Program Rakan Muda masih lagi aktif dilaksanakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan mendapat penyertaan ramai belia negara ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin berkata program yang dilaksanakan sejak tahun 1994 itu masih menjadi antara agenda penting bagi memenuhi aktiviti gaya hidup belia di seluruh negara. "Tahun lalu melalui program ini seramai 10,543 belia menyertai aktiviti 'Gaya Hidup Rakan Muda' manakala aktiviti 'Jiran Muda' pula mendapat perhatian lebih 1,000 belia. "Aktiviti 'Rakan Muda Sukarelawan' yang disertai 54,544 belia dan 97 pemimpin belia pula dianugerahkan 'Anugerah Rakan Muda Perdana' melalui program ini," katanya menjawab soalan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) mengenai status program Rakan Muda. Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata program Rakan Muda akan sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa bagi memastikan semua belia termasuk kaum minoriti Sabah dan Sarawak dapat menyertainya. Menjawab soalan Rubiah Wang (BN-Kota Samarahan) mengenai program-program belia yang dianjurkan kementerian, Khairy berkata antara program yang dilaksanakan ialah Program 3K Bestari yang berkonsep perkongsian pintar melibatkan pelbagai pihak yang berkaitan dengan pembangunan kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan. - Bernama
Program Rakan Muda masih aktif
Entri Lain
- Tatu Sempena Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak XXXV
- Ujibakat Pelamin Fantasia (Sertai Ujibakat Untuk Perkahwinan Idaman)
- Pertunjukan fesyen ‘KL High Street 2015’
- Ujibakat Artis Budaya JKKN PERAK 2015
- Karnival Karangkraf, 30 Januari - 1 Februari 2015
- FESTIVAL HARI GURU 2014 - JOM KE PWTC KUALA LUMPUR
- Karnival Kerjaya Amanjaya 2014, Negeri Perak
- Selawat Perdana 1435H - Malam Cinta Allah dan Rasul 1435H
- Karnival Keusahawanan USM (USMEC) : 14 - 16 Mac 2014
- Anugerah Lagu Patriotik Johor 2014
Permalink: Program Rakan Muda masih aktif
Categories Aktiviti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment