Kematian mengejut Michael Jackson mungkin memberi tiga anak kesayangannya sesuatu yang tidak boleh diberikan - peluang untuk menjadi diri mereka sendiri.
Raja Pop itu mengabdikan kehidupannya untuk mewujudkan Neverland, taman umpama dalam kisah pari-pari. Dunia realiti di sekeliling mereka hanyalah bersembunyi di sebalik topeng atau di belakang pengawal peribadi bertubuh sasa.
Prince Michael Joseph, 12, Paris Michael, 11, and Prince Michael II atau 'Blanket,', tujuh, tidak pernah ke sekolah. Mereka tidak mempunyai kawan sebelah rumah. Mereka tidur dalam bilik yang sama. Orang luar yang mereka ketahui hanyalah orang asing yang bapa mereka bawa pulang untuk menghiburkan mereka, termasuk pelakon dan ahli silap mata. .
" Mereka adalah kanak-kanak paling hebat pernah saya temui. Mereka tidak sombong. Mereka berbudi bahasa, tidak seperti anak Hollywood yang lain, walaupun dicurahkan kasih sayang sepenuhnya oleh Michael," katanya kata rakan keluarga itu Stephen Price kepada majalah Us Weekly.
"Paris berbudi bahasa walaupun pendiam. Prince yang paling peramah. Blanket pula pintar tetapi juga pendiam."
Untuk menghiburkan anaknya, Michael sentiasa membawa mereka membeli-belah di tengah malam di kedai yang dibuka khusus untuk mereka. Mereka menjelajah dari California ke Las Vegas ke Barain ke Ireland ke New Jersey ke Switzerland.
Pada 2007, Michael menutup sebahagian New York, New York Hotel di Las Vegas supaya anaknya boleh bermain permainan video dan roller coaster. Dan kanak-kanak itu akan muncul dengan mata kuyu di kedai buku dan mainan untuk membeli-belah pada jam 2 atau 3 pagi.
Mereka sering makan makanan kegemaran Michael - KFC- tidak kira tengah hari atau malam.
"Prince I, Paris and Prince II adalah hidup Michael," kata seorang lagi kenalan penyanyi itu, Dieter Wiesner kepada majalah Life & Style.
"Dia membuat sarapan pagi untuk anaknya. Ramai yang tidak tahu mengenai Michael dalam hal ini."
Mungkin paling menggembirakan daripada perspektif kanak-kanak - mereka tidak perlu ke sekolah.
"Saya akan membina sebuah sekolah komputer di Neverland," kata Michael dalam temuramah beberapa tahun lalu.
"Bagaimana mereka nak serap masuk ke dalam masyarakat. Satu ialah Prince Michael Jackson dan satu lagi Paris Katherine Michael Jackson. Terlalu sukar untuk mereka bergaul," katanya.
Dia juga menjadikan dirinya contoh dengan menunjukkan mereka bagaimana untuk bersikap lebih bertanggungjawab, kata seorang penerbit rekod Michael kepada penulis kisah hidupnya, J Randy Taraborrelli.
Prince Michael pernah menjatuhkan bertih jagung di lantai studio dan penerbit itu membongkok untuk membersihkannya.
Tetapi belum sempat dia berbuat demikian, Michael segera meminta maaf.
"Dia anak saya. Biar saya yang membersihkannya," kata Michael, menurut Taraborrelli.
"Penerbit berkenaan berkata, 'Saya melihat bagaimana Michael melutut di lantai dan mengutip bertih jagung itu. Saya yakin Madonna tidak akan berbuat demikian.'"
Michael berusaha keras memastikan anaknya tidak rosak, kata beberapa rakannya.
"Dia mahu mereka mempunyai peluang merasai zaman kanak-kanak, sesuatu yang tidak dinikmatinya. Dia mahu memastikan mereka bermain kerana mereka adalah kanak-kanak. Dia memastikan mereka dijaga dan pada masa sama dia memahami perbezaan antara keperluan dan kehendak. Dia tahu cara mendidik mereka menjadi orang baik. Itu yang saya lihat pada kanak-kanak ini: pintar, cerdik dan baik.
"Michael bukan garang atau tegas tidak tentu fasal," kata Stuart Backerman, bekas penasihat Michael dari 2002 hingga 2004.
Dia teringat satu kejadian pada 2004 apabila dia memasuki dapur di Neverland dan melihat Paris, yang ketika itu berusia enam tahun, meludah makanannya. Kejadian itu menarik perhatian Michael.
"Michael merenungnya dan berkata kepada anaknya: 'Kita tidak meludah makanan dan kita tidak bercakap yang tidak baik mengenai orang lain di rumah ini. Kita mempunyai tingkah laku yang baik,'" kata Backerman, mengenang kembali teguran Michael pada anaknya.
"Ia tidak memberi kesan kepada saya ketika itu. Tetapi apabila mengenang semula kejadian itu, ia mengingatkan saya mengenai kehebatan Michael sebagai bapa."
Beberapa rakan Michael pula berkata, dia juga berusaha keras menanam sifat keyakinan diri yang tinggi di kalangan anaknya.
Paris,11, membuktikannya apabila dia berucap di majlis penghormatan terakhir untuk bapanya Selasa lalu untuk memberitahu kira-kira 20,000 orang di Stapels Center dan berjuta-juta lagi yang menonton di seluruh dunia - "Ayah saya adalah bapa terbaik yang boleh anda bayangkan."
"Paris mungkin selama ini berselindung di sebalik topeng dan selubung tetapi dia tidak menunjukkan sebarang ciri-ciri gadis belasan tahun yang rosak akhlak," kata Backerman.
Prince Michael dan Paris dilahirkan oleh isteri kedua Michael, Debbie Rowe, jururawat di klinik dermartologinya, menerusi permanian berhadas.
Debbie tidak memainkan sebarang peranan dalam kehidupan kanak-kanak itu tetapi membayangkan dia mungkin menuntut hak penjagaan mereka selepas kematian Michael.
Ketika kecil, kanak-kanak itu dijaga oleh sepasukan enam pengasuh dan enam jururawat yang bekerja syif. Mereka diawasi televisyen litar tertutup.
"Petugas siang akan melatih kanak-kanak itu untuk menguatkan tenaga mereka. Petugas malam pula membacakan buku dan menyanyi untuk kanak-kanak berkenaan," kata Taraborelli.
Seorang petugas berkata, kualiti udara di bilik kanak-kanak itu diperiksa setiap jam dan semua peralatan dibuang setiap kali dipakai. Mainan juga dibuang setiap malam dan digantikan dengan baru keesokannya.
Anak-anak Michael Jackson
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 Komen:
kepada yang berminat untuk mengiklankan perniagaan mereka di laman web ini.. cila klick ke http://iklanonlineanda.blogspot.com ...
tawaran istimewa!
rm8 sahaja!
Post a Comment