Ulsan Filem Aku Bukan Tomboy
Berbeza daripada lima filem arahannya sebelum ini yang cenderung kepada acuan serius, berat dan sarat tekanan, Syamsul Yusof meneroka sisi lebih ringan menerusi karya keenamnya, Aku Bukan Tomboy.
Mengangkat komedi romantik sebagai latar pengisian Aku Bukan Tomboy, produksi ini menyimpan kenangan tersendiri kepada Syamsul.
Buat pertama kali, Pengarah Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-23 ini bekerjasama dengan ayahnya, Datuk Yusof Haslam yang menyumbang idea untuk cerita asal Aku Bukan Tomboy.
Apabila dua generasi berbeza ideologi bersatu idea, mampukah Aku Bukan Tomboy mengulangi pencapaian cemerlang Syamsul selepas mencatat kutipan selesa menerusi Khurafat dan KL Gangster? Syamsul sendiri usai sesi pratonton filem ini mengakui Aku Bukan Tomboy tidak terlalu mencabar kreativitinya sebagai pengarah kerana latar filem itu sendiri yang ringan dan cenderung pada komedi.
Sebagai pembikin, Syamsul bagaimanapun menaruh keyakinan Aku Bukan Tomboy akan diminati ramai kerana memiliki kekuatan tersendiri. Sebagai seorang yang menitikberatkan pengisian skrip, Syamsul memberikan olahan yang cukup baik terhadap Aku Bukan Tomboy sekali gus membawanya dekat dengan realiti masyarakat hari ini.
Aku Bukan Tomboy tidak mengasak khalayak dengan paparan babak kontroversi murahan yang sering menjadi umpan penerbit sebagai rencah untuk menarik penonton. Syamsul menyusun perjalanan dari satu babak kepada babak lain dengan kemas tanpa melemaskan penonton dengan plot yang bercelaru.
Syamsul membawa Aku Bukan Tomboy lari daripada genre yang sinonim dengan Skop Productions. Bagaimanapun, Syamsul tidak membiarkan produksi yang menelan belanja RM1.7 juta itu berjalan atas landasan komedi slapstik - pemandangan biasa dalam kebanyakan filem komedi tempatan.
Filem ini meskipun dipaparkan dalam mood menghiburkan, kisah ringan dan cenderung kepada gejala pengkid dan lesbian tetapi sebenarnya ia mempunyai beberapa nilai moral yang baik, atau dalam erti kata lain mempunyai isi menarik untuk direnung dan dijadikan bahan perbincangan kenapa wujudnya golongan sedemikian - suka kepada kaum sejenis!
Turut menggalas tanggungjawab sebagai pelakon dengan membawakan watak Burn, Syamsul harus berterima kasih kepada barisan pelakon utama yang menjadi tunggak kekuatan filem ini. Sedikit menguji kerana Aku Bukan Tomboy menuntut fokus Syamsul apabila menampilkan banyak karakter sampingan.
Namun, Syamsul dia mengimbangi permainan setiap watak dengan baik, tanpa membiarkan mereka terawang-awang atau dibayangi karakter lebih kuat. Kelebihan Syamsul itu membantu Aku Bukan Tomboy muncul sebagai filem yang seimbang pada permainan watak, cetusan konflik dan penghayatan lakonan.
Biarpun menggerakkan Aku Bukan Tomboy dalam acuan ringan dan santai namun Syamsul tetap mengumpan sedikit elemen drama untuk menyentuh perasaan penonton.
Scha Alyahya berjaya lari daripada kepompong tipikal kerana watak seperti itu sudah acap dibawanya dalam beberapa drama yang pernah dibintanginya. Bagaimanapun, gadis tomboy bernama Farisa itu memperlihatkan Scha tidak dibelenggu perwatakannya sebelum ini, malah permainan karakter itu dilunaskan dengan berkesan.
Pujian juga wajar diberikan kepada Sam sebagai Harry yang dalam diam menyimpan perasaan cinta kepada Farisa namun tidak pandai meluahkan isi hatinya. Syamsul bijak mengeksploitasi kekuatan setiap pelakon dan menyerlahkan karakter mereka dengan mengumpan permainan watak yang ekspresif.
Salina Saibi sekali lagi membuktikan dirinya sebagai pelakon berkarakter menerusi watak Sam yang bersedia melakukan apa saja untuk memikat hati Farisa. Jarang diberi kepercayaan untuk beraksi di layar lebar, Sheera Iskandar memanfaatkan ruang itu untuk melunaskan watak Bell yang menjadi saingan Sam merebut hati Farisa.
Percaturan Syamsul meletakkan Zarina AF2 memainkan karakter pengkid tepat kerana pelakon itu menyalurkan tenaga yang meyakinkan untuk watak berkenaan. Barangkali mereka bertiga bukan pelakon yang berdiri di jalur komersial namun bakat besar Salina, Sheera dan Zarina sewajarnya diteroka untuk menggali sisi berbeza dalam persembahan lakonan mereka.
Ulasan Zul Husni Abdul Hamid
Sinopsis Aku Bukan Tomboy
Aku Bukan Tomboy bermula dengan rentetan kehidupan Farisa yang kehilangan kasih ibu sejak kecil, hanya bapa kandung yang menjadi pelindung tatkala dia mengharungi warna kehidupan. Sebagai gadis penghantar piza yang agresif, kasar dan bercanggah dengan perwatakan gadis normal yang kaya dengan sifat lemah lembut, Farisa mempunyai keinginan untuk menjalani kehidupan seperti gadis sebayanya.
Takdir menentukan apabila tanpa dirancang Farisa terheret untuk menikmati alam percintaan. Lebih menyulitkan apabila dia terperangkap dalam cinta tiga segi. Harry, seorang jurujual yang happy go lucky menyimpan perasaan cinta dan sayang terhadap Farisa, namun tidak mampu meluahkannya dengan perkataan atau perbuatan.
Pada masa sama, muncul Burn yang berbeza darjat. Burn seorang yang romantik dan dilahirkan dalam keluarga berada. Pandangan pertama Burn ketika Farisa menghantar piza di pejabatnya memutikkan keinginan untuk mendekati gadis itu. Namun, perjalanan hidup Farisa tidak sentiasa indah. Farisa turut tidak terlepas daripada gangguan golongan pengkid seperti Bell dan Sam yang sanggup melakukan apa saja untuk memenangi hatinya.
Farisa bosan dan rimas kerana enggan terjebak dengan hubungan songsang. Adakah terlalu sukar buat si gadis tomboy untuk merasai kehidupan sebagai gadis normal yang bencikan hipokrasi demi memiliki cinta sejati?
Info Aku Bukan Tomboy
Filem: Aku Bukan Tomboy
Pengarah: Syamsul Yusof
Pelakon: Scha Al-Yahya, Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Sheera Iskandar, Salina Saibi, Zarina AF, Harun Salim Bachik, Eira Syazira dan Didie Alias
Genre: Komedi Romantik
Mula Tayangan: 17 November 2011

1 Komen:
Oh terbaik... x rugi tengok... first time aku suka lakonan syamsul yusof...
Post a Comment