Pameran Makanan Laut Antarabangsa Malaysia 2011 (MISE 2011) -17 - 20 November 2011

Wednesday, November 16, 2011

Pameran Makanan Laut Antarabangsa di Malaysia 2011 dengan tema "Malaysia World Best Seafood" pada 17 - 20 November 2011 pada jam 10 pagi - 7 petang di PWTC, Kuala Lumpur.

Pameran selama empat hari yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tersebut bertujuan mempromosikan industri berkenaan di rantau ini selain mewujudkan peluang perniagaan baharu.

MISE 2011 dalam kenyataannya di sini berkata, pameran kali kedua ini akan menawarkan 180 ruang pameran dan bakal disertai wakil-wakil industri dari seluruh dunia.

Bertemakan Malaysia Best Seafood, MISE 2011 dijangka mampu membantu usahawan tempatan mempromosikan produk mereka sekali gus mengorak langkah ke pasaran antarabangsa.

''Tahun lepas, MISE 2010 berjaya menarik lebih 8,000 pengunjung dari seluruh dunia dan kami yakin tahun ini mampu mencapai 10,000 orang.

''Pemain industri seperti pembuat makanan laut, penternak, pengedar dan semua bahagian industri akan hadir. Ini merupakan peluang terbaik untuk membentuk hubungan perniagaan,'' kata kenyataan itu.

Pelbagai aktiviti akan disediakan oleh pengajur seperti perhubungan perniagaan, demonstrasi produk, teknik masakan dan sesi dialog.

MISE 2011 akan dibuka kepada orang awam pada hari terakhir iaitu hari Ahad ini.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI