Petua Merdu Suara Selena Gomez

Monday, November 07, 2011

Selena Gomez Minum Minyak Zaitun Sebelum Buat Persembahan

Penyanyi yang popular dengan lagi ‘Love You Like A Love Song’ ini. Selena Gomez memberitahu bahawa dia mengamalkan petua meminum minyak zaitun sebelum melakukan persembahan.

“Rasanya tidaklah berapa sedap namun minyak ini amat bermanfaat untuk lapisan kerongkong dan bagus untuk pita suara,” ujar Selena dipetik dari Contact Music.


Selain minum minyak zaitun, Selena turut memeluk anggota kumpulannya sebelum membuat persembahan untuk mengekalkan semangat dan lebih bertenaga ketika membuat persembahan.

Untuk pengetahuan, Selena Gomez bakal membuat persembahan di MTV European Music Award pada 6 November ini di Belfast, Ireland Utara. Dia akan membuat persembahan bersama artis popular lain seperti Lady Gaga, Queen, Coldplay dan Red Hot Chilli Peppers.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI