Siapa pemain terhebat Wimbledon di era Terbuka? Ini adalah lima pemain Wimbledon terbaik lelaki dan perempuan.
* Lelaki
1. Pete Sampras
Raja sejati Centre Court menakluki Wimbledon dari 1993 hingga 2000. Dalam tempoh itu tujuh gelaran diraih dengan satu kekalahan mengejut kepada Richard Krajicek pada 1996. Dikritik kerana kurangnya personaliti, Sampras sering berkata perlawanan adalah mengenai kemenangan dan itulah yang dilakukannya.
2. Roger Federer
Kemenangan Federer di Wimbledon 2012 menyaksikannya menyertai Sampras dengan gelaran ketujuh Wimbledon. Pemain Switzerland itu mempamerkan permainan lebih baik daripada Sampras secara keseluruhan dan ada di antara pukulannya mengatasi hukum fizik. Kedudukan servis yang bagus, sentuhan yang pantas di jaring serta pukulan forhand bertenaga adalah senjata yang ditakuti seluruh jelajah.
3. Bjorn Borg
Jika dia tidak berhenti pada usia 26 tahun, pemain Sweden itu mungkin meraih lebih banyak kejuaraan. Liga gelaran berturut-turut di sini, rekod yang berjaya ditandingi Federer pada 2007 menunjukkan siapa sebenarnya pemain itu. Kekuatan mental menjadi sebahagian daripada permainan Borg dan dia berjaya meningkatkannya ke tahap lebih tinggi.
4. Rod Laver
Masih dianggap sebagai pemain terbaik sepanjang zaman, pemain Australia itu hadir sebelum era Terbuka apabila pemain profesional dibenarkan bermain. Dia berjaya meraih dua gelaran pada 1968 dan 1969, menjadikannya empat keseluruhan.
5. Boris Becker
Seperti John McEnroe, dia menjulang trofi itu tiga kali tetapi Becker mara empat kali lagi ke final dan sering memburu kejuaraan sejak dia menang di sini pada usia 17 tahun sehingga bersara pada 1999.
* Wanita
1. Martina Navratilova
Dengan rekod sembilan gelaran perseorangan, tidak syak lagi dialah ratu Wimbledon. Menjadikan Centre Court bagaikan miliknya, dia menang enam kali pada 1980-an. Di sebalik dominasinya, skilnya di gelanggang menjadikannya pilihan penonton. Sukar untuk menyaksikan sesiapa pun menghampiri rekodnya.
2. Steffi Graf
Menang tujuh gelaran dalam sembilan tahun, Steffi menjadi pilihan kedua. Sukar dipercayai bahawa penguasaan Martina di Centre Court kemudiannya diwarisi dominasi Steffi. Tidak seperti Martina, pemain Jerman itu lebih gemar bermain dari baseline tetapi pukulan forehand yang hebat dan pukulan kilas yang menakjubkan menggerunkan lawan.
3. Billie Jean King
Dua puluh gelaran Wimbledon keseluruhan menjadikan Billie Jean salah seorang legenda kejohanan itu apatah lagi jika memikirkan bahawa beregu lebih diberi perhatian pada 1960-an dan 70-an. Hampir dilupakan bagaimana hebatnya pemain Amerika Syarikat itu, namanya dikaitkan dengan penubuhan jelajah wanita profesional 40 tahun lalu. Enam gelaran Wimbledon, empat daripadanya dari era Terbuka menjadikannya yang terbaik dalam generasinya.
4. Serena Williams
Juara bertahan ini sudah menakluk Wimbledon lima kali dalam acara perseorangan selepas kejayaan tahun lalu. Servis yang hebat, terbaik dalam permainan wanita dan groundstroke yang hebat menewaskan ramai lawan di Wimbledon. Tidak ramai yang mampu menyaingi Serena secara mentalnya kerana keinginannya untuk menang sukar digugat, biarpun menghampiri kekalahan.
5. Venus Williams
Kakak Serena, Venus yang menampilkan aksi bertenaga membawa dimensi baru terhadap permainan wanita pada awal milenium dan dia mendominasi selama dua tahun sebelum adiknya mula dikenali. Lima gelaran individu, tidak termasuk lima beregu menjadikannya penakluk gelanggang rumput Wimbledon.

0 Komen:
Post a Comment