Gempa bumi di Pakistan
Sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh apabila gempa bumi yang kuat melanda barat daya Pakistan, Selasa.
Ramai lagi dikuatiri mati, menurut Rafiq Lassi, ketua polis daerah Awaran di wilayah Baluchistan di mana gempa bumi berkekuatan 7.8.
Sebelum ini, Rafiq berkata dalam satu laporan AFP, bahawa lima mayat telah dikeluarkan dari satu bangunan runtuh.
Gempa bumi itu melanda pada 4.29 pagi waktu tempatan (7.29pm waktu Malaysia) kira-kira 100 kilometer di barat daya bandar Khuzdar di wilayah Baluchistan, pada kedalaman 15 kilometer.
Pada tahun 2005, satu gempa bumi magnitud 7.6 melanda di di Kashmir. Dalam bencana yang paling teruk di Pakistan itu, sekurang-kurangnya 73,000 orang terkorban manakala jutaan lagi kehilangan tempat tinggal.

0 Komen:
Post a Comment