Takwa berasal daripada perkataan Arab. Dewan Bahasa dan Pustaka menakrifkannya sebagai ketaatan kepada perintah dan larangan Allah (kerana takut, kasih dan hormat kepada-Nya). Ia juga diertikan sebagai takut akan Allah.
Imam al-Munawi (952-1031H) menjelaskan dalam at-Tawqif fi Muhimmat at-Ta'arif, takwa ialah menjadikan diri dalam keadaan berjaga-jaga daripada apa yang ditakuti.
Oleh itu kadang-kadang dinamakan takut itu takwa dan takwa itu adalah takut.
Dalam at-Ta'rifat, Imam al-Jurjani menjelaskan: "Menurut ahli hakikat, takwa ialah menjaga ketaatan kepada Allah daripada seksaan-Nya iaitu memelihara diri daripada melakukan (maksiat) atau meninggalkan sesuatu (kewajipan) yang mengakibatkan pembalasan azab."
Takwa seorang hamba adalah taat melaksanakan ajaran Islam dalam setiap aspek kehidupan.
Ia bukan hanya terbatas dalam melakukan ibadat solat dan puasa, bahkan merangkumi perkara lain.
Ini bermakna orang yang bertakwa ialah orang menjadikan syariah Allah dalam setiap aspek kehidupan, sama ada ia membabitkan urusan peribadi, kekeluargaan mahupun pelbagai bidang hubungan kemasyarakatan.
Perkara ini sesuai dengan sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Imam Ahmad dan at-Tirmidzi, maksudnya: "Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada dan kerjakanlah kebajikan agar kebajikan itu dapat menghapuskan kejahatan dan bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik."
Takwa adalah satu kewajipan seperti diterangkan al-Quran pada ayat 18 surah al-Hasyr maksudnya: "Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah; dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan untuk hari esok. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan."
Takwa bukan saja disuruh oleh Allah ke atas umat Nabi Muhammad SAW, bahkan juga kepada umat terdahulu.
Firaun, kaum Aad, kaum Tsamud dan kaum Luth semuanya diseru agar bertakwa, namun mereka mengabaikan suruhan itu, bahkan sombong dan lebih cenderung mengikut hawa nafsu sehingga mereka menerima kemusnahan.
Demikian akibat bagi golongan yang tidak bertakwa. Bagi orang yang bertakwa, pelbagai ganjaran dan keistimewaan menanti, antaranya:
* Mendapat keselamatan dan kejayaan. Firman Allah dalam surah Thaha, ayat 132, maksudnya: "...dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa."
* Mendapat petunjuk sehingga tahu membezakan di antara kebenaran dan kepalsuan.
Mereka diampunkan dosanya yang lampau seperti dijelaskan dalam surah al-Anfaal, ayat 29.
* Diberi jalan keluar daripada kesusahan dan rezeki tanpa disangka-sangka. Firman-Nya bermaksud: "...dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
"Dan memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa berserah diri kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya. Sesungguhnya Allah melakukan perkara yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah menentukan tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Talaq, ayat 2 dan 3)
* Dilimpahi keberkatan seperti diterangkan pada ayat 96, surah al-A'raf, maksudnya: "Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan."

0 Komen:
Post a Comment