Aktor terkenal, Michael Douglas yang menghidap penyakit ketumbuhan dalam kerongkong dijangka menjalani rawatan radiasi dan kemoterapi tidak lama lagi.
Pelakon yang memenangi Anugerah Akademi itu dijangka menjalani rawatan selama lapan minggu.
Menurut majalah People, pelakon berusia 65 tahun itu berkata, dia sangat optimistik dan berharap dapat untuk pulih sepenuhnya secepat mungkin.
Jurucakap pelakon itu, Allen Burry berkata, Douglas kini berada di luar Amerika Syarikat (AS) tetapi enggan menyatakan lokasi bintang itu menjalani perubatan.
Sedekad lalu, Douglas dan isterinya, Catherine Zeta-Jones membeli sebuah rumah di kepulauan Bermuda dan merancang untuk membesarkan kedua-dua anaknya di sana.
Douglas pernah memenangi anugerah Oscar sebagai pelakon lelaki terbaik untuk filem Wall Street. - AP
Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.
Layari : Zonfiniti
0 Komen:
Post a Comment