Kumpulan rock Wings akan mengegarkan Istana Budaya (IB) pada 29 April 2011 depan menerusi Wings Opera Hidup Bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK).
Konsert anjuran Bombbay Worldwide dan Anggerik Event ini akan berlangsung selama tiga hari bermula 29 April 2011 hingga 1 Mei 2011. Tiket-tiket berharga RM 65 hingga RM 450 telah pun mula dijual di box-office, IB.
Awie menganggap konsert Opera Hidup ibarat satu penghargaan buat mereka serta peminat.
"Kami sangat teruja kerana berpeluang menghiburkan peminat di IB. Bukan tak impikan nak buat konsert di IB sebelum ini namun kami tak ada masa dan kali ini ia merupakan satu masa yang sesuai. Selepas kejayaan Double Trouble (DB), kemudian berpeluang untuk bikin konsert di IB . Bagi saya ini satu kebangkitan semula Wings," katanya.
Jelas Awie lagi, jika sebelum ini peminat hanya berpeluang menyaksikan persembahan mereka untuk seketika bersama orkestra menerusi konsert DB, kali ini persembahan mereka akan diiringi oleh OSK secara sepenuhnya.
Malah katanya, konsert Opera Hidup ini, memberi peluang kepada peminat untuk berhibur secara selesa.
"Kami mahu beri rasa yang berbeza kepada mereka. Kalau sebelum ini konsert DB secara terbuka tapi kali ini kita mahu bagi tempat yang lebih selesa. Semua tahukan IB sebuah pentas yang berprestij dan saya rasa tak salah semua rockers merasai kelainannya," katanya yang bakal memberi tumpuan kepada latihan konsert berkenaan sejurus selepas selesai menjayakan pementasan Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal.
Bercakap lebih lanjut mengenai persembahan pada konsert Opera, kata pelantun lagu Sejati ini, persembahan tersebut akan dibahagikan kepada empat segmen.
"Kita akan bahagikan empat segmen dan saya akan menyanyikan lebih 20 buah lagu daripada 27 album sebelum ini. Kami masih lagi dalam proses membuat pemilihan lagu. Namun, apa yang pasti kami akan menyanyikan lagu-lagu cover version sebagai tribute kepada artis-artis popular lain misalnya, M Nasir dan Sweet Charity.
"Sebab, waktu kami masih belum ada album, lagu-lagu merekalah yang kami nyanyikan. Malah kami juga menjemput teman-teman yang sebelum ini pernah menganggotai Wings seperti Mus untuk mewarnai persembahan konsert itu nanti," jelasnya yang turut memberitahu bahawa seramai 16 orang penyanyi koir akan turut serta mengiringi mereka.
Malah sebagai penghargaan kepada peminat, kata Awie, mereka turut memberi kesempatan kepada fan club mereka iaitu Sayap-Sayap Wings untuk memilih lagu yang mereka mahukan.
"Mereka sentiasa berhubung antara satu sama lain. Lagi pun mereka tahu apa yang mereka mahukan. Jadi kami beri peluang kepada mereka untuk pilih lagu selain itu kami sendiri juga akan memilih lagu yang sesuai," katanya.
Dalam majlis pelancaran tersebut, Wings turut mempersembahkan beberapa buah lagu dengan iringan OSK, IB.
Peminat Wings dan Rockers semua, jom gamatkan Konsert Wings Opera Hidup di Istana Budaya

0 Komen:
Post a Comment