Langkah Penjimatan Kerajaan 2014

Tuesday, December 31, 2013 0 Komen

Penjimatan kerajaan

Kerajaan semalam mengumumkan pelaksanaan sebelas langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam bermula 1 Januari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan berkata, hal itu selaras hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemat pada tahun depan serta langkah penjimat an lain untuk sektor awam yang akan diperkenalkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan dan keadaan semasa.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Menurutnya, sebelas langkah itu ialah elaun keraian menteri dan timbalan menteri dikurangkan sebanyak sepuluh peratus manakala elaun keraian bagi pegawai kanan gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C ke atas dikurangkan antara lima hingga sepuluh peratus.

Langkah lain ialah pengurangan sebanyak lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi serta premis kerajaan; kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan gred JUSA C dan ke atas dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau 30 peratus; permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi serta premis kerajaan dibekukan serta mengetatkan pelantikan juruperunding untuk projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian kesesuaian (feasibility study) dengan cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan KSN.

Najib berkata, langkah seterusnya ialah mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian sagu hati atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran kerajaan dan penjawat awam; pindaan terhadap kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam, sebagai contoh kelayakan bagi penerbangan sektor domestik bagi JUSA C ke bawah ialah kelas ekonomi serta mengurangkan penyediaan makanan dan minuman ketika penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel serta sebarang acara rasmi kerajaan.

Perdana Menteri berkata, langkah lain ialah mengurangkan penggunaan kain pemidang bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel serta sebarang acara rasmi kerajaan; mengoptimumkan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat serta yang terakhir, mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) serta kemudahan institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar atau bengkel.


Seelan Paul COO Rangkaian TV Media Prima

Monday, December 30, 2013 0 Komen

Seelan Paul COO Rangkaian TV Media Prima

Media Prima Bhd., kumpulan media bersepadu terbesar Malaysia, hari ini mengumumkan pelantikan Seelan Paul sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) Rangkaian Televisyen Media Prima (RTMP) berkuat kuasa 1 Januari 2014.

Dalam satu kenyataan hari ini, Media Prima dan unit-unit operasi lain di bawah RTMP.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan RTMP, Ahmad Izham Omar berkata, pelantikan itu akan mengukuhkan lagi operasi televisyen RTMP dalam mengharungi cabaran landskap media yang sering berubah.

Selain tanggungjawab baharunya itu, Seelan akan meneruskan peranannya sebagai CEO Rangkaian Radio Media Prima (RRMP).

Seelan menyertai Media Prima pada 2005 sebagai pengurus Rangkaian bagi Rangkaian Radio dan kemudiannya dilantik sebagai CEO RRMP pada Ogos 2011, selepas memainkan peranan penting dalam kejayaan HotFM, FlyFM dan OneFM.

Beliau juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Strategi bagi Rangkaian Televisyen pada November 2012. - BERNAMA

Michael Schumacher kritikal, cedera otak akibat kemalangan ski

Monday, December 30, 2013 0 Komen

Michael Schumacher kritikal, cedera otak akibat kemalangan ski

Legenda Formula Satu (F1), Michael Schumacher kini berada dalam keadaan kritikal dan baharu menjalani pembedahan otak selepas terlibat dalam kemalangan ketika bermain ski ais di Perancis, semalam.

Schumacher, 44, yang berada dalam keadaan koma kini dirawat di Hospital Mountain Gendarmerie, Perancis.

Michael Schumacher

Pengurus Schumacher, Sabine Kehm bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai keadaan bekas juara dunia dari Jerman itu, sebaliknya meminta orang ramai mendoakan agar dia cepat sembuh.

Schumacher bersara dari dunia F1 pada 2006, namun selepas empat tahun dia membuat kepulangan semula dan beraksi bersama pasukan Mercedes, sebelum mengumumkan persaraan buat kali kedua tahun lalu selepas tidak berjaya bersama pasukan barunya. - AP

11 langkah kurang perbelanjaan sektor awam diumum PM

Monday, December 30, 2013 0 Komen

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Januari.

"Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Beliau berkata, kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas.

"Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred itu juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus," katanya dalam kenyataan dua muka surat itu.

Najib berkata, kerajaan juga akan meminda kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi penjawat awam iaitu kelayakan penerbangan sektor domestik bagi Gred Jusa C ke bawah ialah Kelas Ekonomi.

Selain itu, kerajaan juga akan mengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan, selain membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga memutuskan untuk mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan premis pejabat.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga akan mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian kebolehlaksanaan.

Beliau berkata, cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan.

Kerajaan juga akan mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau 'event management' serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam, katanya.

Najib berkata, kerajaan juga akan mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Kerajaan juga akan mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel, katanya. - BERNAMA

Sinopsis filem Balistik + Official Video

Monday, December 30, 2013 0 Komen

Sinopsis filem Balistik

Balistik mengisahkan Saga (Rosyam), seorang pembunuh upahan profesional yang mendirikan rumah tangga dengan Salina (Rita) rakannya yang membesar bersama di rumah anak yatim. Mereka dikurniakan seorang anak bernama Rykarl (Rykarl).

Saga menghilangkan diri bersama Rykarl selepas mencederakan Salina. Ditakdirkan, mereka bertemu semula enam tahun kemudian. Sebagai ibu, Salina ingin menuntut hak ingin mendapatkan semula Rykarl.

filem balistik

Pada masa sama, Saga menjadi buruan kumpulan gangster dan polis. Suami Salina iaitu Nizam yang bertugas sebagai inspektor polis, turut memburu Saga.


Pelakon Balistik: Datuk Rosyam Nor, Rita Rudaini, Adi Putra, Jack Lim, Gan Mei Yan, Jeff Chin dan Jason Phang.


Trailer Balistik

Pengukuhan undang-undang selamatkan pengguna

Monday, December 30, 2013 0 Komen

Negara yang maju mempunyai statistik teknologi dan penduduk yang ramai dan maju. Malaysia merupakan negara yang mempunyai rakyat seramai 28.3 juta orang pada tahun 2013.

Dalam kemajuan yang semakin membangun, pergolakan hidup rakyat di dalam negara makin tercalar dan tergaris akibat impak kenaikan harga barangan dan kos hidup rakyat menderita berikutan kenaikan harga barang-barang keperluan adalah isu sejagat yang berkaitan langsung dengan kepentingan rakyat kebanyakkan dan menyentuh tentang survival kehidupan seharian mereka.

Purata kenaikan gaji rakyat Malaysia 2.5% setahun tetapi kenaikan harga barang-barang keperluan adalah sebanyak 8.5% setahun. Kenaikan harga barangan keperluan yang sangat tidak seimbang dengan peningkatan pendapatan rakyat tentunya membawa kesan negatif yang berpanjangan kepada sosio-ekonomi rakyat.

Natijahnya, bila barang naik harga, jatuhlah air mata rakyat. Perhatikan senario seorang ketua keluarga yang berpendapatan rendah atau sederhana, mereka perlu mengambil kira paling minima setiap bulan keperluan wajib antaranya, bayaran sewa atau ansuran bulanan rumah kediaman, peruntukan ansuran kenderaan, duit minyak dan servis kenderaan, belanja keperluan dapur serta makan minum, duit perbelanjaan sekolah anak-anak, bil lektrik dan air juga gas memasak, pakaian, kos perubatan dan kesihatan, bayaran tol untuk mereka yang berkenaan, saman trafik dan pelbagai lagi yang tentunya memberikan tekanan emosi yang mampu menggugat keharmonian kehidupan.

Apatah lagi kalau hidup di bandar dengan setiap keperluan perlu dibeli. Bermakna, peningkatan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barangan, jangan sesekali hanya dipandang dari sudut berapa sen kenaikan harga gula, petrol, gas memasak,minyak masak, tarif lektrik dan sebagainya, tetapi impaknya perlu diteliti secara menyeluruh dan saksama kepada kehidupan seorang insan sebagai individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Lebih tragis apabila bebannya bukan setakat kerana harga barangan keperluan melambung tinggi, malah lebih memburukkan keadaan apabila bekalannya juga sukar didapati di pasaran.

Merujuk pekara di atas, Kerajaan Malaysia menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 diperkukuhkan demi melindung penguna dari perniaga yang tidak bertanggung jawab.

Akta yang dikuatkuasa digunakan sebagai garis landasan terhadap perniagaperniaga untuk memastikan mereka tidak menaikkan harga barangan dan mengaut keuntungan melebihi modal yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Dengan perlindungan yang dijamin, penguna atau lebih sesuai digambarkan sebagai rakyat Malaysia boleh berjimat dan memberi peluang untuk rakyat merancang kehidupan.

Malahan, menurut Kementeraian Perdagangan dalam Negeri dan Kepenggunaan akta ini juga meneruskan peraturan dalam Akta sebelumnya, iaitu penjual barang dan perkhidmatan hendaklah mempamerkan senarai harga barang dan perkhidmatan di tempat yang mudah untuk dilihat oleh pelanggan. Kepentingan utama akta ini adalah untuk menetapkan peraturan bagi memastikan tidak ada peniaga menjual barang atau perkhidmatan dengan harga yang tidak munasabah. Dengan ini, peniaga-peniaga harus menjual barangan walaupun barang yang harus dijual tidak mengcukupi.

Akta pencatutan ini juga dapat menolong pengusaha kecil sebagai contoh penjual kelapa menjual kepada peniaga lain dengan harga tetap tetapi peniaga kedua menaikkan harga selepas membeli dari peniaga pertama. Harga yang dinaikkan melebihi yang ditetapkan dan ia merupakan tidakan yang tidak adil bagi peniaga kecilan dan pengusaha.

Penguatkuasaan undang-undang ini memberi hak sama rata dan melindungi dari peniaga lain ditipu dan diambil peluang untuk digunakan dalam perkara yang ini. Selain itu, dengan wujudnya akta ini setiap peniaga akan lebih berjaga-jaga dan tidak mengambil keuntungan atas angin. Setiap kenaikan atau penambahan dalam harga barangan atau perkhidmatan haruslah mendapat kepastian dan diluluskan oleh kerajaan Malaysia.

Pihak kerajaan juga telah membuat semakan harga yang patut dan mengkaji oleh Makmal rasionalisasi subsidi oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) dimana ia akan diberi subsidi kepada peniaga dan juga mengubal Akta Persaingan kepada pihak peniaga dimana mereka tidak boleh menaikan kadar harga sesuka hati walaupun dalam jumlah yang kecil.

Selain itu, kerajaan telah mewujudkan beberapa inisiatif kerajaan pada tahun 2011 di bawah program 1 Malaysia. Dalam konteks yang berbeza, penubuhan 1 Malaysia juga adalah inisiatif kerajaan untuk memberi keadilan kepada dua pihak penguna dan juga pengusaha.

Pihak kerajaan menentukan margin harga untuk barangan. Kenaikan harga barang akan memberi impak yang hebat kepada rakyat kerana setiap rakyat mempunyai latar belakang yang berbeza dan pendapatan yang berbeza.

Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 adalah satu-satunya jalan untuk memantau peniaga-peniaga dan ia adalah satu garisan kepada peniaga untuk mematuhi dan tidak menaikkan harga barang dengan sewenang-wenangnya.

TERBITAN PERSATUAN KESELAMATAN PENGGUNA KUALA LUMPUR; PKPKL@ hotmail.com

Pemenang Cabutan Istimewa SSPM takut menang RM1juta

Monday, December 30, 2013 0 Komen

"Minggu lalu mak cik bercadang mahu keluarkan semua wang yang disimpan dalam akaun Sijil Simpanan Premium (SSP), tapi tak sangka halangan daripada anak menyebabkan mak cik diumumkan pemenang Cabutan Istimewa SSP," kata Rokeah Mohd Sidek, 77 (gambar) yang kini bergelar jutawan.

Ibu kepada empat anak itu berkata, anak lelaki menghalangnya kerana beliau tidak ada sebarang rancangan untuk membelanjakan wang simpanan RM20,000 berkenaan.

Terkejut diumum menang

Katanya, tiba-tiba malam kelmarin ketika sedang menonton berita di televisyen bersama anaknya, beliau terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang Cabutan Istimewa SSPM.

"Makcik terus menangis bukan kerana gembira tetapi takut memandangkan jumlah hadiah yang dimenangi terlalu banyak. Mungkin ini berkat menyimpan menggunakan wang pencen arwah suami sejak 23 tahun lalu.


"Makcik mendapat wang pencen apabila arwah suami meninggal dunia pada 1982 dan mula menyimpan beberapa tahun kemudian sebanyak RM300 hingga RM400 sebulan selepas dinasihatkan seorang pegawai Bank Simpanan Nasional (BSN)," katanya.

Semalam akhbar melaporkan, Rokeah diumumkan pemenang Cabutan Istimewa SSP RM1 juta menerusi Cabutan SSP Disember. Kemenangan itu mengakhiri Pencarian Jutawan RM1 Juta yang diadakan BSN sejak awal tahun ini.

Rokeah antara 44,000 pemenang bertuah yang terpilih menerusi Cabutan SSP sepanjang tahun ini.

Nenek kepada 14 cucu itu berkata, setakat ini beliau belum bercadang berbuat apa-apa dengan wang itu kerana masih terkejut tetapi jika diberi kesempatan dan kesihatan baik, Rokeah berhasrat menunaikan haji sekali lagi, selain mengadakan kenduri doa selamat.

"Sehingga kini makcik masih ingat pesanan seorang pegawai BSN supaya teruskan menyimpan kerana jika simpanan banyak ada peluang menjadi jutawan. Tidak sangka kata-katanya menjadi kenyataan.

"Makcik nasihatkan orang ramai supaya teruskan budaya menyimpan dalam SSP kerana kita tidak nampak tuah pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Perbankan Islam BSN, Mohd Sofi Mat Jahaya, berkata Rokeah penerima pertama yang menang wang RM1 juta sejak SSP dimulakan pada 1978 kerana hadiah ditawarkan sebelum ini hanya kereta mewah.

Katanya, wang itu akan dimasukkan ke akaun SSP Rokeah dalam tempoh seminggu.

Gelombang kedua banjir, orang ramai mesti patuhi arahan

Sunday, December 29, 2013 0 Komen

Polis meminta orang ramai bersedia dan mengikuti semua arahan pihak berkuasa sekiranya berlaku gelombang kedua banjir di Pahang yang dijangka bermula esok.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata, sebanyak 67 buah pusat pemindahan banjir di daerah Kuantan yang boleh memuatkan 20,415 orang telah disediakan untuk mangsa banjir.

Katanya, tujuh mukim terlibat iaitu di Kuala Kuantan 1 sebanyak 11 pusat pemindahan, Kuala Kuantan 2 (21 pusat pemindahan), Ulu Kuantan (12), Beserah (dua), Sungai Karang (lapan), Penor (lapan) dan Ulu Lepar (lima).

"Selain itu, beberapa kawasan letak kenderaan turut dicadangkan bagi mangsa-mangsa banjir mengikut kawasan kediaman masing-masing," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, kawasan yang dicadangkan bagi penduduk Permatang Badak, Sungai Isap 1, Sungai Isap Jaya, Taman Guru, Taman Sepakat dan Taman Kurnia ialah di tanah lapang bersebelahan pasaraya Giant, di tepi padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dekat Kemunting dan di sepanjang laluan dari Tanah Putih menghala ke persimpangan lampu isyarat Permatang Badak.

"Bagi penduduk di sekitar Taman Guru, Gudang Rasau dan perumahan Batu 6 boleh meletak kenderaan di laluan masuk ke SMK Gudang Rasau dan di sepanjang kiri kanan jalan Gambang menghala ke Taman Tas.

"Penduduk di sekitar Bukit Rangin dan Kuantan ByPass boleh meletak kenderaan masing-masing di laluan Kuantan-ByPass dari arah Bukit Rangin menghala ke Kolej Shahputra dan di tanah lapang berhadapan stesen minyak Shell Jalan Kuantan-ByPass.

"Sementara penduduk di sekitar Perkampungan Cenderawasih dan Kampung Tengah pula mereka boleh meletak kenderaan di kawasan perindustrian Indera Mahkota 3," katanya.- BERNAMA

Ibu pejabat Pengakap berpindah ke Kuala Lumpur, Malaysia

Sunday, December 29, 2013 0 Komen

Ibu pejabat Pengakap berpindah ke Malaysia

Ibu Pejabat Pertubuhan Pergerakan Pengakap Sedunia (WOSM) yang berpangkalan di Genneva, Switzerland akan berpindah ke Kuala Lumpur bermula tahun hadapan, kata Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr. Shafie Mohd. Salleh.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat hasil persetujuan sebulat suara 186 negara yang inginkan negara Asia Pasifik menjadi pangkalan WOSM.

"Kita telah membincangkannya semasa persidangan WOSM di Brazil tiga tahun lepas dan negara seperti Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia juga berminat, namun Malaysia telah terpilih,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan Anugerah Baden Powell kepada 21 orang penerima di sini hari ini.

Tambahnya, pengisytiharaan perpindahan itu akan dibuat di Parlimen pada Februari tahun hadapan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Agung Pengakap Malaysia.

Shafie berkata, ibu pejabat tersebut akan ditempatkan di Brickfields dan kini kerja pengubahsuaian sedang giat dijalankan. - Bernama

Menonton televisyen di Twitter

Sunday, December 29, 2013 0 Komen

Menonton televisyen di Twitter

Pengguna Twitter kini bukan saja boleh menaik status tetapi boleh melakukan pelbagai jenis aktiviti dan terbaru pengguna Twitter kini boleh menonton televisyen.

Twitter mengumumkan kerjasama dengan stesen penyiaran Comcast dan unit NBCUniversal yang membolehkan pengguna untuk menonton rancangan televisyen secara langsung menerusi laman sosial itu.

Perjanjian itu yang juga diperluaskan kepada syarikat televisyen dan produser video lain, menggunakan kekunci `Lihat ia' di Twitter yang membolehkan penggunanya menonton secara terus ke program televisyen.

Ini memberikan pelanggannya perkhidmatan TV Xfinity dengan keupayaan untuk menukar saluran, set perakam video digital atau menonton program secara langsung menerusi tweet.

BR1M 2014 disalur terus ke akaun bank penerima

Saturday, December 28, 2013 0 Komen

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan disalur terus ke akaun bank penerima.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, ia akan dimasukkan ke  akaun bank penerima bagi mereka yang memberikan maklumat akaun bank dalam borang permohonan.

BR1M 2014 yang memanfaatkan hampir 5.9 juta isi rumah dan dua juta individu bujang akan mula dibayar pada Februari depan

Orang ramai boleh mengemaskini  maklumat akaun bank secara online dengan melayari http://www.hasil.gov.my atau secara manual dengan mengisi borang pendaftaran.

Sebarang soalan juga boleh diajukan kepada pasukan bajet 2014 melalui  03-8882 9089 atau email di bajet2014@treasury.gov.my.

Kenyataan tersebut turut memberitahu, penerima BR1M sedia ada juga tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua.

Penerima boleh membuat pengemaskinian maklumat bagi memasukkan data peribadi terkini merangkumi alamat, ahli keluarga dan maklumat akaun bank.

Bank Rakyat terbit sukuk musyarakah RM500 juta

Friday, December 27, 2013 0 Komen

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) menerbitkan sukuk musyarakah tiga dan lima tahun bernilai RM500 juta menjadikannya terbitan bon Islam kedua bank itu.

Pengarah Urusannya, Datuk Mustafha Abd Razak berkata, terbitan sukuk itu akan mempelbagaikan sumber pembiayaan jangka sederhana dan panjang dan seterusnya dapat memastikan Bank Rakyat mencapai Lembaran Imbangan yang lebih berdaya tahan.

"Dana dari terbitan sukuk ini akan digunakan untuk modal kerja bank dan tujuan am korporat yang lain. Pencapaian Bank Rakyat yang mapan serta profil kewangan yang kukuh adalah daya penarik kepada pelabur untuk terbabit dalam terbitan sukuk ini," katanya.

Terbitan terbaru sukuk bernilai RM500 juta itu juga adalah sebahagian daripada program nota jangka sederhana Islam sehingga RM9 bilion nilai nominal yang dilaksanakan menerusi syarikat tujuan khas (SPV) lantikan Bank Rakyat, Imtiaz Sukuk II Bhd.

RAM Ratings Sdn Bhd memberikan penarafan korporat AA2 untuk terbitan nota jangka sederhana Islam berkenaan dan penarafan baik itu adalah pengiktirafan terhadap pencapaian Bank Rakyat sebagai bank koperatif Islam terbesar di Malaysia, dengan rekod pertumbuhan sihat serta prestasi kewangan yang kukuh.

Sukuk RM500 juta yang diterbitkan menawarkan dua tempoh matang iaitu terbitan sebanyak RM200 juta untuk tiga tahun dengan kadar keuntungan 4.30 peratus dan RM300 juta untuk lima tahun dengan kadar keuntungan 4.45 peratus.

Tahun lalu, terbitan sukuk ulung Bank Rakyat bernilai RM1 bilion terlebih langganan sebanyak 2.05 kali dan menjadi terbitan sukuk yang julung kali dikeluarkan oleh bank koperasi secara bersendirian.

Maybank Investment Bank Berhad dan CIMB Investment Bank Berhad dilantik sebagai perancang dan pengurus utama bersama terbitan sukuk RM500 juta ini.

Bank Rakyat ialah bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dengan aset keseluruhan bernilai RM83.8 bilion pada akhir September 2013. Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.63 bilion.

MTUC saran elaun Cola RM300 sebulan untuk pekerja swasta

Friday, December 27, 2013 0 Komen

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini mencadangkan elaun sara hidup (Cola) RM300 sebulan diberi kepada 10 juta pekerja sektor swasta memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Presiden MTUC, Khalid Atan, memberitahu Bernama adalah penting bagi kerajaan untuk memperkenalkan peraturan tentang Cola itu kepada sektor swasta kerana hampir lima juta pekerja di sektor itu kini memperoleh upah hanya kira-kira RM30 sehari, iaitu setakat melepasi garis kemiskinan RM870 sebulan.

Pada masa ini gaji minimum pekerja di Semenanjung ditetapkan RM900 dan bagi pekerja di Sabah dan Sarawak RM800.

Khalid berkata, MTUC sedang merangka strategi untuk membantu meringankan beban pekerja.

Dalam tempoh sementara ini, beliau mencadangkan agar syarikat membantu menyediakan subsidi makanan dan penginapan untuk pekerja, dan pekerja pula akan membantu syarikat meningkatkan produktiviti, untuk menjadikan situasi menang-menang.

Khalid berkata, MTUC amat bimbang tentang kesan serta-merta peningkatan kos pengangkutan, makanan dan persekolahan terutama bagi kumpulan pekerja berpendapatan rendah.

Beliau memberi jaminan, MTUC sebagai pertubuhan pekerja yang bertanggungjawab, tidak akan melakukan demonstrasi jalanan menuntut hak mereka, tetapi lebih suka kepada rundingan aman. - BERNAMA

Tiada amaran tsunami dikeluarkan agensi Jepun - Jabatan Meteorologi

Friday, December 27, 2013 0 Komen

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) tidak pernah mengeluarkan sebarang amaran akan berlaku tsunami dalam tempoh 36 jam di kawasan Borneo sebagaimana yang tersebar di laman sosial.

Menurut jurucakap Pusat Amaran Awal Tsunami Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia, selain tidak mengeluarkan amaran tsunami, JMA tidak mengesan sebarang gempa bumi yang boleh mencetuskan tsunami.

"Kita telah periksa dengan JMA, mereka tidak ada keluarkan apa-apa amaran sama ada (mengenai) tsunami atau gempa bumi," katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.

Beliau tidak menolak kemungkinan hujan lebat dan angin kencang di Sabah ketika ini mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai yang mengaitkannya dengan kejadian tsunami.

Sementara itu, Pengarah Meteorologi Sabah Abdul Malek Tussin berkata pihaknya juga tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami.

"Saya pun tak faham macam mana cerita begini boleh timbul," katanya.

Khabar angin bahawa tsunami akan berlaku di Borneo dalam tempoh 36 jam tersebar di laman sosial susulan sekeping gambar laut bergelora, kononnya diambil di kawasan perairan Brunei, dimuat naik di laman sosial termasuk Facebook.

Ia mencetuskan panik dalam kalangan penduduk Sabah, yang turut meluahkannya menerusi media sosial.

Burung hering sebesar anjing ditangkap di Muar

Thursday, December 26, 2013 0 Komen

Seorang guru sekolah rendah menerima 'tetamu' tidak diundang iaitu seekor burung hering sebesar anjing dewasa yang 'singgah' di pekarangan rumahnya di Taman Seri Aman Sari, Parit Keroma di sini hari ini.

Remy Azman Abdul Rashid, 40, berkata, pada mulanya burung pemakan bangkai itu berada di luar pagar rumah kira-kira pukul 1.15 petang dan kelihatan kurang sihat kerana tidak banyak bergerak.

Tidak lama kemudian, burung berkenaan secara tiba-tiba terbang dan singgah di pekarangan rumahnya.

"Saya bercadang menangkapnya tetapi kerana bimbangkan sifat burung ini yang boleh menyerang dan menjadi agresif, saya membatalkan hasrat itu.

"Bimbangkan keselamatan isteri dan tiga orang anak di rumah, saya menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Muar untuk meminta bantuan," katanya yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Raya, Bukit Pasir dekat sini.

Beliau yang pertama kali melihat burung berkenaan di taman tersebut mengesyaki unggas itu datang dari kawasan belukar berdekatan.

Sementara itu, Ketua Operasi JPAM Muar, Mohd. Fadli Mohd. Juki berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap burung itu yang bertenggek di sebatang pokok di belakang rumah berkenaan.

Katanya, empat anggota JPAM terpaksa mengepung burung itu sebelum menjerut kakinya sehingga jatuh.

"Kita terpaksa menyerkup burung ini dengan kain kerana sangkar yang dibawa tidak muat.

"Pemeriksaan mendapati burung ini cedera di bahagian sayap kiri, kemungkinan terlanggar objek tajam atau keras dan bergaduh dengan burung yang lain," katanya

Artis dikir barat Kelantan buat persembahan amal kutip derma bantu mangsa banjir

Wednesday, December 25, 2013 0 Komen

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), mengambil inisiatif mengadakan kutipan derma bagi membantu mangsa banjir dengan mengadakan dikir amal yang disertai oleh artis dikir barat tempatan.

Kelab Rakan Pendengar (KRP) dengan kerjasama syarikat Md Life mengadakan dikir amal dengan tujuan mengutip derma untuk mangsa banjir di Kelantan, Pahang dan Terengganu.

Menurut penganjur program,  Rozi Abdul Rahim antara artis dikir barat Kelantan yang mengambil bahagian terdiri dari Fendi Kenali, Aris Kapila, Jali Salam Pantai Timur dan lain-lain lagi.

Katanya dikir amal yang berlangsung malam tadi diadakan atas inisiatif golongan artis tempatan ini bagi meringankan beban mangsa banjir.

"Di atas rasa kasihan kepada mangsa banjir yang dilanda banjir pada awal bulan 12 baru ini yang melanda Pantai Timjur, yang teruknya di Pahang dan Terengganu jadi kami ambil inisiatif mengutip derma dan sumbangan dari penonton penonton untuk diserahkan kepada media dan disumbangkan kepada mangsa banjir," katanya.

Hasil kutipan sumbangan orang ramai ini diserahkan kepada wakil Astro AWANI Kelantan, Muhafandi Muhamad oleh penasihat KRP, Datuk Seri Mohd Shariff Md Ghazali.

Kelab KRP ini akan meneruskan khidmat sosialnya dalam usaha membantu golongan memerlukan melalui persembahan dan kerja amal pada masa akan datang.

Lirik Lagu Sedih Air Mato - Man Khan

Wednesday, December 25, 2013 0 Komen

Lirik Lagu Sedih Air Mato - Man Khan

Teringat kesoh maso kecik dulu
Aku dibesar dale belayei ibu
Ayohku soba pehro anok ramai
Cari rezeki tokse beri aku lapar

Tidor atas lantai lembek takdok bide
Sejuknyo male angin pantai sampai tule
Kaih make pagi bawok sapa male
Nasi sepinge suap mulut sore-sore

Buko kedai make atas tanoh ore
Dinding kayu repuk atap pulok banyok lubey
Kalu huje ribuk menitik kedale
Basoh doh berjeruk ibu ayohku sayei

Ibu ayoh dihino warih dan sedaro
Buke kato nok tulong bantu sikit sore
Soba ayohku soba tokleh kato apo
Hanyo kuaso tuhe buleh uboh nasib kito

Kepado adik-adik ayoh doh berpese
Peel bior baik jange lupo pelajare
Sebelum susah sakit
Carilah bekale untuk pedome di hari kemudian

Ibu aku kasih ayoh aku sayei
Noh baye tokleh dale lagu aku kare
Jangelah bersedih terimo surate
Sudoh tertulih ado khidmah di hari depe

Teringat kesoh maso kecik dulu
Aku dibesar dale belaian ibu
Ayoh ku soba pero anok ramai
Cari rezeki tokse beri aku lapar

Lirik Lagu Sekolah - Tegar

Wednesday, December 25, 2013 0 Komen

Lirik Lagu Sekolah - Tegar

Pagi ini aku sudah terbang dari tidur
Kerna aku ingat hari ini aku bersekolah
Cepat-cepat ku updatekan alat untuk belajarku
Kerna aku takut terlambat sekolah

Dan aku pun siap berangkat
Berangkat sekolah dengan penuh ceria
Dan aku pun siap berangkat sekolah….

Yuk ayuk sekolah
Sekolah tempat menuntut ilmu
Jadilah berilmu
Pastikan berguna 2x

Sekarang berlajar
Buat besok kita jadi pintar
Jadilah berilmu
Pastikan berguna 2x
Untuk masa depan lebih ceria..

Yuk ayuk sekolah
Sekolah tempat menuntut ilmu

Yuk ayuk sekolah
Sekolah tempat menuntut ilmu
Jadilah berilmu
Pastikan berguna 2x

Sekarang berlajar
Buat besok kita jadi pintar
Jadilah berilmu
Pastikan berguna 2x

Sekarang berlajar
Buat besok kita jadi pintar
Jadilah berilmu
Pastikan berguna 2x
Untuk masa depan lebih ceria..

Fenomena Ikan Melompat Di Lahad Datu

Wednesday, December 25, 2013 0 Komen

Fenomena Ikan Melompat Di Lahad Datu

Beribu-ribu ikan yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan.

Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Menurut pembaca Sinar Harian Online, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan.

"..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan-ikan meloncat naik ke darat.

"Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut.

"Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Sinar Harian Online mendapati video mengenai peristiwa itu yang berdurasi dua minit tiga puluh lima saat telah dimuatnaikkan di laman Youtube.

Sebelum ini, kejadian tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlaku bencana alam tersebut.

MRSM sedia 2,415 tempat bagi lulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013

Tuesday, December 24, 2013 0 Komen

MARA menyediakan 2,415 tempat bagi lulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 memasuki Tingkatan Empat di 46 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) seluruh negara, tahun depan.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan MARA, keutamaan diberikan kepada calon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memperoleh keputusan cemerlang PMR 2013.

"Calon juga perlu memenuhi syarat kelayakan ditetapkan iaitu 6A 2B bagi Semenanjung serta 5A 3B untuk Sabah dan Sarawak dengan A dalam Matematik dan Sains. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan saja akan dipertimbangkan.

Semak keputusan

Menurut kenyataan itu, permohonan bagi calon Semenanjung sudah ditutup, manakala tarikh akhir bagi permohonan secara online bagi calon di Sabah dan Sarawak ialah pada 6 Januari 2014 dan penghantaran cetakan borang dan dokumen pula pada 10 Januari 2014.

Borang dan dokumen lengkap yang dicetak perlu dihantar ke alamat, Permohonan Ke Tingkatan 4, Pengarah, Bahagian Pendidikan Menengah, Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 21 Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur.

Calon yang memohon boleh menyemak keputusan permohonan masing-masing menerusi laman web www.mara.gov.my pada 21 Januari 2014.

Aplikasi e-rayuan

Semakan boleh dibuat dengan memasukkan nombor kad pengenalan masing-masing dan calon yang berjaya dijangka mendaftarkan diri di MRSM ditetapkan pada 10 Februari 2014.

Bagi calon gagal mendapat tempat pada pengambilan pertama, mereka boleh mengemukakan rayuan menerusi aplikasi e-rayuan untuk dipertimbangkan sekiranya terdapat kekosongan selepas pendaftaran.

Semua MRSM yang menerima kemasukan Tingkatan Empat kecuali MRSM Pasir Tumboh dan MRSM Gerik menawarkan jurusan sains tulen sebagai jurusan utama.

W.A.R.I.S ft Dato Hattan -Gadis Jolobu (Lirik + Video)

Tuesday, December 24, 2013 0 Komen

Lirik Gadis Jolobu - Waris ft Hattan

Chorus

(Dato Hattan)

Ko jolobak ko jolbu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memanadai mandai

(Waris)

Coghito eh bermulo,mulut ughang kampong
Kisah ramai gadis cantik kek jolobu berkampung
Ughang luar datang luar nak cari'an joki
Lain pulak jadi eh terpikek nak buek bini
Tapi silap,kono komat sampai tinggalkan keluargo
Kopit bawah kotiak bini tanggungjawab lupo
Omak ayah rindu tapi dio buek bodoh
Dah takdo monyosa monangih dopan kubur aiii

Chorus

(Dato Hattan)

Ko jolobak ko jolbu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai mandai


(Waris)

Ughang luar salah tafsir koba gadih kito bahayo
Lopeh coghai semuo ghoto jadi milik dio
Jangan salah anggap,napo lobihkan pompuan
Sobab laki boleh hidup kalau campak dlm hutan
Zaman dah boghubah, adat di tolan zaman
Dah takdo mewaghisi coghito bertauladan
Apotah laie, mengaku ughang nogori
Bilo tanyo suku mano nak jawab pun tak ghoti

Poie tanyo omak,poie tanyo uwan
Kok takdo kosompatan buleh tanyo kawan kawan
Aktiviti bergurindam tolah lonyap dilupokan
"sebagai suatu warisan"

Chorus

(Dato Hattan)

Ko jolobak ko jolbu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai mandai

(Dato Hattan)
Wak wak makan padi si lomang dalam buluh
(Waris)
Kok dah dapek yg dicari jgn terlansung semayang subuh
(Dato Hattan)
Ayam berkokok umah ponghulu itu tando haghi nak siang
(Waris)
Kok dah dapek oghang jolobu tak sabar nunggu malam ko siang

(Waris)
Ughang luar salah tafsir koba gadih kito bahayo
Lopeh coghai semuo ghoto jadi milik dio
Jangan salah anggap,napo lobihkan pompuan
Sobab laki boleh hidup kalau campak dlm hutan
Zaman dah boghubah, adat di tolan zaman
Dah takdo mewaghisi coghito bertauladan
Apotah laie, mengaku ughang nogori
Bilo tanyo suku mano nak jawab pun tak ghoti

Poie tanyo omak,poie tanyo uwan
Kok takdo kosompatan buleh tanyo kawan kawan
Aktiviti bergurindam tolah lonyap dilupokan
"sebagai suatu warisan"

Chorus

(Dato Hattan)

Ko jolobak ko jolbu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai mandai

Gadis Jolobu
Produced by DJ Fuzz
Lyrics by Waris & Dato Hattan

Agihan pendapatan ASB 7.70 sen seunit

Friday, December 20, 2013 0 Komen

Agihan pendapatan ASB 7.70 sen seunit

Permodalan Nasional Berhad (PNB) menerusi Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.70 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.

Pengerusinya Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM9.38 bilion, manakala bayaran bonus sebanyak RM706.88 juta.

Katanya, pembayaran itu juga akan memberi manfaat kepada 8.26 juta pemegang unit yang melanggan sebanyak 127.2 bilion unit ASB.

"Jumlah pendapatan kasar ASB pada 31 Disember 2013, adalah dijangkakan sebanyak RM9.92 bilion iaitu peningkatan sebanyak 15.1 peratus berbanding pendapatan kasar sebanyak RM8.62 bilion yang diperoleh pada tahun lalu.

"Pendapatan dividen daripada syarikat pelabur pula menyumbang sebanyak RM4.41 bilion atau 44.5 peratus daripada pendapatan kasar dan keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM4 bilion atau 40.3 peratus, manakala baki 15.2 peratus atau RM1.51 bilion adalah daripada pendapatan lain," katanya pada sidang media di majlis pengumuman pendapatan ASB, di sini, semalam.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, walaupun pengagihan dividen kali ini rendah sedikit berbanding tahun lalu, kadar itu kekal kompetitif di tengah ketidaktentuan ekonomi global.

Menurutnya, kadar dividen itu juga bukanlah terendah yang pernah diagihkan oleh PNB sebelum ini kerana pada 2009, pengagihan dividen termasuk bonus ialah 8.6 sen seunit.

"Sebenarnya PNB mampu membayar dividen sebanyak 10.54 sen seunit untuk tahun ini, tetapi kita bawa ke hadapan 2.71 sen seunit bagi membantu portfolio dana ini untuk lebih berdaya mampan di masa hadapan," katanya.


KDN perkenal akta baharu perangi fitnah internet

Friday, December 20, 2013 0 Komen

KDN perkenal akta baharu perangi fitnah internet

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membentangkan rang undang-undang baharu bagi memerangi perbuatan fitnah serta penghinaan ke atas Islam dan institusi diraja khususnya dalam internet.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pengenalan kepada rang undang-undang baharu itu adalah perlu, sejajar dengan pendirian kerajaan untuk tidak mengharamkan media berkenaan.

Menurutnya, KDN menyedari berlaku banyak salah guna di media alternatif terutama melibatkan aspek fitnah, justeru masalah tersebut perlu ditangani dengan undang-undang baharu.

"Saya harap bila rang undang-undang ini dikemukakan, semua dapat menyokong," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2013 (SOSMA) dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Pindaan terhadap akta tersebut kemudian diluluskan sebulat suara oleh Dewan Negara.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, pindaan terhadap Seksyen 6 Akta SOSMA yang melibatkan kebenaran untuk pihak berkuasa melakukan pintasan komunikasi tidak bertujuan politik tetapi demi keselamatan negara.

Tegasnya, tidak timbul soal mengenai kebimbangan pintasan komunikasi demi tujuan politik kerana kebenaran tersebut memerlukan kelulusan daripada Timbalan Pendakwa Raya dan bukannya pegawai polis.

Tambahnya, sebaik bukti menerusi pintasan komunikasi diperoleh, Timbalan Pendakwa Raya akan memadam perkara berkait politik serta peribadi dan hanya menumpukan kepada bukti jenayah.

"Melalui langkah ini, kita meyakini bahawa setiap pintasan komunikasi hanya akan dibuat atas faktor keselamatan dan bukan bertujuan politik kerana Timbalan Pendakwa Raya adalah bebas politik," jelasnya.

Kekasih siber ugut siar gambar bogel

Wednesday, December 18, 2013 1 Komen

Kekasih siber ugut siar gambar bogel

Seorang lelaki dihantui kebimbangan selepas diugut 'kekasih siber' yang mahu menyiarkan gambar bogelnya jika enggan membayar RM5,000 sebagai ganjaran untuk menutup aib Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, mangsa yang berusia 20 tahun dikatakan berkenalan dan bersembang dengan seorang gadis kacukan menerusi laman sosial kira-kira dua minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Wan Samsudin Wan Osman berkata, siasatan awal mendapati gadis itu meminta mangsa memuat turun sebuah aplikasi laman sosial dan mangsa mengikut arahan gadis berkenaan.

Menurutnya, selepas lima minit memuat turun aplikasi berkenaan, mangsa terkejut apabila menerima panggilan video memaparkan gadis berkenaan berbogel.

Katanya, gadis berkenaan kemudian meminta mangsa melakukan perkara sama iaitu berbogel serta memberi nama penuh dan mangsa mengikut semua arahan itu.

"Namun, setengah jam kemudian mangsa menerima pesanan daripada gadis terbabit melalui laman sosial itu dan memintanya melayari satu lagi laman sosial.

"Sebaik mengikut arahan itu, mangsa terkejut mendapati gambar bogelnya tersebar sebelum suspek memintanya membayar RM5,000," katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek turut mengugut akan memuat naik gambar bogel berkenaan ke Internet sekiranya mangsa gagal membuat bayaran dalam tempoh diberikan.

Katanya, pada masa sama, gadis terbabit meminta mangsa menghantar wang berkenaan menerusi penghantaran ekspres kepada seorang wanita dipercayai warga Filipina.

Bimbang keadaan menjadi lebih buruk, mangsa membuat laporan di Balai Polis Raub, jam 8 malam kelmarin.

"Polis masih menjalankan siasatan selain akan mengesan dalang sebenar dan meminta orang ramai berhati-hati ketika berkenalan di laman sosial bagi mengelak kejadian tidak diingini, " katanya.


Permohonan BR1M 2014 dibuka dari 23 Dis hingga 31 Jan

Wednesday, December 18, 2013 0 Komen

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Jan depan, menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan di sini Selasa.

Menurut kenyataan itu penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

"Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut," kata kenyataan itu.

Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.

Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Dis ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Ketika pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.

Selain itu caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650.

Lelaki perlu bataskan hubungan dengan pekerja wanita

Monday, December 16, 2013 0 Komen

Batas hubungan elak terjebak

Lelaki berkeluarga dinasihatkan supaya membataskan hubungan dengan pekerja wanita di bawah seliaan mereka untuk mengelak terjebak dengan cinta terlarang yang seterusnya boleh menyebabkan berlaku zina.

Bekas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Keluarga Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) Zawiyah Hassan berkata, hubungan kerjaya antara bos lelaki dan pekerja wanita mempunyai potensi untuk terjerumus ke lembah maksiat jika tidak mempunyai batasan sewajarnya.

"Walaupun ia bukan perkara baru, kita tidak mahu masyarakat terus hanyut dalam kemaksiatan kerana kebanyakan pekerja wanita warga asing datang ke negara ini tujuan utamanya untuk mencari rezeki.

"Sebagai ketua atau majikan, terutama beragama Islam, mereka sepatutnya bertindak sebagai pelindung dan tidak mengambil kesempatan ke atas pekerja asing dengan menjadikan segelintirnya pemuas nafsu, perempuan simpanan atau teman sosial.

"Tindakan ini menunjukkan lelaki berkenaan gagal mengawal nafsu disebabkan nipisnya iman dan dibimbangi membawa penyakit sosial.

"Ingatlah, Allah SWT akan membalasnya dengan memberi pelbagai dugaan di dunia lagi," katanya ketika dihubungi Metro Ahad.

Beliau yang kini penceramah bebas berkata, tindakan pekerja kilang wanita warga asing mengambil kesempatan menggoda bos sebagai cara mencari wang lebih mungkin disebabkan mereka lemah iman dan berpendirian akan bertaubat apabila pulang ke negara asal.

Katanya, soal `buat dulu kemudian bertaubat' sepatutnya tidak menjadi amalan kerana dosa melakukan zina sangat besar dan pembalasan Allah di dunia dan akhirat sungguh berat.

"Seronok tu sekejap saja... akhirnya wang habis dikikis dan menjerat leher sendiri. Apabila rumah tangga porak-peranda dan anak isteri lari serta kes penceraian meningkat, ia sepatutnya menjadi pengajaran kepada semua.

"Ingat, Allah boleh menarik rezeki bilabila masa jika suami yang menjadi tonggak keluarga hilang arah. Perkukuh keimanan dan ekonomi keluarga dan jangan sibuk memenuhi tuntutan nafsu serakah jika mahu hidup sejahtera di dunia dan akhirat," katanya.

Lirik Impian Terindah - Najwa Mahiaddin

Monday, December 16, 2013 0 Komen

Lirik Impian Terindah - Najwa Mahiaddin

Terjaga dari mimpiku
Bayanganmu seakan di sisiku
Mungkinkah ku masih dalam khayalan
Bisakah jadi kenyataan

Tahukah kau ku di sini
Menyimpan segala rasa di hati
Mungkinkah kau akan mengerti
Andai ku luahkan semuanya

Korus
Kau impian terindah
Ingin ku jadikan ia nyata ohhh..

Dan kau ilhamkan cinta
Di dalam hatiku
Hanyalah dirimu

Tahukah kau ku di sini
Menyimpan segala rasa di hati
Mungkinkah kau akan mengerti
Andai ku luahkan semuanya

Kau impian terindah
Ingin ku jadikan ia nyata
Dan kau ilhamkan cinta
Di dalam hatiku
Hanyalah dirimu

Telah ku katakan semua
Ku serahkan kepadaNya

Ulang korus

Hoki Remaja: Malaysia raih tempat keempat Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2013

Monday, December 16, 2013 0 Komen

Skuad hoki remaja negara menamatkan saingan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2013 di tempat keempat apabila tewas 2-7 kepada Belanda dalam perlawanan penentuan tempat ketiga di Stadium Nasional Major Dhyan Chand, New Delhi, India hari ini.

Prestasi skuad bimbingan Muhammad Dharma Raj Abdullah itu melepasi sasaran Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) yang menyasarkan kedudukan keenam terbaik pada kejohanan berkenaan.

Kejayaan itu menyamai pencapaian Malaysia dalam kejohanan sama pada 1979, 1982 dan 1985.

Pasukan Belanda, naib juara Piala Dunia Remaja 2009, memperoleh gol mereka menerusi Roel Bovendeert seawal minit ketiga, Thierry Brinkman (minit 6, 28), Tom Hiebendaal (18, 37), Milan Van Baal (23) dan Jelle Galema (52).

Dua gol Malaysia diperoleh melalui Zulhairi Hashim yang menyempurnakan pukulan  sudut penalti pada minit ketujuh dan minit ke-60. - Bernama

Datuk Lee Chong Wei juara Kejohanan Badminton Siri Super Master Akhir 2013

Monday, December 16, 2013 0 Komen

Datuk Lee Chong Wei membuktikan bahawa beliau masih sukar digugat apabila berjaya merangkul kejuaraan buat kali keempat pada Kejohanan Badminton Siri Super Master Akhir 2013, hari ini.

Kejayaan itu hadir selepas Chong Wei yang juga pemain nombor satu dunia hanya mengambil masa 32 minit untuk menewaskan pemain Indonesia, Tommy Sugarto 21-10 dan 21-12 di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras.

Sebelum ini, Chong Wei menjuarai Siri Super Akhir sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2008, 2009 dan 2010.

Kemenangan ini juga adalah kejuaraan ketujuh buat Chong Wei pada tahun ini selepas menjuarai Terbuka Korea, Terbuka Malaysia, Terbuka India, Terbuka Indonesia, Terbuka Jepun dan Terbuka Hong Kong.

Skandal Adi Putra: Adi belum selamat!

Sunday, December 15, 2013 0 Komen

Skandal Adi Putra: Adi belum selamat!

“Kalau dia (Adi Putra) terima ajakan saya untuk berjumpa pada awal lagi, mungkin perkara ini tidak berlanjutan seperti sekarang.

“Jangan fikir kami akan berdiam diri dan diingatkan, keputusan itu belum selamat buatnya,” kata suami kepada skandal bintang KL Gangster, Aminuddin Othman.

Menurut suami kepada Nooraida Abd Mutalib ini, sejak mendapat tahu isterinya mempunyai hubungan terlarang bersama pelakon kacak itu, dia cuba mendapatkan kerjasama Adi untuk berbincang mengenai perkara itu.

“Saya dapat tahu perkara ini ketika bulan Ramadan lalu pada waktu bersahur di mana isteri saya menggunakan gambar Adi sebagai gambar profil hiasan skrin telefonnya.

“Apabila saya bertanya mengenai perkara itu, isteri saya terus menunjukkan gambar pelakon itu yang sangat peribadi. Saya terkesima!

“Saya menghubungi Adi untuk berjumpa dan dia bersetuju pada awalnya. Bila dia tak datang, saya hubungi lagi dan isterinya, Aida Yusof, yang menjawab panggilan. Namun, saya tak memberitahu Aida perkara sebenar, tapi hanya memperkenalkan diri sebagai ‘kawan lama Adi’,” katanya yang tidak pernah berpeluang berjumpa pelakon itu.

Tambah ahli perniagaan yang berusia 50 tahun itu, dia turut menghubungi Presiden Seniman, Zed Zaidi untuk menyusun pertemuan bersama Adi.

“Banyak peluang saya beri kepadanya, namun dia tidak berminat. Pada Hari Raya Aidilfitri ketiga, saya ke ibu kota dan memberitahu untuk berjumpa, namun gagal hadir.

“Seboleh-bolehnya, saya tak mahu perkara ini sampai ke pengetahuan orang luar, sebab itulah saya nak bersemuka dengan dia sahaja, tanpa ditemani sesiapa. Kalau dia datang dan mohon maaf, saya akan maafkan dia.

“Namun, dua minggu yang saya berikan itu hanya sia-sia. Jadi, sebab itulah saya tampil membuat laporan polis,” katanya pada sesi sidang media khas yang diadakan pada Jumaat lalu di Hotel Concorde Kuala Lumpur.

Selain isterinya, Aminuddin juga turut ditemani peguamnya, Mohamad Hasif Hassan dan rakannya, Kassim Osman.

Pada September lalu, Adi atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang.

Adi dikatakan saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita itu walaupun baru seminggu berkenalan.

Pegawai penyiasat tidak telus?

Walaupun kes tersebut telah digugurkan dan diklasifikasikan sebagai, No Further Action (NFA) atau tiada tindakan lanjut, namun pasangan suami isteri ini mahu membuka kembali kes pendakwaan terhadap pelakon Sehangat Asmara ini.

Menurut Aminuddin, dia dan isteri kecewa dengan keputusan yang diterima dan dipercayai tidak telus dan siasatan.

Malah, Aminuddin dan isterinya turut membuat dua laporan polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman terhadap pegawai penyiasat kes tersebut, yang dikatakan gagal menyelesaikan kes itu dengan cara yang profesional.

“Saya yakin, penyiasat yang dilakukan tidak telus dan tak profesional. Malah, ketika isteri saya dipanggil memberi keterangan, pegawai itu turut menyarankan kami agar menarik balik laporan polis.

“Selain itu, dia juga turut menjangkakan dari awal lagi bahawa kes ini akan gugur (NFA). Malah, dia juga turut bergambar dengan pelakon itu dalam keadaan yang cukup mesra seakan peminat.

“Dua hari selepas kami menerima keputusan NFA, pegawai itu memberitahu sebab kes tersebut telah digugurkan kepada isterisaya. Katanya, suka sama suka. Alasan dia sangat tidak munasabah dan dilihat berat sebelah,” katanya yang berharap agar pegawai itu disiasat di bahagian tatatertib.

Dalam pada itu, peguamnya, Muhamad Hasif berkata, pihaknya akan mengemukakan surat kepada Jabatan Peguam Negara Malaysia untuk meneliti pertuduhan yang lebih relevan daripada Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana melakukan gangguan seksual kepada Seksyen 498 Kanun Keseksaan, memikat wanita yang sudah bersuami.

Mahukan keadilan

Ditanya mengenai tindakannya yang sengaja ingin memanjangkan kes, Aminuddin memberitahu, dia hanya inginkan keadilan dan ketelusan dalam siasatan.

Katanya, walaupun perkara ini dilihat memberi impak kepada kedua-dua belah pihak, namun dia bertegas untuk meneruskan perkara ini sehingga mendapat keputusan yang adil dan saksama.

“Saya tahu, dalam kes ini isteri saya juga bersalah dan ada di kalangan rakan-rakan yang mempertikaikan tindakan saya dalam membantu isteri menyelesaikan kes ini.

“Namun, saya anggap ia hanyalah dugaan berumah tangga dan setiap orang pasti melakukan kesilapan. Saya ingin memberinya peluang kedua.

“Lagipun, merujuk kepada rentetan perbualan di laman aplikasi, WhatsApp, pelakon itu yang memulakan dahulu. Dah terang-terangan dia yang bersalah dalam hal ini,” katanya yang kecewa dengan sikap Adi yang tidak menghormati ibadah umrah pada Ramadan lalu. ~ SH

Info ringkas sukan Sofbol (bola lisut)

Sunday, December 15, 2013 0 Komen

Info ringkas sukan Sofbol (bola lisut)

* Sofbol atau bola lisut ialah sejenis sukan berbola dan berpemukul yang berkembang daripada sukan sejenis besbol

* Permainan ini diperkenalkan oleh pemberita bernama George W Hancock pada 1887 di Chicago, Amerika Syarikat

* Dalam sofbol, bola dilempar seorang pelempar bola (pitcher) dan menjadi sasaran pemain lawan yang memukul (batter) menggunakan pemukul dikenali sebagai bat

* Satu kumpulan berjaga di padang iaitu pertahanan dan satu kumpulan lagi bertindak sebagai pemukul penyerang)

* Setiap pasukan berlumba mengumpulkan markah larian (run) dengan cara mengelilingi petak berbentuk potongan wajik (base)

* Mereka akan berlari hingga menyentuh base terakhir dikenali sebagai home plate

Tip panduan pengubahsuaian rumah

Sunday, December 15, 2013 0 Komen

Panduan pengubahsuaian rumah

Memang menjadi kebiasaan rakyat Malaysia membuat pengubahsuaian dan penambahan terhadap rumah mereka. Sering kali berlaku pengguna menghadapi masalah apabila kontraktor yang sepatutnya menjalankan kerja-kerja tersebut, tidak melakukannya dengan baik atau ada kalanya meninggalkan kerja-kerja tersebut terbengkalai begitu sahaja.

Sebelum membuat kerja-kerja pengubahsuaian, anda hendaklah memutuskan kerja-kerja yang anda ingin lakukan. Secara tepatnya, sebelum anda melantik kontraktor untuk membuat kerja-kerja pengubahsuaian, anda perlu memutuskan jenis pengubahsuaian yang dilakukan, seperti mengubah suai dapur, bilik mandi atau hiasan dalaman.

Justeru, berikut adalah beberapa panduan, apabila ingin membuat kerja pengubahsuaian, bagi melindungi kepentingan anda sebagai pengguna.

- Dapatkan kurangnya tiga sebut harga kontraktor.

- Pastikan kontraktor itu mempunyai lesen yang sah. Anda boleh menyemak dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

- Elakkan daripada berurusan dengan kontraktor yang datang ke rumah anda, menawarkan sebut harga yang rendah.

- Sediakan dokumen kontrak secara bertulis. Dokumen kontrak hendaklah menyatakan jenis kerja-kerja perlu dilakukan, bahan-bahan yang akan digunakan, jumlah kos projek dan mula dan tarikh siap.

- Pastikan anda mendapat resit apabila membuat pembayaran. Anda boleh membayar secara tunai, tetapi bayaran dengan cek adalah yang terbaik dan melindungi anda jika ada masalah atau jika jaminan atau jaminan yang terlibat.

- Jika anda perlu membayar deposit, ia hendaklah tidak melebihi 10% daripada harga projek.

Kitar semula di rumah

Friday, December 13, 2013 0 Komen

Kitar semula di rumah

Kitar semula adalah memproses semula bahan-bahan yang telah digunakan kepada bahan-bahan yang baru. Kitar semula boleh mengurangkan pengeluaran (tenaga dan bahan-bahan asli) dan mengurangkan kuantiti bahan-bahan yang dibazirkan daripada pembuangan. Ini dapat menjimatkan penggunaan tanah dan sumber-sumber semula jadi. Walau di mana sahaja anda tinggal atau pergi, sentiasa kenal pastikan lokasi-lokasi pusat kitar semula yang berdekatan. Oleh yang demikian, amalan kitar semula akan menjadi sebahagian daripada aktiviti harian anda.

Rumah merupakan tempat yang terbaik untuk memulakan aktiviti kitar semula. Kitar semula di rumah adalah sangat penting dan paling mudah dipraktiskan.

Terdapat beberapa langkah yang boleh diamalkan untuk memastikan program kitar semula di rumah dilaksanakan serta menjadi sebahagian daripada aktiviti harian seperti:

- Hubungi pusat kitar semula di tempat anda untuk memastikan jenis-jenis bahan yang boleh dikitar semula dan anda juga boleh bertanya jika mereka ada menyediakan tong-tong kitar semula.

- Letakkan tong-tong atau bakul-bakul yang berbeza untuk mengasingkan bahan-bahan yang hendak dibuang di tempattempat yang strategik seperti di dapur, ruang legar atau ruang tamu, bilik bawah tanah dan garaj.

- Asingkan bahan-bahan yang hendak dibuang mengikut kategori yang telah ditetapkan dan pastikan bahan-bahan yang hendak dibuang dibersihkan terlebih dahulu.

- Labelkan tong-tong atau bakulbakul kitar semula mengikut kategori bahan yang hendak dibuang (contohi: tong coklat untuk kaca, tong oren untuk aluminum dan plastik dan tong biru untuk kertas).

- Gunakan semula barang-barang lama, contohnya:

- Guna semula kalendar dan gambar-gambar lama untuk membuat sampul surat

- Tayar lama boleh digunakan sebagai tempat untuk menanam tumbuhan (pastikan air tidak bertakung dan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes)

- Gunakan semula kotak atau riben dan pembalut hadiah yang masih dalam keadaan baik untuk membalut buku atau hadiah.

- Gunakan bekas ais krim untuk menyimpan bahanbahan makanan di dalam peti ais, menyimpan biskut atau tepung. Bekas ais krim juga boleh digunakan untuk menyimpan krayon dan barang-barang mainan.

- Botol plastik dan tin boleh diubah suai menjadi tempat meletak pensil atau untuk aktiviti kraftangan.

- Perabot-perabot dan pakaian-pakaian lama boleh disumbangkan kepada badan-badan kebajikan yang memerlukannya.

- Buku-buku dan majalah-majalah lama boleh disumbangkan kepada sekolah-sekolah, perpustakaan atau di hantar ke pusat kitar semula.

- Jadikan aktiviti kitar semula sebagai aktiviti sekeluarga. Wujudkan sesi latihan untuk setiap ahli keluarga dan tentukan siapa yang bertanggungjawab untuk kerja-kerja kitar semula.

Terdapat banyak kaedah inovatif yang boleh dilakukan untuk mengurangkan pembuangan sampah atau menjadikan kitar semula sebagai salah satu amalan hidup. Yang penting adalah kesungguhan dalam mempraktiskannya.

- Buletin Pengguna

Penyanyi Amerika, Jennifer Grout hampir menang Arabs Got Talent

Friday, December 13, 2013 0 Komen

Penyanyi Amerika hampir menang Arabs Got Talent

Sabtu lalu, penyanyi Amerika, Jennifer Grout, berjaya menempatkan diri sebagai finalis rancangan popular, Arabs Got Talent, di Beirut, Lubnan, namun gagal membawa pulang trofi.

Grout, 23, tiba-tiba menjadi bualan selepas dia menyanyikan lagu klasik Arab, genre yang semakin berkarat dalam kalangan generasi muda di Asia Barat. Wanita muda ini boleh bertutur Bahasa Arab walaupun tidak fasih.

New York Times melaporkan, finalis lain termasuk pelukis Palestin, Mohamed al-Deiri, yang menggunakan obor gas untuk membakar potret Yasser Arafat di atas kanvas besar dan kumpulan tarian Syria, Sima, yang muncul sebagai juara. Kumpulan dianggotai 16 penari itu mempersembahkan tarian yang dikaitkan dengan peperangan saudara di negara mereka.

Nyanyi lagu klasik Arab

Pada pertandingan itu, Grout menyampaikan lagu Wahashtini (Aku Merinduimu), sebuah irama klasik daripada penyanyi Lubnan- Mesir, Souad Mohamed.

Rancangan berkenaan biasanya menampilkan hanya peserta berbangsa Arab. Penganjur membuat pengecualian ke atas Grout yang berasal dari Cambridge, Massachusetts, selepas dia memikat hati mereka dengan mendendangkan lagu Arab yang memang sukar untuk disampaikan, walaupun oleh penyanyi daripada bangsa itu sendiri.

Dia menyertai 12 finalis lain dalam rancangan itu termasuk pemain dram Lubnan, seorang pengimbang Maghribi dan beberapa pelawak Kuwait.

Grout ialah penyanyi klasikal terlatih dan mula mempelajari muzik klasik Arab secara atas talian ketika bergelar penuntut di Universiti McGill di Montreal. Dia kini menetap di Marrakesh, Maghribi, tempat dia belajar dan mempersembahkan muzik tradisi Berber.

Baki minimum Akaun Simpanan-i Wadiah Bank Islam RM10

Thursday, December 12, 2013 0 Komen

Berkuat kuasa pada 15 Julai 2013, Bank Islam menetapkan pengekalan baki minimum bagi akaun simpanan atau semasa adalah sebanyak RM50. Ini berbeza dengan bank tempatan lain yang hanya menetapkan baki minimum RM10. Tahukah Bank Islam, bahawa nilai RM50 itu besar bagi kehidupan rakyat biasa. Dengan RM50 itu, bermacammacam boleh dilakukan untuk perbelanjaan harian. Apakah rasionalnya Bank Islam menetapkan kadar baki minimum bagi akaun simpanan. Kami seolah-olah tiada pilihan dengan majikan yang menetapkan gaji dimasukkan ke dalam Bank Islam. Jika ada pilihan, saya akan minta majikan tukar ke bank lain.

Mengenai notis makluman juga tidak mencukupi, hanya ada notis kecil di laman web dan notis yang ditampal di meja khidmat pelanggan di cawangan. Apa pandangan Bank Negara mengenai perkara ini. Kami sebagai rakyat rasa tertindas dengan polisi seperti ini.

------------

Mengambil kira reaksi pelanggan terhadap peningkatan baki minimum, pihak bank mengambil langkah mengurangkan baki minimum bagi Akaun Simpanani Wadiah kepada RM10. Perubahan ini mula berkuat kuasa pada 19 Julai lalu. Kami di Bank Islam mengucapkan terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap kualiti perkhidmatan kami. Kami menghargai usaha tuan memanjangkan aduan ini sebagai langkah meningkatkan kualiti perkhidmatan kami dan berharap ia tidak menghalang tuan untuk terus bermuamalah dengan Bank Islam.

BANK ISLAM MALAYSIA BHD



Mat Sabu sifatkan tuduhan Syiah satu fitnah

Thursday, December 12, 2013 0 Komen

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyifatkan dakwaan kononnya beliau seorang pengikut fahaman Syiah sebagai satu tuduhan bersifat fitnah.

Katanya, kenyataan oleh Ketua Setiausaha  Kementerian Dalam Negeri Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi pada sidang media petang tadi adalah lanjutan daripada kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

"Saya telah menghubungi peguam untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap fitnah Naib Presiden UMNO dan KSU Kementerian Dalam Negeri terhadap saya," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam ini dari Langkawi.

Mohamad sebelum itu dalam kenyataan ringkas melalui SMS menafikan beliau pengikut fahaman Syiah.

Beliau mengaku kagum dengan kepimpinan pemimpin Revolusi Iran, Ayatullah Ruhollah Khomeini dan Setiausaha Agung Hizbullah, Sayyid Hassan Nasrallah tetapi itu tidak bermakna beliau berfahaman Syiah.

"Tuduhan mengatakan saya amalkan Syiah, saya tetap nafikan. Dakwaan kagum dengan Khomeini, saya ucap terima kasih.

"Saya memang kagum dengan kepimpinan Khomeini kerana dia seorang pemimpin yang boleh bawa orang Islam berdiri sendiri. Saya juga kagum dgn Hassan Nasrullah," katanya.

Abdul Rahim dalam sidang media petang tadi mengesahkan "orang nombor dua dalam PAS" yang dimaksudkan oleh Zahid ialah Mohamad dan mendedahkan 10 bukti kenapa Timbalan Presiden PAS itu dikaitkan dengan fahaman Syiah.

Syarikat roti Gardenia enggan terima bayaran, MB Terengganu rasa terharu

Thursday, December 12, 2013 0 Komen

Syarikat roti Gardenia enggan terima bayaran

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said melahirkan rasa terharu apabila pihak pengurusan syarikat roti Gardenia enggan menerima bayaran roti yang diagihkan kepada mangsa banjir yang terperangkap di negeri itu baru-baru ini.

Sebaliknya pihak pengurusan syarikat terbabit menganggap roti itu sebagai sumbangan mereka kepada mangsa banjir di negeri itu.

“Terima kasih kepada pengurusan Gardenia yang pada hari itu saya membuka lori untuk diagihkan (roti). Asalnya kita berbincang dengan driver, pada awalnya tidak berani tetapi saya cakap dengan pegawai pengurusan dia saya bersetuju untuk membayar harga roti tersebut. Apabila kita tulis surat untuk mendapatkan invois,pengurus dia kata ini sumbangan mereka untuk mangsa banjir yang terkandas. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada pihak Gardenia,” katanya.

Beliau yang ketika itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kemaman meminta dua pemandu lori Gardenia mengagihkan roti yang dibawa mereka kepada orangramai.

Lori terbabit yang  turut terkandas ekoran banjir di kawasan Chendor, pada mulanya enggan membenarkan lori mereka dibuka .

Selepas berbicang dengan pengurus Gardenia di Kuala Lumpur, beliau kemudiannya membuka lori dan mengagihkanya kepada mangsa yang terperangkap.

Tindakan Ahmad itu turut dikongsikan mangsa banjir yang berada di tempat kejadian dan mendapat perhatian di media sosial.



Anak Tun Hanif Omar selamat dikebumikan

Wednesday, December 11, 2013 0 Komen

Anak Tun Hanif Omar selamat dikebumikan 

Jenazah anak kepada mantan Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara disini pada petang tadi.

Meskipun hujan turun dengan lebat, jenazah Allahyarham Ahmad Jamal Omar Mohd Hanif selamat dikebumi disaksikan hampir 100 hadirin yang terdiri dari ahli keluarga, sanak saudara dan teman-teman rapat keluarga.

Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Hussein Ismail dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Mohd Zaman Khan Rahim Khan turut sama menghadiri upacara pengkebumian tersebut.

Tun Hanif dan ahli keluarganya walaubagaimanapun tidak mahu ditemubual oleh pemberita.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata mangsa bukanlah ditemui meninggal dunia kerana terjatuh ke dalam longkang tetapi sebaliknya ditemui oleh rakannya terbaring sebelah kenderaannya itu.

"Allahyarham dipercayai baru sahaja menghantar pulang rakannya di Seksyen 11, Shah Alam sekitar jam 4.30 pagi dan ketika dia baru mahu memulakan perjalanannya pulang ke rumahnya pula dengan tidak semena-mena beliau terjatuh dan terbaring di luar kenderaannya," kata Zahedi.

Rakan Allahyarham kemudian bertindak menelefon ambulan sebelum satu laporan polis dibuat sekitar jam 6.25 pagi.

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sebelum kejadian, Allahyarham dipercayai bersama-sama rakannya ke Damansara.

Difahamkan, melalui bedah siasat yang dijalankan di Bilik Mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pagi tadi, Allahyarham meninggal dunia akibat pendarahan serius pada otaknya.

Allahyarham juga dikatakan pernah menjalani pembedahan otak pada Oktober tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Melati Yahaya, 36 dan dua orang anak lelaki yang berumur enam dan tujuh tahun.

Pemohon Pasport Tidak Perlu Bawa Foto Mulai 1 Mac 2014

Wednesday, December 11, 2013 0 Komen

Mulai 1 Mac tahun depan, warga Malaysia yang memohon pasport baharu, penggantian pasport atau penyambungan pasport gantian tidak perlu membawa foto untuk dilekatkan di borang permohonan mereka.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pemohon hanya perlu datang ke pejabat imigresen untuk mengambil gambar mereka.

"Tiada caj dikenakan untuk pengambilan foto itu dan tiada bayaran tambahan dikenakan untuk perkhidmatan pengambilan gambar berkenaan kerana ia adalah arahan diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terus kepada beliau dan Jabatan Imigresen baru-baru ini," katanya.bersiap-siaga dan melakukan pemantauan di semua kawasan tumpuan warga asing di seluruh negara. -BERNAMA

Erma Fatima bayar saman Becca guna RM1 pula

Wednesday, December 11, 2013 0 Komen

Erma Fatima bayar saman Becca guna RM1 pula

Drama bayar saman ke atas pelakon Rabecca Nur Islam (Becca) oleh pengarah drama Dejavu Di Kinabalu nampaknya tak ada kesudahan.

Sebelum ini Erma membayar wang tuntutan Becca yang berjumlah RM11, 200 menggunakan wang syiling 5 sen dan senaskhah al-Quran.

Becca yang tidak berpuas hati dengan bayaran mengunakan syiling 5 sen telah memulangkan duit itu.

Namun Erma nampaknya tidak mahu mengalah dalam isu ini membayar kembali kepada Becca dengan menggunakan wang RM1 pula.

Becca menerusi Instagram miliknya bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Erma.

"... tidak mengapa jika cara itu dapat boleh memuaskan si hati insan bernama Fatimah Rahmad.

"Terima kasih yang tak terhingga kepada Puan Fatimah Rahmad, ALLAH SWT sahaja yang dapat membalas kebaikan mahupun keburukan," tulis Becca di laman sosial miliknya. 

Untuk rekod, saman itu adalah kerana kegagalan pihak produksi melunaskan baki bayaran untuk drama Dejavu Di Kinabalu yang dibintangi Becca.

Kes itu yang dibawa ke mahkamah kemudiannya memihak kepada Becca dan Erma diarah untuk membayar baki berjumlah RM11, 200.

Nafsu budak hingusan, rogol guru tadika

Wednesday, December 11, 2013 0 Komen

Kajang: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun layak digelar binatang apabila tergamak merogol guru tadika di Taman Impian, di sini, pagi kelmarin hanya kerana meminati wanita itu dan menaruh perasaan cinta terhadapnya.

Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila mangsa berusia 26 tahun menghubungi pasangan suami isteri yang juga majikannya sebelum remaja itu berjaya dikesan di sebuah klinik haiwan berhampiran taman itu.

Suspek kemudian ditahan selepas mangsa mengecam wajahnya dan dibawa ke Balai Polis Kajang untuk siasatan lanjut.

Sumber berkata, guru terbabit pada mulanya datang ke tadika itu kira-kira jam 7 pagi berseorangan kerana tadika itu tidak dibuka kerana masih bercuti.

"Mangsa pada mulanya menyedari kehadiran remaja itu yang menunggu di luar tadika dan tidak mengesyaki apa-apa dan terus membuka pintu pagar sebelum mahu masuk ke dalam.

"Bagaimanapun, sebaik mangsa membuka pintu tiba-tiba remaja itu terus datang dari belakang dan memeluknya sebelum mengheret mangsa masuk ke dalam tadika itu. Malah, remaja itu memberitahu meminati mangsa dan menaruh perasaan cinta terhadapnya," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang terkejut dengan tindakan remaja terbabit cuba melawan, namun gagal sebaliknya remaja itu terus menanggalkan pakaian mangsa sebelum merogolnya.

"Selepas merogol mangsa, remaja terbabit terus melarikan diri. Mangsa yang trauma dengan kejadian itu menghubungi majikannya yang tiba tidak lama kemudian.

"Mangsa menceritakan apa yang berlaku sebelum memberikan gambaran mengenai wajah remaja berkenaan kepada majikannya itu," katanya.

Menurutnya, majikannya kemudian terus keluar mencari remaja itu di kawasan berhampiran sebelum menemuinya berhampiran sebuah klinik haiwan.

"Majikannya itu kemudian membawa remaja itu berjumpa dengan mangsa untuk pengecaman sebelum wanita itu mengesahkan remaja itu yang merogolnya.

"Mereka kemudian membawa remaja itu ke balai polis dan mangsa turut membuat laporan berhubung kejadian itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

~ Harian Metro

`Saya reda bermadu' - Wan Maimunah

Wednesday, December 11, 2013 0 Komen

`Saya reda bermadu' - Wan Maimunah

Pelakon, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 60, enggan mendedahkan identiti bakal suami kerana statusnya sebagai suami orang, sekali gus demi menghormati dan menjaga hati pihak keluarga di sebelah sana.

Bagaimanapun, katanya, diharap orang luar tidak menjadikan ia sebagai isu kerana pernikahan mereka yang akan berlangsung pada Jumaat ini turut mendapat restu isteri serta ketiga-tiga anak lelaki terbabit.

"Ramai yang tertanya-tanya siapa bakal calon suami saya? Dia hanya lelaki biasa, namun sudah berkeluarga. Saya berterima kasih kepada keluarganya kerana menerima kehadiran saya dan diharap orang ramai di luar sana mendoakan kesejahteraan hidup kami.

"Biarlah identitinya saya rahsiakan untuk menjaga hati insan terdekat. Saya hanya menumpang kasih dan selepas 15 tahun hidup solo, saya mahu lelaki yang boleh menjadi peneman dan pembimbing," katanya.

Mengikut perancangan, Hotel Tropical Inn, Johor Bahru (JB), akan menjadi lokasi pernikahan yang diadakan selepas Maghrib, disusuli majlis persandingan di hadapan kira-kira 250 jemputan.

Dilamar selepas lima hari

Memaklumkan mengadakan hari bersejarahnya secara sederhana dengan dihadiri keluarga terdekat, Wan Maimunah yang selesa disapa dengan panggilan ibu meminta maaf kerana tidak dapat mengundang ramai kenalan.

Diminta berkongsi detik perkenalan dengan lelaki berusia 53 tahun yang bergelar Haji, katanya, mereka bertemu secara kebetulan iaitu ketika menghadiri majlis ulang tahun seorang teman di Johor Bahru, Oktober lalu.

Akuinya, dia sendiri terkejut apabila anak angkatnya, Dr Fairus Jamaludin, menjadi orang tengah menyampaikan hasrat ahli perniagaan terbabit ingin menjadikannya sebagai isteri selepas lima hari berkenalan.

"Awalnya saya meminta masa kerana berkahwin bukan soal main-main, apatah lagi sudah belasan tahun saya hidup sendirian. Cuma, selepas meminta pandangan anak angkat yang mengetahui latar belakangnya yang warak dan kuat pegangan agama, baru saya memberikan persetujuan," kata ibu tunggal dua anak itu.

Doa ibu dimakbul

Dr Fairus berkata, sebelum ini memang ada beberapa lelaki cuba mendekati Wan Maimunah, tetapi hanya dengan lelaki yang dipanggil Haji itu hatinya terbuka untuk kembali bergelar isteri.

"Sebagai anak angkat yang sudah bertahun-tahun mengenalinya, saya tahu hati budi ibu. Jadi, apabila lelaki yang juga kenalan saya menyatakan hasratnya, saya pasti ia bukan didorong hawa nafsu. Dengan kedudukannya, dia boleh mencari wanita muda, sedangkan ibu lebih tua tujuh tahun daripadanya.

"Jodoh mereka sudah ditentukan-Nya. Mungkin doanya ketika kami sama-sama mengerjakan umrah tahun lalu dimakbulkan. Kita doakan saja segala-galanya dipermudahkan.

"Bagi saya, tidak timbul isu halangan daripada isteri pertama kerana pernikahan berpoligami sudah diberikan mahkamah. Cuma sebagai madu, ibu memahami kedudukannya dengan tidak menghebahkan nama calon teman hidupnya itu," ulasnya yang turut membantu menguruskan majlis pernikahan dan resepsi.

Majlis perkahwinan dapat tajaan

Kongsi aktivis amal itu lagi, aktres yang pernah menyandang gelaran Pelakon Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) selama lima tahun berturut-turut itu akan diwalikan adik atau abangnya.

"Majlis itu nanti turut mendapat tajaan banyak pihak termasuk busana pengantin, solekan dan pelamin. Ikut perancangan, kami sekeluarga mahu adakan persandingan memandangkan hanya keluarga terdekat yang hadir.

"Walaupun acara ini kecil-kecilan, saya mahu ibu dan bakal suaminya mengenang hari penuh bermakna itu. Dijangkakan, rombongan pihak lelaki disertai kirakira 40 ahli keluarganya," katanya.

Oleh Juwie; Hanisah Selamat
~ BH


Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2013 (Akta A 1450)

Wednesday, December 11, 2013 0 Komen

Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2013 (Akta A 1450)

Bagi bandar besar seperti Kuala Lumpur, Georgetown dan Johor Bahru yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan kadar penggunaan tanah yang telah mencapai tahap optimum, pembangunan hartanah bertingkat atau berstrata merupakan satu trend pembangunan yang diterima umum sebagai cara kehidupan di bandar.

Dalam hal ini, Akta Hakmilik Strata 1985 (AHS) merupakan undang-undang utama yang menetapkan praktis dan prosedur bagi membolehkan bangunan berbilang tingkat dipecah bahagi untuk dikeluarkan hakmilik strata ke atas petak-petak bangunan dan petak-petak tanah melalui proses permohonan dan pengeluaran hakmilik strata di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri. Sehingga 15 Ogos 2013, jumlah hakmilik strata yang didaftarkan di seluruh Semenanjung ialah 1,059,385. Perincian pendaftaran hakmilik strata mengikut negeri adalah seperti dalam Rajah 1.

Tiga masalah utama

Namun begitu, masih ada sebilangan besar skim pembangunan berstrata yang gagal mengemukakan permohonan hakmilik strata. Sehubungan itu, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) [JKPTG(P)] bersama-sama dengan agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menjalankan kajian dan mendapati bahawa ada tiga masalah utama yang menyumbang kepada senario ini :

* Masalah tanah

Contoh: Hakmilik tanah berstatus sementara, pembangunan bercanggah dengan syarat nyata tanah dan lain-lain;

* Masalah bangunan

Contoh: Bangunan terkeluar dari sempadan lot, binaan bangunan tidak mengikut pelan bangunan yang diluluskan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lain-lain; dan

* Masalah tuan tanah atau pemaju

Contoh: Syarikat telah digulung, masalah kewangan dan pengurusan dan lain-lain.

Tiga objektif utama

Rentetan daripada itu, pada 28 Januari lalu, Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2013 telah diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong dan seterusnya diwartakan sebagai Akta A1450 pada 7 Februari 2013. Namun, akta ini hanya akan dikuatkuasa setelah mendapat kelulusan daripada Majlis Tanah Negara (MTN) yang akan bersidang tidak lama lagi.

Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2013 atau Akta A1450 diperkenalkan dengan tiga objektif utama iaitu:

i. Memperkenalkan konsep baru pengeluaran hakmilik strata dan pemilikan kosong secara serentak;

ii. Memperkemaskan Akta Hakmilik Strata 1985 sedia ada; dan

iii. Memperkenalkan peruntukan baru selari dengan keperluan dan perkembangan semasa.

Langkah proaktif

Cadangan ini adalah satu langkah proaktif yang dijangka dapat memendekkan masa pemprosesan daripada 170 hari bekerja kepada kurang daripada 100 hari bekerja seterusnya mempercepatkan proses pengeluaran hakmilik strata. Selain itu, ia dapat memastikan tuan tanah atau pemaju tidak sengaja melengahkan masa di dalam membuat permohonan hakmilik strata.

Dalam menyokong pelaksanaan konsep baru pengeluaran hakmilik strata secara serentak dengan pemilikan kosong, Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) turut dipinda manakala Akta Bangunan dan Harta Bersama (Pengurusan dan Penyenggaraan) 2007 (Akta 663) telah dimansuhkan dan diganti dengan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757). Kedua-dua akta itu akan dikuat kuasa bersekali dengan Akta Hakmilik Strata 1985.

Setelah dikuatkuasakan kelak, Akta Hakmilik Strata 1985 akan memberi fokus hanya kepada aspek pendaftaran dan pengeluaran hakmilik strata manakala Akta Pengurusan Strata 2013 akan memberi tumpuan kepada pengurusan dan pentadbiran bangunan berstrata.

Inti pati pindaan

Berikut adalah inti pati utama kepada pindaan AHS melalui Akta A1450 :

* Pindaan kepada Bahagian II, Bahagian III dan Bahagian IV bagi membolehkan konsep baru pengeluaran hakmilik strata dan pemilikan kosong secara serentak dapat dilaksanakan.

* Menggantikan syarat permohonan hakmilik strata daripada Sijil Layak Menduduki (CFO)/Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliances [CCC]) kepada Sijil Pelan Cadangan Strata (Certificate of Proposed Strata Plan [CPSP]). Dalam keadaan ini, pemaju disyaratkan untuk menghantar pelan cadangan strata terlebih dulu bagi tujuan semakan dan kelulusan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) sebelum permohonan hakmilik strata dikemukakan kepada PTG;

* Pindaan kepada Seksyen 8 bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil ke atas tuan tanah yang gagal memohon pecah bahagi bangunan atau tanah dalam tempoh dan keadaan tertentu;

* Pindaan syarat permohonan pecah bahagi bangunan atau tanah seperti berikut:

a) Pelan Cadangan Strata telah disemak dan diperakui teratur serta pengeluaran CPSP oleh JUPEM;

b) hakmilik tetap;

c) telah dilepaskan bebanan atas tanah; dan

d) cadangan unit syer yang telah difailkan kepada Pesuruhjaya Bangunan;

v) Memindahkan Bahagian VII dan Bahagian IXA ke dalam Akta Pengurusan Strata 2013 di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT);

vi) Memasukkan Jadual Keenam Sistem Pentadbiran Tanah Elektronik bagi Hakmilik Strata bagi membolehkan sistem e-Tanah bagi hakmilik strata dilaksanakan; dan

vii) Memasukkan peruntukan Seksyen 17A yang baru berkenaan kewujudan Perbadanan Pengurusan Subsidiari (Sub MC) bagi mengasingkan pengurusan jenis skim strata yang berbeza.

Cadangan aliran kerja baru pengeluaran hakmilik strata dan pemilikan kosong secara serentak seperti di Rajah 2 dijangka akan dapat membantu menyelesaikan isu kegagalan pengeluaran hakmilik strata yang selama ini membelenggu pembeli unit bangunan berstrata. Dengan itu, adalah diyakini bahawa Akta A 1450 ini akan mendatangkan kemudahan dan memenuhi kehendak rakyat secara umumnya.

Balistik Sinopsis - Filem lakonan Rosyam Nor

Tuesday, December 10, 2013 0 Komen

Sinopsis Balistik

Balistik mengisahkan perjalanan hidup Saga (Rosyam), seorang pembunuh upahan dan ahli kongsi gelap. Gaya hidupnya yang berisiko tinggi memaksa Saga berpisah dengan isterinya, Salina (Rita Rudaini).

Selepas enam tahun terpisah, Saga bertemu semula dengan Salina yang kini menjadi isteri kepada Inspektor Nizam (Adi) yang juga teman baik Saga ketika mereka dibesarkan di rumah kebajikan. Kerana terikat dengan undang-undang, Inspektor Nizam berbelah-bahagi untuk menumpaskan teman baiknya itu, manakala Saga terpaksa menuruti arahan ketuanya untuk membunuh pegawai polis itu.

Pelakon Balistik: Datuk Rosyam Nor, Datuk Rahim Razali, Susan Lancaster, Jason Phang dan Tania Hudson serta pelakon kanak-kanak, Rykal Iskandar

Tolak MT Umno: Bukan keputusan Ustaz Kazim seorang

Friday, December 06, 2013 0 Komen

Keputusan penceramah bebas, Mohammad Kazim Elias menolak pelantikan beliau sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno bukanlah keputusan beliau sendiri, sebaliknya ia diputuskan bersama ahli keluarga.

Abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias berkata, keputusan adiknya itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak malah beliau sendiri menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau menjadi penghalang kepada pelantikan itu.

"Jangan menuduh saya seolah-olah menghalang hasrat perdana menteri lantik Kazim.

"Keputusan Ustaz Kazim itu keputusan bersama, kalau PM masih perlukan khidmat dan sumbangan beliau, dia boleh bantu cara lain, bukan dalam MT," katanya kepada pemberita di lobi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Banjir: Situasi di Pantai Timur semakin buruk

Friday, December 06, 2013 0 Komen

Situasi banjir di negeri-negeri Pantai Timur semakin buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan kini meningkat kepada 44,321 orang dari 11,750 keluarga sekitar jam 3.28 petang tadi berbanding 38,323 orang semalam.

Menurut Pusat Operasi Bencana Negeri, PAHANG merupakan negeri yang masih teruk terjejas dengan jumlah mangsa yang berada di pusat-pusat pemindahan ialah sebanyak 34,190 orang yang terdiri dari 8,939 keluarga.

Mereka kini ditempatkan di 99 pusat pemindahan banjir di tujuh daerah di negeri itu yang turut terjejas akibat banjir.

Daerah Kuantan mencatatkan jumlah mangsa pemindahan banjir yang paling tinggi iaitu sebanyak 27,371, diikuti dengan Pekan (3,169), Rompin (2,865), Jerantut (167), Bera (65), Maran (49) dan Lipis (33).

Di TERENGGANU, dilaporkan jumlah mangsa di 81 pusat pemindahan banjir telah menurun kepada 6,696 dari 7,780 pada semalam.

Menurut Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), daerah Kemaman kekal sebagai daerah yang teruk terjejas dengan 2,859 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir diikuti Dungun (2,668), Hulu Terengganu (1,001), Setiu (99), Marang (63) dan Besut (6).

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir semakin meningkat sebanyak 2,339 melibatkan 684 keluarga berbanding 986 orang pada semalam.

Pasir Mas merupakan kawasan yang paling teruk dilanda banjir apabila 1,345 mangsa dari 595 keluarga diikuti Kuala Krai (506), Tanah Merah (222), Pasir Puteh (219), Machang (39) dan Tumpat (8) dan mereka ditempatkan di 33 pusat-pusat pemindahan banjir di daerah tersebut.

Portal Rasmi Kerajaan Negeri pula melaporkan paras air sungai kini telah surut dari paras bahaya seperti yang dicatatkan semalam.

Pada jam 10.30 pagi hari ini pula, bacaan paras air di Sungai Kelantan di Tangga Krai adalah di paras 22.57 meter (melepasi paras bahaya iaitu 22.50 meter), di Tambatan Di Raja pula ianya mencatatkan paras 4.32 meter (melepasi paras bahaya iaitu 4 meter), Sungai Tualang pula berada di paras 30.44 meter (paras bahaya adalah 31 meter).

Paras air di Sungai Golok, Rantau Panjang pula mencatatkan paras 10.30 meter pada pagi ini dan ianya telah melepasi paras bahaya iaitu pada paras sembilan meter.

Jika kenaikan paras air ini masih terus berlaku, penduduk di Pasir Mas berkemungkinan besar akan dipindahkan.

Hujan lebat di beberapa kawasan pedalaman Kelantan masih lagi berlaku.

Di MELAKA, 25 mangsa banjir dari lima keluarga di Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai, Jasin telah dipindahkan di SK Parit Penghulu semenjak Rabu lalu berikutan Sungai Kesang telah melimpah dan mengalir masuk ke rumah mereka.

Di JOHOR pula, seramai 1,071 mangsa banjir dari 507 keluarga masih lagi ditempatkan di 22 pusat pemindahan banjir di negeri itu.

Menurut Portal MKN sekitar jam 11.30 pagi tadi, Batu Pahat merekodkan jumlah mangsa pemindahan yang paling ramai iaitu seramai 486 orang diikuti Segamat (432), Kota Tinggi (145) dan Ledang (tujuh).

Nelson Mandela meninggal dunia dengan tenang (1918-2013)

Friday, December 06, 2013 0 Komen

Nelson Mandela meninggal dunia  (1918-2013)

Ikon anti-apartheid terkenal Afrika Selatan, Nelson Mandela meninggal dunia pada 5 Disember 2013 di usia 95 tahun.

Pemenang anugerah Nobel Keamanan yang dilantik menjadi Presiden Afrika Selatan berkulit hitam yang pertama itu meninggal dunia di rumahnya di Johannesburg dengan tenang sambil dikelilingi ahli keluarganya.

Kesihatan Mandela telah sekian lama terjejas selepas menjalani rawatan jangkitan paru-paru.

Berita kematiannya diumumkan dengan nada sebak oleh Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma secara langsung pada awal pagi ini.

"Negara kita ini kehilangan seorang anak lelaki yang hebat. Kita juga kehilangan seorang ayah.”  Ujar Zuma.

Mandela dibenarkan keluar dari hospital pada September, namun terus diberikan rawatan intensif di rumah. Sejarah penyakit yang dihidapinya sekian lama itu bermula ketika dia dijangkiti batuk kering ketika di dalam penjara.

Ekoran pengumuman kematian ikon dunia itu, orang ramai berkumpul di jalanan berhampiran rumah Mandela bagi meraikan kehidupan bekas presiden itu. Nyata, dia seorang pemimpin yang disayangi rakyatnya.

Kematian Mandela turut diterima dengan tenang bagi beberapa ahli politik dunia termasuk Presiden Amerka Syarikat, Barack Obama.

Dalam ucapannya, Obama memuji Mandela sebagai lelaki yang sangat baik dan membikin sejarah dengan membentuk moral dunia menuju keadilan.

Mandela ketika hayatnya menghabiskan 27 tahun daripada usianya di belakang jeriji besi penjara sebelum dibebaskan pada 1990 dan mengetuai Kongres Nasional Afrika (ANC) dalam perbincangan dengan pemimpin minoriti kulit putih yang akhirnya menghasilkan pilihan raya pelbagai kaum pertama pada tahun 1994.

Beliau berkhidmat sebagai presiden selama satu penggal sebelum mengambil beberapa peranan lain dan akhirnya bersara daripada khalayak ramai pada 2004.

Ketika hayat

Nelson Rolihlahla Mandela dilahirkan pada Julai 1918 di daerah Transkei, dan memulakan karier sebagai peguam di Johannesburg pada waktu yang sama dengan aktiviti politiknnya.

Beliau menjadi ketua komander kepada ‘Umkhonto we Sizwe’ atau Spear of the Nation, sayap kepada ANC yang kini telah diharamkan dan seterusnya menjalani latihan ketenteraan di Algeria dan Ethiopia.

Mandela kemudian ditangkap polis pada 1962 di Afrika Selatan kerana pergerakan yang dipimpinnya, dan beliau dipenjarakan selama lima tahun.

Mendiang didakwa mensabotaj dan kemudian dipenjarakan seumur hidup pada 1964 ketika perbicaraan Rivonia, yang mengambil nama sempena sebuah bandar di pinggiran Johannesburg di mana beberapa pemimpin ANC ditangkap.

Beliau menggunakan perbicaraan itu untuk menyampai sebuah ucapan yang kemudian dijadikan manifesto pergerakan anti-apartheid.

Mandela pada awalnya dihantar ke penjara di Pulau Robben, di mana dia menghabiskan 18 tahun sebelum dihantar ke penjara Pollsmoor di Cape Town pada 1982, dan kemudian ke penjara Victor Verster berhampiran Paarl.

Beliau dibebaskan pada 11 Februari, 1990 dan melangkah keluar dari penjara sambil mengangkat penumbuk ke udara sebagai tanda kejayaan.

Pengkritik berkata, penggal lima tahun ketika dia menyandang jawatan presiden sebagai tahun menyaksikan kenaikan jenayah dan rasuah di negara itu. Namun penyandang seterusnya tidak menerima kasih sayang dan rasa hormat masyarakat seperti yang diterima Mandela.

Setelah bersara, beliau memberi focus terhadap menjadi orang tengah kepada konflik, yang menyaksikan konflik Burundi sebagai sesuatu yang paling diingati. Beliau juga cuba untuk menaikkan kesedaran tentang AIDS, penyakit yang telah meragut nyawa anak lelakinya, Makgatho.

Mandela berkahwin buat kali ketiga pada usia 80 tahun bersama bekas isteri mendiang presiden Mozambique, Samora Machel.

Mandela memiliki tiga anak perempuan, 18 cucu, sembilan cicit dan tiga cucu tiri. Beliau mempunyai empat anak tiri melalui perkahwinannya bersama Machel.

 

ZONFINITI