Konsert berskala besar Maher Zain akan diadakan pada 25 dan 26 Februari ini di Stadium Malawati, Shah Alam.
Maher Zain memberi lebih kesempatan buat para peminat album perdananya, Thank You Allah untuk lebih merapatkan diri serta bertasbih mengikut lagu-lagunya dalam sebuah konsert besar diiringi barisan pemuzik orkestra antarabangsa.
Dibawakan oleh In Team Records Sdn. Bhd. dan Fiero Sdn. Bhd. serta kolaborasi dengan pihak Awakening Entertainment, konsert itu turut mempersembahkan Irfan Makki dari Kanada, Mesut Kurtis dari Macedonia dan grup tempatan, Inteam sebagai artis undangan.
“Malaysia sudah seperti rumah kedua saya selepas Sweden.
“Saya juga selesa berada di sini memandangkan isteri saya memakai hijab dan masyarakat di sini tiada masalah dengan perkara tersebut,” luahnya yang menggemari sate bersama kuah kacang.
Maher Zain bakal menyampaikan 10 buah lagu yang dipetik daripada album Thank You Allah dan akan menyanyikan secara eksklusif lagu Insya-Allah dalam bahasa Melayu.
“Ia khas bagi menghargai peminat Malaysia yang selama ini banyak memberikan sokongan kepada saya,” tuturnya yang juga pernah menyampaikan lagu tersebut dalam empat bahasa lain iaitu Inggeris, Perancis, Arab dan Turki.
Bagi peminat Malaysia yang ingin menyaksikan Maher Zain sekali lagi di Malaysia, anda boleh mendapatkan maklumat pembelian tiket di www.inteam.com.my.
Tag: Konsert Maher Zain, Konsert Maher Zain Februari, maher zain live in malaysia, www.inteam.com.my
0 Komen:
Post a Comment