Bank Rakyat - Bank Koperasi Islam terbesar di Malaysia
Hasil sokongan padu anggota individu dan koperasi serta komitmen warga kerja, Bank Rakyat yang bakal meraikan ulang tahun ke 59 kini mampu berdiri megah sebagai Bank Koperasi Islam terbesar di Malaysia.
Lebih membanggakan Bank Rakyat adalah Institusi Pembang unan Kewangan (DFI) pertama melaksanakan perbankan Islam sejak ia diperkenalkan pada 2003.
Ditubuhkan pada 28 September di bawah Ordinan Koperasi 1948 serta diseliakan dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Bank Rakyat menerima pelbagai pengiktirafan yang berkaitan industri di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.
Kewujudan Bank Rakyat terhasil daripada pandangan jauh pemimpin koperasi negara yang percaya kemajuan dalam sektor koperasi mampu mengubah lanskap ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat jelata.
Bermula sebagai sebuah koperasi kredit yang tertumpu kepada pembiayaan dalam bidang pertanian pada awal penubuhannya, Bank Rakyat kini sudah terkenal sebagai sebuah bank koperasi Islam yang menawarkan pelbagai perkhidmatan, produk dan kemudahan yang setaraf dengan bank komersil.
Tanpa menoleh ke belakang, Bank Rakyat terus mengorak langkah dengan pelbagai penambahbaikan dan inovasi positif sesuai dengan peredaran zaman.
Sepanjang 2013, Bank Rakyat mencapai banyak kejayaan, antaranya terpilih memenangi Anugerah Bank Islam Paling Menguntungkan bagi tahun 2011/2012 oleh Persatuan Institusi-Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM).
Bank Rakyat juga menerima Anugerah Kepimpinan Global 2013 (Global Leadership Award 2013) darripada Majalah The Leaders International. Penganugerahan itu sekali gus mengiktiraf rekod prestasi Bank Rakyat yang cemerlang dan meletakkan kedudukan bank ini sebagai salah satu institusi kewangan terkemuka di Malaysia.
Selain itu, Bank Rakyat juga dianugerahkan sebagai Most Outstanding Islamic Retail Bank oleh Kuala Lumpur Islamic Finance Forum (KLIFF) dan merupakan penerima Anugerah Koperasi Cemerlang (Kluster Besar) 2011 sempena Hari Koperasi Negara 2011.
Tahun ini juga menyaksikan perubahan dalam kepimpinannya menerusi perlantikanDatukMustafhaAbd Razak sebagai Pengarah Urusan yang ke-11 pada 11 April lalu.
Antara aktiviti tanggungjawab sosial korporat yang turut dilakukan termasuklah tajaan program 1 Malaysia World Endurance Ride 2013 iaitu ekspedisi bermotosikal merentas dunia dengan misi penyampaian mesej "Kesederhanaan Global" bagi mewakili kepimpinan negara dan rakyat Malaysia kepada komuniti antarabangsa.
Selain itu, jumlah zakat yang telah diagihkan bagi tahun 2012 adalah sebanyak RM 41, 022, 680.50 kepada pusat-pusat zakat serta Majlis Agama Islam Negeri dan golongan asnaf.
Yayasan Bank Rakyat turut aktif menjalankan tanggungjawab sosial korporat ( CSR) dalam bentuk pendidikan dengan menganjurkan seminar UPSR, PMR dan SPM khusus untuk anak-anak anggota dan anggota koperasi sekolah.
Pinjaman Boleh Ubah juga ditawarkan kepada merekayang layak.
Ibu pejabat Bank Rakyat yang ketika ini terletak di Jalan Tangsi juga bakal berpindah ke bangunan baru di Jalan Travers, KL Sentral, Kuala Lumpur pada 2014. Ini juga dilihat sebagai satu langkah dalam proses transformasi Bank Rakyat demi terus menjadi Bank Islam yang terunggul di negara ini.
Dalam pada itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek ketika menghadiri Majlis Makan Malam Bank Rakyat 2013 baru-baru ini turut menyuarakan rasa bangga kerana Bank Rakyat kini bukan lagi jenama kecil, Malah, katanya apa sahaja yang dilakukan oleh Bank Rakyat pasti menjadi ikutan bank pesaing dan institusi kewangan lain.
"Jelas, kejayaan demi kejayaan yang ditempa Bank Rakyat sesungguhnya adalah hasil daripada titk peluh, kerjasama, komitmen dan persefahaman jitu di antara ahli lembaga pengarah, pihak pengurusan dan warga kerja Bank Rakyat," katanya.
Sehingga kini, Bank Rakyat mempunyai 142 cawangan dengan lebih daripada 600 mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM), 68 Ar-Rahnu X'Change (ARX) serta lima Rakyat Xcess di seluruh negara.
Bank Rakyat juga mengendalikan pusat panggilan, tele-Rakyat :1-300-88- 1BANK(12265) dan perbankan internet irakyat.com.my.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut serta produk yang ditawarkan boleh melayari laman sesawang rasmi Bank Rakyat www. bankrakyat.com.my

0 Komen:
Post a Comment