Nasib pemimpin Arab
GAMAL ABDEL NASSER
Presiden kedua Mesir dan antara pemerintah Arab terpenting dalam sejarah. Pada 1949 beliau bersama ahli kumpulannya turut serta dalam Perang Arab- Israel di Palestin. Pada tahun 1952, Gamal Abdel Nasser mengetuai rampasan kuasa ketenteraan dan berjaya menggulingkan raja ketika itu, Raja Farouk I. Kejayaannya yang pertama adalah apabila beliau berjaya berunding dengan tentera British untuk berundur daripada Zon Terusan Suez. Hasil usahanya, pada Februari 1958, Republik Kesatuan Arab diwujudkan dengan Gamal sebagai Presiden dan Perdana Menterinya. Kesatuan ini wujud sehingga 1961 apabila Syria keluar daripada kesatuan itu. Gamal tidak mengiktiraf kedaulatan Israel. Beliau meninggal dunia akibat sakit jantung.
ANWAR SADAT
Anwar Sadat terbabit dalam rampasan kuasa dalam Revolusi Mesir 1952 yang menggulingkan Raja Farouk I dan kemudian dilantik menjadi timbalan presiden kepada sahabat karibnya Gamal Abdel Nasser. Banyak perkara yang dilakukan oleh Gamal Nasser, diubah Sadat demi. Anwar Sadat melancarkan Revolusi Perubahan dan bertindak membuang elemen dibawa Gamal. Beliau dibunuh pada 6 Oktober 1981 ketika perbarisan ketenteraan oleh anggota tentera yang menjadi sebahagian Jihad Islam Mesir. Kumpulan itu menentang perjanjian Sadat dengan pihak Israel dikenali sebagai Perjanjian Kem David yang menamatkan perang Perang Arab-Israel 1948.
SADDAM HUSSEIN
Presiden kelima Iraq ini berkhidmat dari 1979 sehingga 9 April 2003. Asalnya seorang pejuang revolusi dari Parti Baath yang didukung gabungan nasionalisme Arab dan sosialisme Arab. Seorang yang lantang dan tegas, beliau memang digeruni Barat. Saddam berjaya menyekat pergerakan Syiah dan Kurdis yang berusaha menumbangkan kerajaannya. Saddam mengekalkan kuasa semasa Perang Iran-Iraq pada 1980. Pada 1990, beliau mengarahkan tenteranya menyerang Kuwait yang dilabelkan rakan sekutu Barat. Pada 1991 berlakunya Perang Teluk membabitkan Amerika Syarikat dan rakan sekutunya, tetapi gagal menamatkan pemerintahan Saddam. Pada Mac 2003, Amerika Syarikat dan United Kingdom bergabung atas nama NATO menyerang Iraq. Saddam meninggal dunia di tali gantung pada 30 Disember 2006.
YASSER ARAFAT
BELIAU adalah Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PNA), Pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan pemenang Hadiah Nobel Keamanan. Arafat menghabiskan sebahagian besar hidupnya berjuang menentang Israel demi Palestin. Beliau meninggal dunia akibat penyakit misteri pada 11 November 2004. Awalnya, Arafat dikatakan hanya mengidap selesema kemudian keadaannya semakin teruk dan dibawa ke hospital tentera di Perancis di bawah pengawasan doktor dari Tunisia, Jordan dan Mesir. Doktor menjelaskan beliau menderita masalah darah yang misteri. Namun, baru-baru ini, sekumpulan doktor berpusat di Britain mendedahkan Arafat mungkin diracun dengan thallium yang menyerang sistem aliran darah dalam tubuh dan menghancurkan organ dalamannya.
PERUBAHAN DUNIA ARAB
TUNISIA
18 Disember 2010
REVOLUSI Melur, ia tercetus hasil tindakan Mohamed Bouazizi yang membunuh diri sebagai bantahan layanan buruk dan rasuah polis, yang merebak ke seluruh negara. Tiga minggu kemudian, Presiden Zine al-Abidine Ben Ali melarikan diri bersama isteri dan harta kekayaannya termasuk emas ke Arab Saudi.
KINI: Ahad lalu, rakyat Tunisia mula mengundi buat kali pertama yang menjadi pilihan raya bebas julung kali dalam sejarah negara itu. Pilihan raya berkenaan yang dijangka memberi perkongsian kuasa kepada parti berhaluan Islam dan dijangka menjadi kayu pengukur untuk negara Arab lain yang berdepan dengan kebangkitan rakyat. Mahkamah Tunisia menjatuhkan hukuman penjara 35 tahun ke atas Zine Al Abidine Ben Ali dan isterinya, Leila Trabelsi manakala ahli keluarganya turut dibicara dan dihukum penjara.
MESIR
25 Januari 2011
PROTES jalanan bermula membantah kepemimpinan Presiden Hosni Mubarak yang me merintah lebih 30 tahun. Beliau kemudian meletak jawatan pada 11 Februari selepas 18 hari pertembungan antara tentera dengan penunjuk perasaan dan dilaporkan 850 orang terbunuh.
KINI: Mubarak, anaknya dan beberapa menteri Kabinet di bawah pentadbirannya dibicarakan atas dakwaan salah guna kuasa dan rasuah. Tentera mengambil alih kuasa dan berjanji akan mengadakan pilihan raya yang bebas namun, episod bantahan terus berleluasa di jalan-jalan raya.
LIBYA
17 Februari 2011
PROTES terhadap Muammar Gaddafi bermula di bandar Benghazi. Pihak pemberontak membentuk pakatan dikenali Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC) yang kemudian mendapat bantuan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menyerang Libya yang menyebabkan kerosakan teruk infrastruktur dan bangunan di negara itu serta meragut nyawa penduduknya.
KINI: Perang antara NTC dan penyokong Gaddafi berakhir pada 20 Oktober lalu selepas lebih lapan bulan bertempur dengan kematian Gaddafi serta anak lelakinya, Mutassim, di bandar kelahirannya Sirte.
SYRIA
15 Mac 2011
RUSUHAN tercetus atas kematian seorang remaja di bandar Hom menyebabkan kebencian rakyat memuncak kepada kerajaan Syria yang ditadbir keluarga Bashar al-Assad lebih 40 tahun.
KINI: Bashar masih tidak berganjak dan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap perusuh dan perintah berkurung terus berjalan walaupun menerima kutukan hebat dunia luar akibat serangan bagi menghapuskan penentangan terhadapnya sejak awal Ramadan lalu menggunakan kereta kebal, tentera darat dan penembak curi. Khamis lalu, satu delegasi Liga Arab yang ditugaskan untuk membantu menamatkan keganasan di Syria bertemu dengan Presiden Bashar Assad.
YAMAN
3 Februari 2011
PENUNJUK perasaan mendesak Presiden Ali Abdullah Saleh berundur selepas 33 tahun memerintah. Beratus-ratus orang mati dalam pertempuran dan tunjuk perasaan sejak sembilan lalu kerana membantah pemerintahan Ali.
KINI: Presiden Ali Abdullah Saleh berjanji akan melepaskan jawatannya. Namun, penunjuk perasaan tidak percaya kerana sudah tiga kali beliau belum mengotakan janjinya. Terbaru, Saleh tidak menghiraukan resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya meletak jawatan. Menurut pemerhati, kedegilannya itu membuka ruang kepada perang saudara di negara berkenaan. Semua 15 anggota Majlis Keselamatan bersetuju dengan ketetapan yang mengkritik serangan kerajaannya ke atas penunjuk perasaan yang disokong negara Teluk.
BAHRAIN
14 Februari 2011
BERPULUH-PULUH ribu penganut Syiah yang menjadi penduduk majoriti Bahrain, menunjuk perasaan di Manama lalu mendesak supaya pemerintahan dinasti Al-Khalifa daripada Sunni, selama dua abad, ditamatkan. Protes secara aman kemudian dicemari dengan tindakan ganas polis KINI: Kerajaan Arab Saudi menghantar 1,000 tenteranya ke Bahrain bagi membantu kerajaan menekan kebangkitan rakyat terburuk di situ sejak era 1990-an. Beberapa siri perbicaraan di mahkamah dijalankan bagi mendakwa penunjuk perasaan termasuk ahli politik pembangkang manakala doktor dan jururawat juga dihukum penjara atas tuduhan menyertai protes antikerajaan.

0 Komen:
Post a Comment