Heliza Mahu Terbitkan Filem

Tuesday, August 24, 2010

Penyanyi yang ayu dengan imej bertudung sejak awal pembabitannya sebagai pelajar Akademi Fantasia 5, Heliza Helmi kini dalam diam tak diam sudah mempunyai syarikat dibawah naungannya sendiri Heliza Helmi Production (HHP) Sdn. Bhd.


Siapa sangka gadis yang baru berusia 24 tahun ini sedang mengusahakan syarikat yang menerbitklan artis rakaman, menguruskan artis dan tidak lama lagi bakal menghasilkan filem dibawah HHP.

"Alhamdulilah atas batuan abang Zul 2 By 2 yang saya lantik sebagai pengurus besar syarikat saya dan tujuh staff yang lain, kami sudah beroperasi sepenuhnya sejak tiga bulan lalu.

"Saya seronok bekerja dengan mereka semua kerana mereka memberi komitmen sepenuhnya bila bekerja. Setakat ini saya dah ada empat artis di bawah syarikat produksi saya iaitu Herman Tino, Isma, seorang pendatang baru, Arlyn serta saya sendiri", katanya ketika dihubungi murai.com.my.

Memandangkan HHP akan menerbitkan filem sendiri tak lama lagi, Heliza sudah membayangkan Ahmad Idham dan Afdlin Shauki sebagai pengarahnya.

"Filem masih lagi dalam perbincangan tapi kami sudah merancang untuk menerbitkan 2 jenis filem komedi iaitu komedi seram dan komedi Islamik. Memandangkan banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan, syarikat kami hanya merangka skrip untuk kedua-dua filem yang bakal kami terbitkan ini.

"Untuk filem pertama HHP ini, saya harap saya akan dapat menghasilkan sebuah filem yang mampu membanggakan masyarakat dan pada masa yang boleh bertapak dalam industri filem. Insya Allah tidak lama lagi", kata Heliza.
Heliza yang begitu teruja dengan pembukaan syarikat barunya itu, telah menceritakan serba sedikit bagaimana dia terdetik untuk menubuhkan syarikat sendiri seawal kurang 4 tahun dia berada di dalam industri hiburan.

"Saya dah terfikir semua ini selepas saya keluar dari Akademi Fantasia lagi iaitu tiga tahun yang lalu. Waktu itu saya tengah 'extend' pengajian saya di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

"Masa itu saya terfikir lepas ini pasti ramai ada pendatang baru yang ingin menceburi bidang hiburan, kenapa tidak saya menubuhkannya sendiri. Saya pun tak tahu berapa lama nasib saya dalam industri ini.

"Tambahan pula saya mahu jadikan ianya sebagai perniagaan atau syarikat untuk ayah saya selepas dia pencen polis tak lama lagi. Ayah saya pun kini banyak membantu dan menjadi penasihat untuk syarikat saya walaupun dia kini masih bertugas di Tawau, Sabah", kata pelajar jurusan Sarjana Muda Pendidikan.

Walaupun baru HHP baru bertapak beberapa bulan namun semua artis dibawah naungannya kini sudah merakamkan single masing-masing dan ada juga yang sudah siap sepenuhnya hingga ke video klip.

"Abang Herman Tino sudah pun siap merakamkan 2 single lagu iaitu Amit-amit Jabang serta Baik. Malah, klip video untuk kedua-dua lagu tersebut juga sudah pun dihasilkan.

"Manakala Kak Isma pula bakal tampil dengan single baru Aku Bukan Pilihan yang sudah mula didengar di stesen radio Era. Klip videonya juga sudah siap dihasilkan.Bagi penyanyi baru Arlyn pula, dia baru saja merakamkan singlenya yang berjudul Jiwaku Milikmu dan dalam proses menyiapkan klip videonya," tambah Heliza.

HHP yang telah dibuka di Cheras itu juga bakal menghasilkan sebuah buku yang ditulis sendiri oleh Heliza. Menurut Heliza buku itu akan mengisahkan pengalaman dan kisah hidup Heliza sepanjang hidupnya.


Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Layari : Zonfiniti

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI