Anugerah Planet Muzik (APM) 2009, Siti Menang Lagi

Sunday, July 19, 2009

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin terus mengungguli Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 apabila menggondol dua kategori dalam APM 2009 di sini malam tadi.

Siti diumumkan sebagai pemenang Artis Serantau Paling Popular dan Artis Malaysia Paling Popular Anugerah Kosmo! pada majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Jakarta, Senayan.

Ini adalah kemenangan kesembilan berturut-turut penyanyi cantik berusia 30 tahun itu bagi kategori Artis Paling Popular Malaysia.

"Ini adalah hadiah yang tidak ternilai, selepas ini saya berazam untuk memberikan yang terbaik dengan menghasilkan karya-karya yang lebih bermutu,'' katanya kepada wartawan selepas majlis berkenaan.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI