Polis tidak menolak kemungkinan balas dendam adalah motif di sebalik kejadian seorang guru penolong kanan maut ditembak selepas bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Beris Panchor, di sini semalam.
Hashim Mat Zain, 43, berkemungkinan ditembak oleh penjenayah yang diupah oleh mereka yang tidak berpuas hati dengannya.
Sehubungan itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya sedang giat mengumpulkan maklumat mengenai kejadian itu dalam usaha mengesan penjenayah yang terlibat.
"Berdasarkan maklumat awal, polis percaya motif pembunuhan guru ini ada kaitan dengan balas dendam. Siasatan awal juga mendapati mangsa menjalankan pelbagai perniagaan antaranya balak, jualan langsung dan kontrak kantin sekolah," katanya.
Jalaluddin ditemui selepas majlis perjumpaan bulanan dan Penubuhan Jabatan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri hari ini.
Allahyarham Hashim maut ditembak sebanyak tiga das dari jarak dekat ketika baru keluar selepas selesai bertugas di SK Beris Panchor kira-kira pukul 1.40 petang semalam, dipercayai kerana masalah hutang.
Mangsa yang merupakan guru penolong kanan hal ehwal murid dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Tok Dosoh, Bachok ditembak seorang lelaki bermotosikal sebaik sahaja tiba di satu persimpangan kira-kira 50 meter dari pintu pagar sekolah.
Menurut Jalaluddin, kebanyakan kes tembak yang berlaku di negeri itu sejak kebelakangan ini adalah bermotifkan dendam, tidak berpuas hati dan hutang.

0 Komen:
Post a Comment