lumayan selama dua tahun bernilai lebih RM2 juta bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya FC.

 

ZONFINITI