Destinasi beli-belah dan gaya hidup terkemuka, Pavilion Kuala Lumpur (Pavilion KL), membawa pengunjung pulang berhari raya sempena Aidilfitri ini.
Bertemakan Balik Kampung, Balik Pavilion KL diraikan sehingga 11 Ogos ini.
Bagi memenuhi tema itu, seluruh wajah Pavilion KL diubah kepada suasana kampung. Pengunjung dijemput mengimbau kenangan masa lalu di rumah kampung tradisional dilengkapi dengan hidangan kuih-muih Melayu sambil menghayati permainan seperti congkak, guli dan batu seremban.
Pengunjung juga boleh beramah mesra dengan Ara dan Aris dari siri popular Pada Zaman Dahulu yang pernah menduduki tempat pertama program kanak-kanak di Astro Ceria. Kanak-kanak juga berpeluang dihiburkan dengan pelbagai cerita rakyat zaman berzaman.
Ara dan Aris akan memberikan petunjuk kepada kanak-kanak kaedah bermain permainan klasik Melayu.
Ketengahkan nilai murni
Antara persembahan menarik sempena tema ini adalah pemasangan seni logam yang menggabungkan gaya hidup tradisional dan moden di kampung diilhamkan Pengarca, Nizam Abdullah menerusi pengalaman peribadi dan pemerhatiannya secara menyeluruh.
Pada Ramadan ini juga, Pavilion KL mengetengahkan nilai murni masyarakat Islam, iaitu berihsan kepada orang miskin.
Pengunjung hanya perlu meluangkan sekurang-kurangnya sejam masa mereka untuk menyertai banyak program kemasyarakatan yang dianjurkan pusat beli-belah ini.
Tidak ketinggalan pengunjung juga ditawarkan paket Hari Raya percuma dengan setiap pembelian RM200 dalam satu resit di kedai ditetapkan atau berbelanja RM100 menggunakan Kad Kredit Maybankcard. Tebusan boleh dibuat di kaunter Concierge. Mereka yang berbelanja RM300 dengan menggunakan Kad Kredit Maybankcard layak menerima hadiah percuma manakala tambahan hadiah diberikan bagi mereka yang berbelanja RM500 dengan kad kredit sama. Tebusan boleh dibuat di Fashion Avenue Concierge, di aras 2.
Pemegang kad MasterCard yang berbelanja RM500 berhak menerima Terapi Tangan Crabtree & Evelyn 50gram. Tebusan di Fashion Avenue Concierge, aras 2.
Persembahan Ara dan Aris diadakan pada 20 dan 21 Julai; 27 dan 28 Julai; serta 3 dan 4 Ogos dari jam 3 hingga 5.30 petang. Demonstrasi congkak oleh Ara dan Aris pula diadakan pada jam 4.30 petang pada tarikh sama.
Promosi berbuka puasa
Pengunjung yang berbuka puasa di mana-mana restoran di Pavilion KL dengan harga RM200 atau RM100 menggunakan Kad Kredit Maybankcard layak memenangi hadiah istimewa. Dapatkan borang penyertaan di Kaunter Concierge.
Untuk berbuka puasa kunjungi beberapa premis yang menawarkan harga istimewa antaranya Al-Amar Lebanese Cuisine dengan bufet berharga RM78++, Dome Cafe (RM45++), Fish & Co (RM64.95++ untuk set dua orang), Grandmama Cafe & Cuisine (RM89++ untuk set Ramadan dua orang; RM139++ untuk 3-4 orang, RM189++ untuk 5-6 orang serta RM389++ untuk 8-10 orang), Nandos (RM56++ untuk set Ramadan dua orang dan dapatkan baucar RM5), Pizza Hut (RM39.80++ untuk set Citarasa dua orang, RM59.80++ untuk empat orang), Planet Popcorn (RM24.90++ untuk dua rasa dan dapatkan pek raya percuma), The Coffee Bean & Tea Leaf (kek raya istimewa RM98, diskaun 20 peratus bagi ahli kad TCB), The Loaf (bufet iftar Ramadan RM58++), Tony Roma's (bufet mini RM9.90 seorang), Tokyo Tepan (set makan makan untuk tiga hingga empat orang RM152++, sah dari 6.30 petang hingga 9 malam).
INFO
- Untuk lebih banyak maklumat mengenai promosi Balik Pavilion KL, hubungi Concierge di 03-21188833 atau maklumat terkini Pavilion KL di Facebook, Twitter di @Pavilion_KL

0 Komen:
Post a Comment