Angkara tidak serik main mercun
Tidak serik. Saban tahun cerita sama. Kanak-kanak dan remaja menjadi mangsa letupan mercun serta percikan bunga api. Itu antara kisah wajib dilaporkan dalam akhbar dan televisyen.
Hari pertama umat Islam berpuasa sudah dilaporkan dua pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Baling, Kedah menjadi mangsa pertama mercun buatan sendiri apabila Mohd Aiman Amzar Jamsari, 13, cedera dengan 80 peratus muka, jari dan tangannya melecur manakala rakannya Mohd Hanif Mohd Nawi, 14, pula cedera di muka.
Mereka dipercayai memasukkan belerang ke dalam botol yang tiba-tiba meletup ketika bermain bersama beberapa rakan lain.
Selang beberapa hari, tiga sahabat antara 12 hingga 14 tahun di Batu Buruk, Terengganu pula tercedera selepas dipercayai mencucuh mercun bola dan secara tibatiba meletup.
Kita percaya akan ada lagi kes sebegitu. Cuma diharapkan Ramadan kali ini tidak ada yang sampai maut, buta, putus jari, tangan atau anggota badan lain akibat angkara mercun dan bunga api.
Memang kita menggeleng kepala dan melontarkan pelbagai komen apabila mendengar serta membaca kes mangsa letupan mercun ini. Simpati dan sedih melihat keadaan mangsa, namun pada masa sama kesal apa yang berlaku, mahu saja mengutuk ibu bapa yang lalai terhadap aktiviti anak mereka.
Jika diteliti, semua mangsa bahan letupan itu dalam kalangan kanak-kanak atau remaja yang tinggal di luar bandar. Ini menunjukkan amalan bermain mercun ini masih berleluasa di kawasan berkenaan. Ada antara kanak-kanak ini amat kreatif dan pintar mencipta mercun sendiri dengan mencampurkan belerang dan bahan lain untuk memberi kesan lebih impak termasuk bunyi dentuman yang boleh menggegarkan alam semesta.
Suasana berbeza
Main mercun seakan sukar dikikis. Sinonim dan seakan menjadi tradisi apabila tiba bulan puasa, aktiviti ini pasti mewarnai sambutan sepanjang Ramadan dan Aidilfitri. Di ibu kota dan pinggir bandar bukan tak ada kanak-kanak bermain mercun atau bunga api, tetapi teramat jarang dilaporkan sampai cedera parah. Jika mereka main pun sekadar mercun biasa saja. Mungkin disebabkan suasana persekitaran kejiranan dan ibu bapa lebih berpendidikan, menjadikan permainan bahan letupan itu bukan keutamaan mereka.
Sekat penyeludupan
Kanak-kanak dan remaja di bandar lebih gemar melayari internet, melayan gajet lain, menonton televisyen, membaca atau melakukan aktiviti lain lebih berfaedah bagi mengisi masa lapang. Apa patut dibuat? Kegiatan menyeludup, mengedar serta menjual mercun dan bunga api wajar dikekang habis-habisan. Pemeriksaan ketat di setiap pintu masuk sempadan negara terus diperhebatkan bagi menyekat kemasukan secara berleluasa bahan itu yang diseludup dari China.
Mungkin untuk menyekat 100 peratus orang ramai terbabit menyeludup dan menjual serta memiliki bahan itu adalah satu yang mustahil. Cuma golongan itu patut digelar penjenayah. Undangundang sudah termaktub, orang ramai yang memiliki, mengimport kedua-dua bahan itu dikenakan tindakan mengikut Seksyen 42 Akta Bahan Letupan 1957 dengan dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Apa maknanya hukuman ini? Ramai juga yang dikenakan tindakan, tapi gagal juga ditangani. Kegiatan mereka sukar dibendung selagi ada saja `penjenayah' ini tidak ada kesedaran diri dan tamak hanya mahu mencari laba meskipun tahu musibah yang begitu besar ditanggung orang ramai atas kejahilan menyediakan mercun.
Pada masa sama, ibu bapa juga adalah tunjang paling utama untuk mengawal dan menyekat anak daripada bermain bahan itu. Ibu bapa juga wajar dihukum kerana kelalaian di kerana kegiatan anak mereka.
Walau apa saja jenisnya, bahan letupan sama ada mercun bola, ketupat, papan, telur dan roket di pasaran dan terbaru pula berbentuk kelapa semuanya mempunyai kesan berbeza dan amat berbahaya.
Kita sangat mengharapkan keberkatan sepanjang Ramadan dan kemeriahan Aidilfitri dilalui tahun ini penuh kegembiraan bukan disambut dengan tangisan akibat tragedi sebegitu.
~ BH

0 Komen:
Post a Comment