Sudah menjadi lumrah manusia inginkan sifat diri yang sempurna. Bagaimanapun, tidak semua berjaya mendapatkannya kerana Tuhan menjadikan manusia ini dengan pelbagai sifat tersendiri.
Maka dunia ini akan mempunyai mereka yang sempurna sifatnya seperti kebanyakan daripada kita dan juga golongan orang kurang upaya yang mempunyai kecacatan besar atau dengan kecacatan kecil di wajah seperti mempunyai gigi jongang, mata juling, sumbing dan sebagainya.
Jika dahulu mereka yang berkeadaan begini mendapat simpati dan dibantu, tetapi kini golongan itu pula yang boleh 'membantu' mereka yang sihat dan sempurna sifatnya seperti menjadikan mereka sebagai bahan untuk menghasilkan karya yang menguntungkan.
Sebagai contoh, elemen kecacatan atau kekurangan diri mereka itu telah dijadikan sebagai sebuah drama siri televisyen yang mendapat sambutan di kalangan penonton dan juga sangat menguntungkan.
Bukan itu sahaja, malah sebagai pihak penyiar yang lebih mementingkan rating tanpa berfikir panjang juga menerima apa juga yang disogokkan kepada mereka walaupun ia sebenarnya boleh menjatuhkan maruah orang-orang yang serba kekurangan.
Itulah yang dapat kita simpulkan daripada kejayaan drama bersiri Halimah Jongang yang kini sedang ditayangkan di saluran Prima (saluran 105, Astro) setiap hari Rabu pada pukul 9 malam.
Drama bersiri yang asalnya disiarkan melalui slot telemovie di Prima tahun lalu dikatakan berjaya mencatatkan rating tinggi yang telah memberikan keuntungan lumayan kepada penerbit dan stesen televisyen yang menyiarkannya.
Walaupun ada yang menganggap drama berkenaan menghina mereka yang sedemikian tetapi penerbit dan penyiar mendakwa mereka mempunyai niat suci untuk mempopularkan golongan tersebut.
Bagi penerbit drama Halimah Jongang, A. Aida, beliau mempunyai rasional tersendiri menerbitkan drama bersiri popular itu.
"Saya tidak ada niat mahu menghina mereka yang jongang. Sebaliknya dengan drama ini, saya telah menaikkan martabat orang-orang jongang. Sepatutnya orang jongang berbangga dengan drama ini," kata penerbit syarikat produksi A. Aida Productions Sdn. Bhd. itu.
A. Aida secara peribadi tidak faham kenapa masyarakat berfikiran sempit dengan hanya mendengar tajuk sudah mula buat pelbagai andaian.
"Apabila drama ini meletup dan menjadi fenomena, ramai yang dengki dan membuat pelbagai andaian. Untuk pengetahuan anda semua, 99 peratus sokong drama ini," katanya.
Beliau mencadangkan mereka yang skeptikal agar menonton drama ini terlebih sebelum membuat pelbagai andaian.
Kata A. Aida, selepas Halimah Jongang, dia akan menerbitkan Normah Juling dan Dolah Hapak. Hasratnya, semua rakyat Malaysia menonton drama-drama terbitannya.
"Kesemua drama saya mempunyai mesej yang baik. Saya bukan buat drama bodoh! Saya mahu dunia tahu drama-drama saya menaikkan martabat mereka yang tidak sempurna.
"Kalau dulu, orang jongang malu nak keluar rumah tapi... saya dapat banyak e-mel melalui Facebook dan lain-lain yang memuji drama saya.
"Bukan itu sahaja, malah semasa pergi shopping di sebuah pusat membeli belah di Bangsar, ramai peminat drama ini yang memuji drama saya.
"Malah mereka juga puji lirik lagu yang saya buat dengan muzik dan dinyanyikan Eddie Hamid yang dikatakan menarik!
"Jadi di mana salahnya saya menerbitkan drama Halimah Jongang ini?" soal A. Aida lagi.
Pada satu soalan lain, A. Aida juga kesal dengan dakwaan sesetengah pihak kononnya A. Aida Production, sebuah syarikat penerbitan yang menerbitkan drama menghina ciptaan Tuhan.
"Saya tidak rasa begitu. Bagi saya Tuhan merestui apa yang saya buat. Saya tidak mahu cepat melatah kerana drama saya berbuat kebajikan kepada mereka yang rasa rendah diri kerana kekurangan yang ada," katanya lagi.
Oleh MUZLINA ABU BAKAR

0 Komen:
Post a Comment