Prof. Dr. P. Ambigapathy, pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan USM dihadapkan ke Mahkamah Sesyen terhadap tiga pertuduhan membuat kenyataan palsu dalam tuntutan elaun perjalanan untuk tugasan rasminya pada 2010.
Beliau mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Khairul Anuar Abdul Halim.
Ambigapathy, 56, dituduh melakukan ketiga-tiga kesalahan itu di pejabat USM dengan niat memperdayakan Pembantu Tadbir Kewangan Haryatie Zainor, dengan menyerahkan dokumen iaitu kenyataan tuntutan elaun perjalanan dalam negeri yang palsu bagi bulan Februari 2010 untuk tugasan rasminya dengan nilai sebanyak RM1,242.
Kesemua tuntutan perjalanan rasmi itu dibuat dengan menggunakan kereta sendiri jenis Mercedez Benz bernombor pendaftaran PJL 1292 sedangkan tertuduh sebenarnya menggunakan kereta jabatan jenis Proton Perdana dengan nombor pendaftaran PHJ 6116.
Bagi pertuduhan pertama, Ambigapathy didakwa pada 10 Feb 2010 telah mengemukakan tuntutan perjalanan rasminya bagi kerja lapangan dan mengumpul data penyelidikan yang berlangsung pada 6 hingga 8 Feb 2010. - BERNAMA

0 Komen:
Post a Comment