Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman meminta kerjasama semua pihak terutama ibu bapa dan keluarga rakyat Malaysia yang mempunyai anak atau keluarga di beberapa negara Timur Tengah dan Afrika Utara yang sedang mengalami protes dan demonstrasi supaya bertenang dan bersabar.
Beliau berkata, walaupun keadaan keselamatan yang dipaparkan di kaca TV dan internet terutama oleh Al Jazeera, BBC dan CNN adalah amat membimbangkan dan seolah-olah berlaku secara meluas, pada hakikatnya keadaan masih terkawal dan demonstrasi itu hanya tertumpu di tempat tertentu.
Anifah berkata, demikian kepada wartawan Malaysia di sini sebagai mengulas kejadian rusuhan yang masih berterusan di beberapa negara Timur Tengah dan Afrika Utara terutama di Algeria, Bahrain, Libya dan Yemen.
Menteri Luar itu berada di sini untuk mengiringi lawatan rasmi pertama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Turki mulai esok hingga Rabu ini.
Anifah berkata, Kementerian Luar sentiasa memantau perkembangan yang berlaku di negara-negara berkenaan dan sehingga kini, semua Kedutaan Besar Malaysia di Algiers, Manama, Tripoli dan Sana”a telah melaporkan bahawa semua rakyat Malaysia di sana berada dalam keadaan selamat dan tidak terlibat dalam rusuhan dan tunjuk perasaan yang berlaku. — Bernama
Krisis Timur Tengah: Ibu bapa pelajar diminta bertenang
Entri Lain
- Tak larang balik kampung untuk jimat minyak - Syed Abdul Aziz Al Qubra
- Amah Indonesia Mengaku Terima IC dan BR1M
- Top-up kad prabayar dikenakan GST 6%
- Tempoh rayuan BR1M dilanjut sehingga 15 April 2015
- Nahas Germanwings:Pembantu juruterbang alami putus cinta?
- Senarai barang dikecualikan GST
- Tiada kenaikan tarif elektrik tahun 2015
- Dubai International Airport World's Busiest A380 Hub
- SKMM Keluar 23 Kompaun RM1.01 Juta Kepada Telco
- Semua seks luar tabii dalam kesalahan liwat
Permalink: Krisis Timur Tengah: Ibu bapa pelajar diminta bertenang
Categories Isu Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment