Penduduk sekitar Putrajaya yang inginkan lebih keselesaan bagi memilih juadah berbuka puasa dan mencari kelengkapan Aidilfitri boleh mengunjungi Festival Ramadan Putrajaya 2013.
Bertempat di pekarangan Kompleks Perbadanan Putrajaya (PPj), Presint 3, ia dibuka sejak awal Ramadan dan beroperasi setiap hari antara jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.
Timbalan Pengarah Kanan Komunikasi Korporat PPj, Tengku Aina Tengku Ismail Shah, berkata 32 lot gerai disediakan bagi jualan barangan keperluan Aidilfitri dan 24 lot gerai menjual juadah berbuka puasa.
"Kerusi dan meja berkonsepkan kafe jalanan turut disediakan bagi keselesaan pengunjung terutama yang ingin berbuka puasa di tapak festival khususnya di Kiblat Walk iaitu laluan pejalan kaki di Kompleks PPj ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MMTZA).
"Bagi yang menunaikan solat Tarawih di MTMZA pula, jemaah berpeluang mendengar alunan bacaan surah menerusi solat yang dipimpin imam terkenal Mesir, Imam Samy Ahmed Abd Rahman El Feky," katanya di sini.
Anjur jualan dari kilang
Tengku Aina berkata, bermula 26 Julai ini, PPj dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan jualan terus dari kilang di lokasi sama dengan penyertaan lebih 240 gerai jualan.
Bagaimanapun, katanya, pengunjung sudah boleh mendapatkan pelbagai pilihan barangan keperluan Aidilfitri seperti baju Melayu, samping, songkok dan biskut raya selain barangan hiasan rumah seperti permaidani, kain alas meja, langsir, sarung kusyen dan lampu meja.
Bagi mencetuskan kelainan, pelbagai program seperti tadarus al-Quran dan Qiamullail di MMTZA turut dianjurkan manakala penyampaian tazkirah pula disampaikan oleh ustaz dan ustazah popular masa kini seperti Ustaz Haslin Baharim, Ustazah Datuk Siti Nor Bahyah, Ustaz Rohidzir Rais, Ustazah Fatimah Syarha serta imam muda Aran, Hizbul dan Asyraf.
Tampil artis popular
"Kemuncak program pada 26 hingga 28 Julai ini akan menampilkan artis popular yang dibawa khas dari Indonesia seperti Habib Sheikh AsSegaf (Ya Hanana) dan Opick," katanya.
Pelbagai program lain turut dianjurkan termasuk pameran lukisan, pameran seni khat, jualan buku Islam, demonstrasi masakan, persembahan nasyid dan alunan zikir daripada kumpulan nasyid terkenal seperti Hafiz Hamidon, Raihan, In Team, Mirwana, Maulid serta Brothers.
Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program boleh melayari laman sesawang www.ppj.gov.my atau hubungi Nor Azimah Jamaluddin di talian 03-88877231 atau 03-88877354.

0 Komen:
Post a Comment