Idea bekerja dari rumah memang menarik dan diidamkan kebanyakan individu terutama suri rumah sepenuh masa, orang kurang upaya (OKU) dan pesara.
Ia sesuai bagi mereka yang tidak dapat bergerak jauh dari rumah kerana komitmen menjaga anak atau kurang berupaya dari segi fizikal, tetapi pada masa sama memerlukan pekerjaan untuk menampung kehidupan seharian. Bekerja dari rumah senagai pendapatan tambahan juga sesuai untuk mereka yang berpendapatan rendah.
Bagaimanapun, perlu diingat, pekerjaan sambilan di kalangan kakitangan sektor awam atau swasta tidak seharusnya menyebabkan tugas pekerjaan utama mereka terjejas.
Bekerja dari rumah bukan saja praktikal bagi mereka yang kurang mampu, malah sesiapa saja asalkan mereka dapat menyiapkan tugasan diberi pembekal.
Justeru, kini terdapat ratusan iklan dan tawaran bekerja dari rumah tetapi orang ramai perlu berhati-hati agar tidak tertipu dengan pihak yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan mudah.
Bukan tugas penyiar iklan memastikan kewujudan dan kejujuran pengiklan sebaliknya, kita perlu menyisat dan memastikan syarikat yang menawarkan pekerjaan sambilan itu wujud dan berwaspada jika pengiklan meminta kita menghantar wang terlebih dahulu sebelum pekerjaan diberi.
Jika tawaran yang dinyatakan terlalu menarik hingga tidak masuk akal, ia perlu disiasat dulu dan jangan cepat terpengaruh. Orang ramai boleh menghubungi atau mengunjungi pejabat syarikat terbabit bagi memastikan ia benar-benar wujud dan jika perlu bertanya kepada pihak berkuasa.
Antara pekerjaan dari rumah yang boleh dijalankan adalah membuka pusat jagaan kanak-kanak tetapi pusat jagaan kanak-kanak memerlukan lesen. Selain itu, guru tutor yang memberi tuisyen kepada pelajar, sama ada akademik atau muzik juga boleh dijadikan kerja sambilan.
Ramai yang menjadi penulis bebas seperti terjemahan, membuat prospektus atau jurutaip.
Sesetengah pekerjaan memerlukan kemahiran yang diperolehi melalui latihan seperti menjahit, mekanik kereta atau motosikal dan membaiki perkakas elektrik serta elektronik. Apa salahnya menghadiri kelas latihan pada hujung minggu atau sebelah malam selama beberapa bulan bagi mendapatkan kemahiran itu kerana pulangan yang bakal diperolehi amat lumayan.
Banyak pihak menyiarkan iklan menawarkan kursus menjahit, mekanik dan membaiki perkakas elektrik serta menghasilkan kraftangan dengan bayaran berpatutan.
Iklankan barangan buatan sendiri, termasuk kraftangan, perhiasan, barangan hantaran perkahwinan, perkakas rumah seperti cadar dan langsir sama ada di akhbar atau internet sebagai media.
Elak tabiat buruk
Tabiat buruk yang perlu dielak bagi bina kerjaya
* Jangan menolak tugas
Sikap negatif enggan menerima tugas yang dirasakan susah atau tidak mahu bertugas di luar daerah perlu dielakkan. Jika asyik memilih tugas, impian untuk berjaya dalam kerjaya tinggal angan-angan.
* Menangguh kerja
Selesaikan tugasan secepat mungkin dan elakkan menangguh kerja untuk tempoh lama kerana beban kerja semakin hari semakin bertambah.
* Salah guna harta syarikat
Jangan menggunakan harta syarikat, seperti telefon, mesin fotokopi, melayari internet sewenang-wenangnya. Kita perlu amanah dan bertanggungjawab ketika bekerja.
* Bergosip dan berpuak-puak
Sikap negatif ini tidak membawa faedah kerana membuang masa dan mengundang konflik sesama rakan sekerja.
* Datang lewat
Disiplin amat penting bagi menentukan hala tuju hidup, jka gagal mengawal disiplin untuk menepati waktu, anda mungkin menghadapi masalah disiplin yang kritikal.
Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.
Layari : Zonfiniti
Kerja sambilan jana pendapatan tambahan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment