Pemain remaja negara, Zulfadli Zukiffli mencipta sejarah apabila muncul sebagai pemain Malaysia pertama menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Remaja Dunia selepas menewaskan pilihan utama yang juga juara bertahan , Viktor Axelsen dari Denmark, 21-18, 9-21, 21-19 di Taipei, sebentar tadi.
Malaysia berpeluang meraih kejuaraan berganda sekiranya jejak Zulfadli berjaya diikuti pasangan beregu kita, Nelseon Heg Wei Keat-Teo Ee Yi yang akan turun sebentar lagi dalam satu lagi perlawanan menentang pilihan utama tuan rumah, Huang Po Jui-Lin Chia Yu. - Utusan
Zulfadli catat sejarah juarai badminton Remaja Dunia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment