Ibu bapa murid sekolah rendah dan menengah di Kelantan yang berpendapatan antara RM1,000 hingga RM1,500 layak menerima pengagihan wang ihsan yang akan dibahagikan mulai awal bulan depan.
Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Makhtar Mustapha, berkata selain itu ibu bapa yang sudah menerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) juga boleh dipertimbangkan.
“Mereka mungkin menerima dua kali bantuan dalam setahun bagi meringankan beban saraan anak sekolah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, semalam. Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan lebih RM20 juta wang ihsan kepada Kelantan hasil perolehan penggerudian minyak Petronas di luar perairan Kelantan.
Ahad lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata wang berkenaan antara lain akan diagihkan kepada pelajar miskin dan mereka yang ditimpa bencana alam seperti mangsa ribut, kebakaran serta kemalangan serius.
Makhtar yang juga Setiausaha Pengagihan Wang Ihsan Kelantan, berkata Jabatan Pelajaran Kelantan menyenaraikan jumlah murid miskin yang layak di semua sekolah di Kelantan bagi tujuan itu.
Bagaimanapun, katanya, ibu bapa yang layak perlu mendapatkan pengesahan Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) di kawasan masing-masing.
Beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merasmikan pengagihan wang itu pada 3 April depan yang akan diadakan di Bachok dalam siri lawatannya ke Kelantan. – Bernama
Ibu bapa gaji RM1,500 layak terima wang ihsan
Entri Lain
- Tak larang balik kampung untuk jimat minyak - Syed Abdul Aziz Al Qubra
- Amah Indonesia Mengaku Terima IC dan BR1M
- Top-up kad prabayar dikenakan GST 6%
- Tempoh rayuan BR1M dilanjut sehingga 15 April 2015
- Nahas Germanwings:Pembantu juruterbang alami putus cinta?
- Senarai barang dikecualikan GST
- Tiada kenaikan tarif elektrik tahun 2015
- Dubai International Airport World's Busiest A380 Hub
- SKMM Keluar 23 Kompaun RM1.01 Juta Kepada Telco
- Semua seks luar tabii dalam kesalahan liwat
Permalink: Ibu bapa gaji RM1,500 layak terima wang ihsan
Categories Isu Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment