Penggunaan lampu pijar akan dihentikan mulai tahun depan dalam usaha kerajaan menjimatkan penggunaan tenaga selain mengurangkan penghasilan bahan karbon, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Beliau berkata, dengan pelaksanaan dasar itu penggunaan tenaga elektrik negara dapat dijimatkan sebanyak RM336 juta setahun dan pengurangan penghasilan karbon sebanyak 40 peratus menjelang 2020.
"Penggantian lampu itu akan dilakukan secara berperingkat selama tempoh tiga tahun yang bermakna semua jenis lampu pijar yang mengeluarkan cahaya kekuningan itu tidak akan dijual mulai 2014.
"Pengguna adalah digalakkan menggunakan lampu yang lebih cekap tenaga seperti lampu kalimantang kompak, lampu lampu kalimantang silinder dan lampu dioda," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Peter Chin berkata, pelaksanaan dasar itu akan dilakukan dalam dua fasa iaitu pertama, menghentikan secara berperingkat pengeluaran, pengimportan dan penjualan lampu pijar dengan spesifikasi kuasa 100 Watt dan ke atas dalam tempoh satu tahun mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2011.
"Kedua, menghentikan pengeluaran, pengimportan dan penjualan semua jenis lampu pijar dalam tempoh dua tahun selepas fasa pertama, bermula 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2013," katanya.
Namun, beliau berkata pengecualian penggunaan lampu pijar untuk beberapa kegunaan khusus akan diberikan berdasarkan senarai yang diluluskan oleh kementerian.
Mengulas bantahan penduduk Kampung Sungai Terentang di Rawang berhubung kerja pembinaan Projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), Peter Chin berkata beliau sudah meminta TNB tidak merobohkan rumah penduduk buat sementara waktu, sehingga jalan penyelesaian diperolehi.
"Saya telah bertukar-tukar pandangan dengan Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dan pihak yang berkaitan termasuk TNB. Saya telah meminta TNB agar tidak melakukan kerja meroboh buat sementara waktu," katanya. - Bernama
Penggunaan lampu pijar dihentikan mulai tahun depan
Entri Lain
- Tak larang balik kampung untuk jimat minyak - Syed Abdul Aziz Al Qubra
- Amah Indonesia Mengaku Terima IC dan BR1M
- Top-up kad prabayar dikenakan GST 6%
- Tempoh rayuan BR1M dilanjut sehingga 15 April 2015
- Nahas Germanwings:Pembantu juruterbang alami putus cinta?
- Senarai barang dikecualikan GST
- Tiada kenaikan tarif elektrik tahun 2015
- Dubai International Airport World's Busiest A380 Hub
- SKMM Keluar 23 Kompaun RM1.01 Juta Kepada Telco
- Semua seks luar tabii dalam kesalahan liwat
Permalink: Penggunaan lampu pijar dihentikan mulai tahun depan
Categories Isu Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment