Biodata Profil Maria Sharapova
Nama: Maria Sharapova
Tarikh lahir: 19 April 1987
Tempat lahir: Nyagan, Russia
Umur: 26 tahun
Ibu: Elena
Bapa: Yuri
Ranking dunia: 3
Fakta menarik Maria Sharapova
- Jujur, bekerja keras, fokus, sabar, bersemangat, gila fesyen
- Gembira apabila berada di stadium bagi perlawanan berlangsung sebelah malam
- Hero dalam kehidupannya adalah ibu bapanya yang sentiasa mendorong dirinya mencapai impian
- Tidak akan meninggalkan rumah tanpa telefon bimbitnya dan jam tangan jenama Tag Heuer
- Cara berehat adalah dengan membaca buku, mereka fesyen, melukis dan menghabiskan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Kenangan paling manis adalah ketika memenangi Wimbledon pada 2004
Maria Sharapova
Memegang status selaku atlet wanita yang meraih sumber pendapatan tertinggi di dunia membolehkan ratu tenis Russia, Maria Sharapova `melakukan' apa saja yang diingini dalam kehidupannya sehariannya.
Ketika baru menjangkau usia 26 tahun, pencapaian yang diraih Sharapova itu boleh dianggap sebagai menakjubkan tatkala atlet seusia dengannya masih bekerja keras untuk meraih apa dicapai dirinya hari ini.
Jutawan muda
Bergelar jutawan di usia yang muda Sharapova, bukan saja hebat di dalam gelanggang, malah raut wajah yang jelita serta susuk tubuh yang menarik membolehkan dia menambah sumber pendapatan dengan menjadi `duta' pelbagai produk.
Berbekalkan pakejnya itu, Sharapova meraih pendapatan sebanyak AS$27.1 juta (RM85.7 juta) tahun lalu, dengan AS$20 juta (RM63.28 juta) terhasil menerusi perjanjian yang ditandatangani sebagai duta beberapa jenama terkemuka dunia.
Dengan perolehan pendapatan sebanyak itu ditambah dengan wang memenangi kejohanan, tidak hairanlah jika Sharapova kadang kala hanyut hingga membelanjakannya terhadap sesuatu yang mungkin disifatkan sebagai membazir oleh orang kebanyakan.
Menurut laporan, Sharapova yang beberapa kali putus cinta menghadiahkan teman lelaki barunya, Grigor Dimitrov sebuah kereta jenama Porsche bernilai AS$105,000 (RM332,220) sebagai tanda sayangnya kepada pemain tenis Bulgaria itu.
Namun, Sharapova tidak terlepas daripada gelaran `hantu membeli-belah.'
Buka syarikat gula-gula getah
Begitupun dalam keghairahan dia berbelanja, Sharapova masih memikirkan mengenai masa depannya dan buktinya dia menghasilkan sebuah syarikat penghasilan gula-gula getah yang diberi nama Sugarova pada Ogos tahun lalu.
Malah, Sharopova pernah mencetuskan idea untuk menukar namanya kepada Maria Sugarpova sebagai medium untuk memasarkan gula-gula getah miliknya itu tetapi tidak mendapat restu daripada ahli keluarganya.
Kurang setahun, penjualan gula-gula getah berkenaan mendapat sambutan yang begitu menakjubkan walaupun kurang melakukan promosi dan pasaran.
Dia bijak menguruskan sumber kewangan dalam memastikan masa depannya terjamin andai bersara daripada arena tenis dunia nanti.
Antara jenama yang menggunakan khidmat Sharapova sebagai duta adalah produk sukan terkenal dunia, Nike yang menandatangani kontrak selama lapan tahun bermula pada 2010 dengan nilai keseluruhan berjumlah AS$70 juta (RM221.48 juta) dan jenama jam tangan Tag Heuer.
Terbaru, Sharapova berjaya mendapatkan kontrak selama tiga tahun dengan syarikat pengeluar barangan elektronik, Samsung. Raut wajah yang jelita turut membolehkan dia menjadi model fesyen untuk beberapa jenama mewah selain menjadi muka depan beberapa majalah popular di Eropah.
Sharapova juga wajar diberikan pujian di atas sikapnya yang menubuhkan Yayasan Maria Sharapova dengan matlamat membantu kanak-kanak kurang bernasib baik mencapai impian mereka.

0 Komen:
Post a Comment