Mencipta landskap yang menarik penting kerana ia menentukan keseluruhan taman yang anda mahukan sama ada menarik atau sebaliknya.
Kombinasi landskap kejur dan lembut wajib disatukan termasuk binaan air terjun mini berlatarkan suasana rimba mengikut kesesuaian ruang taman.
Air unsur paling penting di taman sebagai pendingin aktif dalam menyederhanakan kawasan persekitaran.
Bukan sekadar itu, kehadiran elemen penting berkenaan turut menghiburkan halwa telinga selain mengilhamkan suasana desa yang anda inginkan.
Jadikan jambatan kayu sebagai penghubung antara kolam dan taman serta kayu dijadikan kemasan jambatan dalam usaha mengimbangi keindahan semula jadi.
Penggunaan batu-batuan semula jadi dari sungai, hutan dan gunung sesuai diketengahkan sebagai ornamen asli di taman.
Kepelbagaian tekstur, corak dan bentuk batu-batuan berkenaan menginspirasikan situasi lebih hidup di taman.
Seterusnya hamparan rumput permaidani yang dijaga rapi dengan kadar siraman betul dan rutin memotong rumput dilakukan pastinya mewujudkan suasana hijau saujana indah mata memandang.
Batu pemijak taman yang ditawarkan di pasaran dalam pelbagai bentuk atau berasaskan batu gunung, disusun melengkung menjadi pandu arah laluan khas di taman. Aspek pemilihan tanaman juga penting bagi mewujudkan taman semula jadi atau konsep pilihan anda sendiri.
Antara tanaman yang cukup cantik dan unik ialah palma kerana ia mampu mencipta karakter sebuah taman yang hebat biarpun bersaiz kecil.
ukaan pelepahnya seperti kipas itu tidak dinafikan begitu kuat mencuri perhatian dan latar keunikan di taman.
Kini terdapat pelbagai reka bentuk lampu tonggak di pasaran yang sesuai dengan konsep taman.
Kehadiran lampu hiasan juga menyuntik visual penataan cahaya unik selain membantu menerangi taman anda.
Suasana malam di taman lebih selesa ketika anda bersantai sambil menghirup udara segar.
Penggunaan lampu hiasan di taman mampu menyerlahkan sudut tersorok dan kurang menonjol.
Membina taman idaman
Entri Lain
Permalink: Membina taman idaman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment