Promosi Ramadan dan Raya KL Festival City 2013

Monday, July 22, 2013

Bagaikan berada dalam bandar diraja Marakech di Maghribi, begitulah suasana yang dinikmati pengunjung KL Festival City apabila anda dapat melihat pelbagai rekaan dan souq orang Moor sepanjang Ramadan ini.

Semuanya berlangsung dari 8 Julai hingga 7 Ogos di KL Festival City dengan banyak aktiviti dan promosi istimewa untuk kempen Hari Raya Aidilfitri bertemakan `Marakech Eid-Spiration' diadakan.

Parkir percuma

Antara hadiahnya ialah parkir percuma selama tujuh jam dari 5 petang hingga 12 tengah malam pada setiap hari dalam tempoh itu. Pengunjung juga mungkin seorang daripada lima yang bertuah dan bakal membawa pulang sebuah Sistem Teater Sony Home sebagai hadiah raya.

Caranya anda boleh mengisi borang yang dimasukkan ke peti surat di kawasan perumahan berdekatan ataupun dapatkan terus daripada Concierge di aras bumi KL Festival City.

Sebenarnya ada banyak hadiah disediakan dari 15 Julai hingga 7 Ogos ini antaranya percuma paket raya eksklusif KL Festival City dengan pembelian RM150 dan ke atas juga dulang raya KL Festival City dengan pembelian RM350 dan ke atas.

Pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan selebriti terkenal seperti Atilia Haron pada 27 Julai jam 4 petang.

Kongsi kemeriahan raya

KL Festival City turut berkongsi kemeriahan raya bersama ibu tunggal dan kanak-kanak Rumah Titian Kaseh. Seramai 60 tetamu dibawa membeli belah di Econsave bagi membeli baju raya, diikuti persembahan hiburan dan majlis berbuka puasa.

Dalam pada itu Bubur Lambuk Econsave akan terus menemui pengunjung lagi tahun ini selepas diperkenalkan pada tahun lalu. Bubur lambuk diedarkan di valet parkir menghadap Jalan ibu kota pada 21 dan 28 Julai dari jam 4 petang hingga 6 petang.

Bagi memudahkan pengunjung yang membeli belah pada saat-saat akhir sebelum balik kampung, KL Festival City akan memanjangkan waktu operasinya sehingga jam 11 malam pada 26 hingga 28 Julai dan pada 2 hingga 4 Ogos ini.

Tawaran istimewa

Pengunjung juga boleh menikmati tawaran istimewa dan diskaun di Pappa Roti, The Chicken Rice Shop, Pappa John's Pizza dan Sakura Kristal, sementara kedai makan dan minuman yang besar dan kecil lain juga menyediakan promosi dan menu istimewa untuk dinikmati bersama kawan dan keluarga.

KL Festival City tidak ketinggalan mengadakan pertandingan `Shop Till You Fly' sempena promosi Jualan Mega 1Malaysia/ Jualan Bersatu 1Malaysia yang menyediakan hadiah pelancongan ke luar negara dan dalam negara. Pertandingan ini akan berakhir pada 1 September ini.

Pusat beli belah KL Festival City yang terletak di persimpangan Jalan Genting Klang dan Jalan Ibu Kota di Setapak, Kuala Lumpur menyediakan kemudahan lebih 250 jenama beli belah, makanan dan hiburan dengan tiga penyewa utamanya ialah Parkson, Econsave dan panggung wayang MBO.

Untuk maklumat lanjut, layari www.festivalcity.com.my atau hubungi terus Concierge di 03-41426685.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI