Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) yakin kos baru pengambilan pembantu rumah warga Indonesia sebanyak RM8,000 tidak akan menjejaskan permintaan amah dari Republik itu.
Presidennya, Jeffrey Foo berkata, kos tersebut sebenarnya masih relevan dan ia tidak akan menjadi masalah bagi mereka yang berpendapatan tinggi untuk mengambil pembantu rumah.
“Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kos yang ditetapkan namun jika kosnya masih ditakuk lama iaitu RM4,511 pihak Indonesia tidak berminat berurusan dengan kita.
“Setakat ini kos pengambilan pembantu rumah dari Indonesia adalah yang paling murah berbanding negara lain di rantau Asia Tenggara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Kata Jeffrey lagi, pihaknya sentiasa mengambil inisiatif untuk mencari pembantu rumah dari negara lain namun terdapat beberapa halangan yang menyebabkan majikan tidak berminat mengambil amah selain dari Indonesia.
“Antaranya Filipina tetapi kos amah dari negara itu lebih tinggi iaitu RM10,000, manakala dari Sri Lanka pula majikan sukar untuk berkomunikasi kerana masalah bahasa.
“Selain dua negara tersebut kita juga pernah mengambil pembantu rumah dari Thailand namun kestabilan ekonomi negara Gajah Putih itu sejak akhir-akhir ini menyebabkan rakyatnya tidak lagi berminat berhijrah ke negara ini menjadi amah,” katanya.

0 Komen:
Post a Comment