Harta Amelina dilelong

Tuesday, July 07, 2009

Permohonan bekas ratu dangdut, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharifuddin, 35, untuk mengetepikan proses pelaksanaan lelong barang miliknya yang ditinggalkan di rumah sewa ditolak Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Sharifah Norazlita Syed Salim Idid membuat keputusan itu selepas meneliti afidavit dikemukakan peguam Hairul Nizam Omar yang mewakili penyanyi terbabit dan suaminya, Reduan Mahamood, 45, selaku defendan.

Dalam prosiding semalam, Hairul Nizam memberitahu anak guamnya tidak berniat melambatkan pembayaran sewa rumah berjumlah RM2,700 sebulan.

Menurutnya, anak guamnya sudah membayar RM880 kepada pemilik rumah selepas menolak kos membaiki kerosakan kira-kira RM1,800.

Hairul Nizam ketika ditemui di luar mahkamah berkata, berkemungkinan Amelina dan suaminya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik rumah itu kerana beberapa fakta yang disiarkan media sebelum ini tidak tepat dan bercanggah.

“Pasangan itu terpaksa menggunakan mahkamah dan akan membuat laporan polis kerana menjatuhkan maruah mereka.

Pemilik rumah selaku plaintif, K Madhavankutty, 47, diwakili peguam Arnold Andrew.

Pada prosiding semalam, Madhavankutty dan pasangan terbabit tidak kelihatan di mahkamah.

Selepas keputusan itu dibuat, beberapa kakitangan mahkamah pergi ke rumah sewa pasangan terbabit di Kota Kemuning di sini, untuk meneruskan proses lelongan dan menampal bailif serta tindakan lain.

Bagaimanapun, proses melelong yang sepatutnya diadakan jam 10.30 pagi terpaksa ditunda selepas rumah yang disewa pasangan itu berkunci.

Dua minggu lalu, mahkamah sama mengeluarkan perintah pelaksanaan lelong itu bagi menjelaskan sewa rumah tertunggak yang tidak dibayar pasangan terbabit.

Beberapa barangan peribadi Amelina termasuk set sofa kayu jati dan beberapa perabot lain dilelong.

Tinjauan Harian Metro semalam ke rumah penyanyi itu mendapati kediaman itu tidak berpenghuni.

Sementara itu, K Madhavankutty, 47, yang ditemui di luar rumah berkenaan, berkata dia akan meminta peguamnya mendapat perintah mahkamah bagi membolehkannya masuk ke banglo berkembar dua tingkat itu.

Oleh Abdullah Wahab dan Erywan Norshal

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI