Berkongsi cerita menerusi MyStory

Thursday, August 19, 2010

ASTRO melancarkan kempen MySTORY yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia meluahkan rasa cinta kepada tanah air, bersesuaian dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-53.

Selepas dua bulan diuar-uarkan, MySTORY menerima lebih 120 penyertaan. Luahan mereka itu bakal disiarkan di saluran khas yang saluran Astro 318 yang bermula sejak 15 Ogos lalu dan berakhir pada 16 September nanti.

Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata, pihaknya berpuas hati dengan semua penyertaan yang diterima walaupun ada di antara mutu video yang diterima kurang memuaskan tetapi Astro akan berusaha memperbaiki kerana mahu memaparkan kisah mereka.

“Penyertaan yang diterima untuk kisah MySTORY begitu menggalakkan. Kami menerima semua penyertaan tanpa membuat sebarang perbandingan atau penilaian.
Asalkan sesuai untuk dipaparkan, kami akan berusaha untuk menyiarkannya.

“Ini sebagai penghargaan kami terhadap usaha serta kreativiti yang ditunjukkan rakyat kita. Ketika ini, kami sedang dalam proses memformatkan kandungan di dalam MySTORY,” katanya pada majlis pelancaran Negaraku, The Best Of 1Malaysia Stories On Air, di ibu negara, baru-baru ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan; Pengarah Eksekutif Radio AMP, Datuk Borhanuddin Osman dan Pengawal Berita Astro, Vincent De Paul.
Selain mengenai MySTORY, sidang media berkenaan turut mengumumkan siaran menarik sepanjang bulan kemerdekaan ini.

“Selain paparkan kisah rakyat Malaysia, selama sebulan yang turut bermula pada 15 Ogos, pelanggan kami berpeluang menonton pelbagai program hebat yang disusun. Ia adalah usaha sama dan perbincangan dengan ke semua ketua saluran.

“Program yang disusun sepanjang sebulan adalah program terbaru dan terbaik.
Selain itu, kami turut mengulang tayang kembali dokumentari terbaik dan mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton,” kata Henry.

Antara saluran yang turut serta menyiarkan program menarik ialah Discovery Channel, National Geographic, BBC Asia, Asian Food Channel, Animal Planet, The History Channel dan banyak lagi. Program menarik yang menanti penonton antaranya The Malayan Emergency, Vat 69: Malaysia’s Very Able Troopers, King Of Pitch: Supermokh’s, Mahathir, Michelle Yeoh dan banyak lagi.

Sebagai tambahan, Astro menyusun pelbagai program istimewa seperti Lakaran Merdeka dan Sudut Pandang di Astro Awani, Semangat Merdeka dan Suatu Ketika...Rosly Dhoby di Astro Prima, dan Legenda Sukan Malaysia: Tan Sri M Jegathesan di Astro Arena.

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin


Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Layari : Zonfiniti

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI