“Marah saya sekejap saja dan saya bersedia memaafkan mereka,” kata Jamaliah Hasan, ibu mentua Shidee yang sebelum ini enggan merestui perkahwinan penyanyi era-80 itu dengan anak bongsunya, Siti Fairunnisa Aziz.
Jamaliah, 47, berkata dia mahu melupakan sengketa dengan menantunya dan berharap dapat memulakan hidup baru.
“Sebagai manusia biasa kita perlu saling memaafkan. Marah saya bertahan paling lama pun 15 minit saja kemudian saya 'sejuk' kembali kerana tiada gunanya bermusuh apatah lagi dengan menantu dan anak yang paling saya sayang.
“Walaupun sebelum ini saya marah, saya sering mendoakan kebahagiaan dan bertanya rakan terdekat mereka mengenai khabar anak dan menantu saya itu,” katanya yang dihubungi semalam.
Menurutnya, selepas ini, dia akan berpindah ke rumah ibunya, Rodiah Ismail, 63, di Gemas, Negeri Sembilan di samping membantu adik perempuannya menguruskan perniagaan restoran dan spa di sana.
“Saya mungkin ada di Bandar Tun Razak sehari dua lagi sebelum berangkat ke sana. Saya tidak tahu berapa lama akan tinggal di sana dan mungkin untuk selamanya kerana mahu menjaga ibu selain memulakan kehidupan baru,” katanya.
Krisis membabitkan Shidee atau nama sebenar, Rashid Abdul Wahab, 51, dengan Jamaliah tercetus apabila ibu tunggal itu membuat pendedahan kepada Harian Metro tidak merestui perkahwinan penyanyi itu dengan Siti Fairunnisa, 22. Jamaliah berkata, sebelum ini Shidee ada menghubungi untuk berjumpa dengannya, tetapi menggunakan orang tengah.
“Abang saya menghubungi untuk mempertemukan kami, tetapi bagi saya kenapa perlukan orang tengah, lebih baik berjumpa sendiri,” katanya.
Sementara itu di Bukit Beruntung, Shidee bersyukur dan amat gembira kerana ibu mentuanya itu sudi berdamai dan menamatkan kemelut keluarga mereka.
Katanya, berpegang kepada prinsip bukan dia memulakan kontroversi, Shidee dan isteri tidak sabar menemui Jamaliah secepat mungkin.
“Tidak baik bermasam muka dan menyimpan kemarahan membuta tuli kerana sebagai seorang dewasa serta matang, perselisihan faham dalam keluarga perlu diselesaikan dengan penuh berhemah,” katanya. Shidee yang popular dengan lagu 'Sayang Semuanya Sudah Terlambat' berkata, isterinya ada menelefon Jamaliah Isnin lalu untuk mempelawa makan bersama, tetapi tidak dapat dipenuhi mentuanya itu dengan alasan mempunyai perkara lain perlu diselesaikan.
“Kami berhasrat membawa dia untuk meraikan majlis persandingan di kampung halaman saya pada 11 April depan,” katanya.
Oleh Muhd Izawan Baharin dan Md Fuzi Abd Lateh
Shidee, mentua damai
Entri Lain
- Johan menang tiga trofi Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015)
- Azmil Mentor Legend jadi juara
- Grammy Awards 2015:Eminem grabs record sixth Best Rap Album
- Kumpulan Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)
- Zamani minta maaf memaki jurugambar ketika khayal
- Gambar bikini Taylor Swift hangat di Instagram
- Anggota polis sebar klip video Zamani ditukar tugas
- Pengurusan Zamani Slam ambil tindakan
- Dr Vida, Pengasas Qu Puteh Dapat Tohmahan Selepas Labur RM3 Juta Di AJL 29
- Video Zamani Slam: Orang Ramai Bantah Video Zamani Slam Dalam Lokap
Permalink: Shidee, mentua damai
Categories Hiburan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment