MH 370: Saintis UK 'pesimis' kotak hitam berjaya ditemui

Monday, March 31, 2014 0 Komen

MH 370: Saintis UK 'pesimis' kotak hitam berjaya ditemui

Pencarian pesawat  Penerbangan Malaysia, MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, memerlukan dedikasi yang teramat tinggi dan perbelanjaan ratus juta dolar, memandangkan ianya sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Kenyataan ini dibuat oleh seorang saintis bertaraf dunia, David Mearns menerusi temuramahnya dengan China Central Television (CCTV), Sabtu lepas.

Mearns yang berasal daripada United Kingdom, juga merupakan seorang pakar pencarian kapal karam di lautan dalam, berkata, dia terpaksa bersikap pesimistik dengan menyatakan misi pencarian MH370 akan gagal dalam menemui kapal malang itu di di dasar laut di Lautan Selatan India dengan hanya berdasarkan petunjuk yang ada.

Katanya, walaupun ada bangkai kapal yang dibawa naik, ia agak mustahil untuk menjejak MH370 memandangkan kapal hilang itu sudahpun dibawa arus lautan gergasi ke arah yang tidak diketahui lebih daripada 20 hari.

Mearns juga menyatakan realiti yang harus ditempuhi semua, bahawa, kotak hitam yang dicari-cari selama ini tidak berkemungkinan dapat dijumpai.

Ini menurutnya, kerana penggunaan teknik dan peralatan oleh pasukan misi pencarian yang ada kini tidak mempunyai keupayaan yang mencukupi.

Saintis marin ini juga berkata satu-satunya cara untuk mencari kotak hitam adalah untuk mencari dan menapis bangkai ataupun serpihan pesawat yang ditemui.

Mengikut pengalamannya, kos pencarian ini akan mencecah lebih 45 juta dolar, dan akan menjadikannya jumlah yang lebih besar mengatasi tragedi Air France di Lautan Atlantik pada tahun 2009.


PM tidak pernah menyebut MH370 terhempas, penumpang terkorban - Hishammuddin

Monday, March 31, 2014 0 Komen

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya menyatakan pesawat MH370 mengakhiri penerbangan di Lautan Hindi.

"Perdana Menteri langsung tidak menyebut terhempas dan semua penumpang terkorban," katanya pada sidang media harian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

Pada sidang media tergempar 24 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penerbangan MH370 dikesan berakhir di selatan Lautan Hindi.

Media asing burukkan imej negara, kata Panglima Angkatan Tentera

Monday, March 31, 2014 0 Komen


Panglima Angkatan Tentera kesal dengan laporan sesetengah media asing mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dilihat seolah-olah mempunyai agenda memburukkan imej negara.

Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata terdapat beberapa laporan media asing yang tidak benar, dan ada yang keterlaluan dan tidak mengambil kira keadaan sebenar serta kekangan yang dihadapi pihak berkuasa Malaysia dalam menyampaikan maklumat mengenai kejadian itu.

"Kita dituduh lewat menyampaikan maklumat sedangkan setiap maklumat yang kita terima perlu dikoroborasikan (dengan pelbagai pihak berkuasa negara dan luar negara), sebelum mengambil sebarang tindakan (mengenai maklumat yang akan disampaikan).

"Hanya dalam keadaan tertentu sahaja, kita (ATM) perlu mengambil tindakan atau respon kepada maklumat berkenaan secara bersendirian," katanya kepada pemberita selepas menutup Eksesais Pahlawan siri 15 2014 di sini, Isnin.

Beliau berkata selain itu tidak semua maklumat dapat didedahkan kepada umum kerana implikasinya terhadap penyiasatan.

Zulkifeli berkata: "Kemungkinan mereka (media asing) mempunyai agenda tertentu sehingga kita dikecam sebegitu hebat."

Malaysia telah melakukan respon yang diperlukan, termasuk penyampaian maklumat, berdasarkan peraturan-peraturan dan panduan yang telah ditetapkan, katanya.

"Kita telah melakukan segalanya termasuk menggembleng segala sumber termasuk sumber dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Segala maklumat mengenai kejadian dan tindakan yang diambil untuk cari dan menyelamat telah kita dedahkan semampu yang mungkin," katanya. -- Bernama

Anak juruterbang Kapten Zaharie, Aishah Zaharie bidas laporan palsu akhbar Daily Mail

Monday, March 31, 2014 0 Komen

Aishah Zaharie, anak perempuan Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih hilang, membidas laporan The Daily Mail yang mendakwa bapanya mengalami gangguan emosi beberapa minggu sebelum tragedi itu.
   
"Kepada Daily Mail, anda patut menimbang untuk membuat filem memandangkan anda memang cekap mengada-adakan cerita dan skrip... Semoga Tuhan merahmati jiwa anda. Saya tidak akan memaafkan anda," katanya dalam catatan terbaharunya dalam Facebook.


Selain itu, catatan itu juga menerima sokongan rakan-rakannya dan seorang daripadanya Izni Disney membalas catatan itu dengan menyatakan bahawa Zaharie adalah seorang yang baik.
   
Semalam, The Daily Mail memaparkan tajuk berita 'Anak perempuan akui Kapten MH370 Kelihatan Keliru dan Terganggu'.
   
Pada 8 Mac, penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi menuju ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal, sebelum hilang daripada radar sejam kemudian. - Bernama

Kadar obesiti rakyat Malaysia makin serius

Monday, March 31, 2014 0 Komen

Kadar obesiti dalam kalangan rakyat negara ini semakin serius dan perlu diatasi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata pada 1996, kadarnya mencatat 44.4 peratus, namun ia meningkat 15.1 peratus pada 2011 kepada 59.1 peratus.

Katanya, peningkatan ini berpunca daripada sikap masyarakat Malaysia yang sering mengamalkan budaya pemakanan yang kurang sihat dan lebih banyak duduk daripada bersenam.

“Oleh kerana terdapat pelbagai pilihan makanan, mereka makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa sehinggakan tidak mampu untuk mengawal nafsu makan.

“Mereka juga kerap duduk di atas kerusi selepas makan dan memberi pelbagai alasan seperti sibuk untuk mengelak daripada melakukan senaman,” katanya ketika merasmikan ‘Bulan Nutrisi Malaysia’ (NMM) 2014 di sini, kelmarin.

Justeru, Subramaniam berkata rakyat perlu mengelak daripada makan secara berlebihan dan perlu kerap membuat senaman sebagai langkah utama mencegah masalah obesiti secara berkesan. 

Beliau juga mencadangkan supaya orang ramai lebih kerap menggunakan tangga dan kurangkan penggunaan lift bagi mengurangkan kalori dalam badan mereka.

Diadakan sejak 2002, NMM merupakan usaha Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Persatuan Dietitian Malaysia (MDA), dan Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO) bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat.

Sempena NMM, karnival dua hari itu, turut diadakan di Pusat Pameran Mid Valley yang menawarkan pelbagai perkhidmatan secara percuma termasuk saringan status pemakanan, pemeriksaan tekanan darah serta kaunseling tentang pemakanan.

Turut hadir pada majlis perasmian NMM ialah Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia, Prof Dr Mohd Ismail Noor dan Presiden MDA Prof, Dr Winnie Chee. - Bernama

MH370: Objek ditemui disahkan sampah

Monday, March 31, 2014 0 Komen

MH370: Objek ditemui disahkan sampah

Beberapa objek yang ditemukan di Lautan Hindi disahkan bukan daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam satu kenyataan hari ini berkata, objek terbabit yang dipungut oleh kapal China dan Australia dikenal pasti sebagai peralatan untuk menangkap ikan atau sampah.

Bagaimanapun, AMSA tidak menyatakan jumlah atau lokasi tepat objek berkenaan ditemukan.

Sementara itu menurut AMSA, operasi mencari pesawat MH370 yang memasuki hari ke-23 hari ini memberi fokus di kawasan seluas kira-kira 319,000 kilometer (km) persegi berpandukan hasil analisis lebih terperinci para penyiasat nahas kapal terbang.

Katanya, mengikut perancangan, 10 buah pesawat terlibat dalam gerakan mencari di kawasan kira-kira 1,850 kilometer di barat Perth.

Lembaga itu juga berkata, semua kapal di kawasan mencari ditugaskan mengesan dan mengenal pasti objek yang dilihat pesawat sejak dua hari lalu.

"Cuaca di kawasan mencari diramal menjadi lebih buruk hari ini dengan hujan renyai dan awan rendah tetapi operasi mencari dijangka diteruskan," katanya.

Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 239 penumpang hilang kira-kira sejam selepas memulakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Mac lalu mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di satu kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Menurut AMSA, pesawat yang mengambil bahagian hari ini adalah dari Australia, Jepun, China, Korea Selatan, Amerika dan Malaysia serta sebuah jet awam yang bertindak sebagai penyelaras komunikasi.

Kapal Australia HMAS Success, kapal Pentadbiran Keselamatan Maritim China Haixun 01, kapal Biro Penyelamat China Nan Hai Jiu dan kapal tentera laut China Jinggang Shan tiba di kawasan mencari semalam.

"Enam lagi kapal akan tiba di kawasan itu hari ini," kata kenyataan itu.

Katanya, kapal frigat kelas ANZAC HMAS Toowoomba meninggalkan Perth petang semalam dan dijangka tiba di kawasan mencari dalam masa tiga hari.

"Kapal ADV Ocean Shield pula dijadual berlayar dari Perth lewat hari ini setelah dipasang alat pengesan kotak hitam dan kenderaan bawah air," kata AMSA. - DPA, BERNAMA

MH370: Jangan salahkan Kapten Zaharie

Monday, March 31, 2014 0 Komen

MH370: Jangan salahkan Kapten Zaharie

Seorang bekas rakan sekolah Kapten Zaharie Ahmad Shah meminta agar juruterbang itu tidak dipersalahkan berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free, Jalil Saad berkata, beliau tidak berpuas hati dengan laporan nagatif pihak media asing yang cuba mencari kesalahan Zaharie.

Beliau berkata, media asing seperti CNN (Cable News Network) dan Asia Wall Street Journal (AWSJ) datang ke sekolah itu minggu lalu bagi mendapat butiran lebih lanjut tentang juruterbang tersebut.

"Saya beritahu mereka saya tidak setuju dengan laporan mereka sebelum ini terutama CNN yang cuba menggambar imej negatif Zaharie dengan mengaitkannya dengan pengganas," katanya hari ini.

Menurutnya, juruterbang itu yang merupakan rakan sekolahnya di sekitar tahun 70-an merupakan seorang yang bercita-cita tinggi dan bekerja kuat untuk mencapai cita-citanya menjadi juruterbang.

"Saya berharap semua media asing tidak membuat spekulasi mengenai Zaharie sehingga siasatan ke atas kehilangan misteri pesawat yang dipandunya selesai," tambahnya.

Semasa perhimpunan di sebelah pagi, para pegawai, guru dan pelajar sekolah tertua di Asia Tenggara ini yang mempunyai kira-kira 1,045 pelajar bertafakur selama seminit bagi mengingati penumpang dan anak kapal pesawat yang hilang.

Bendera turut dinaikkan separuh tiang. - Bernama

MH370: Lima pesawat lihat beberapa objek pelbagai warna terapung

Saturday, March 29, 2014 0 Komen

MH370: Lima pesawat lihat beberapa objek pelbagai warna terapung

Lima pesawat dilaporkan terlihat beberapa objek pelbagai warna ketika dalam misi mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370 pada Jumaat.

Misi mencari tersebut kini telah berakhir dengan pencarian dalam kawasan seluas 256,000 kilometer persegi.

Imej fotografik objek-objek tersebut telah diambil dan ia akan dikaji malam ini.

Objek-objek terbabit setakat ini masih belum disahkan atau dinafikan sebagai milik MH370 sehingga ia ditemui dan dibawa balik oleh kapal.

Pesawat P3 Orion milik Tentera Udara Di Raja New Zealand (RNZAF) dilaporkan melihat beberapa objek berwarna putih dan terang serta satu boya memancing.

Sementara itu, pesawat P3 Orion milik Tentera Udara Di Raja Australia (RAAF) turut melihat objek sama yang dilihat pesawat RNZAF, disamping dua objek segi empat tepat berwarna biru/kelabu terapung di permukaan laut.

Pesawat P3 Orion kedua milik RAAF turut melihat beberapa objek pelbagai warna di satu kawasan lain, kira-kira 546 kilometer dari kawasan penglihatan pertama.

Sejumlah sepuluh pesawat dikerahkan dalam misi pencarian hari ini oleh AMSA, dan kini telah meninggalkan lokasi pencarian.

AMSA telah mengarahkan kapal peronda Pentadbiran Maritim China, Haixun 01, yang berada berhampiran kawasan pencarian dan akan tiba untuk mencari dan mendapatkan objek-objek terbabit, esok.

Cuaca pada Sabtu dijangka sesuai untuk misi mencari.

Shalwati dan Azizul didapati bersalah, dihukum penjara di Sweden

Friday, March 28, 2014 0 Komen

Shalwati dan Azizul didapati bersalah, dihukum penjara

Shalwati Nor Shal dan Azizul Raheem Awaluddin didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Solna kerana melanggar integriti anak-anak mereka dibawah Seksyen 4A, Bab 4 Kanun Keseksaan Sweden.

Menurut peguam Shalwati, Kristopher Stahre, anak guamnya didapati bersalah kerana memukul kempat-empat anaknya berulang kali dan dihukum penjara selama 14 bulan.

Walau bagaimanapun, di bawah pembebasan bersyarat, Shalwati perlu menjalani hukuman kira-kira tujuh bulan atau kurang, tertakluk kepada tingkah laku yang baik

Azizul pula dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan kerana memukul tiga daripada empat anaknya.Dia telah dibebaskan daripada apa-apa kesalahan terhadap anak bongsunya.

Hakim, Mattias Moller juga mengarahkan kedua-dua mereka membayar ganti rugi kepada semua anak-anak mereka dan tiada arahan diusir keluar Sweden oleh mahkamah selepas menjalani hukuman penjara.

Stahre berkata, usul untuk merayu supaya hukuman diringankan masih dalam perbincangan antara dia dan anak guamnya.

Sejak ditahan pada tahun lepas, Azizul dan Shalwati belum bertemu dengan kempat-empat anak-anak mereka.

Azizul Awaluddin Raheem, seorang pegawai Tourism Malaysia dan Shalwati, seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji telah ditahan sejak Disember tahun lalu kerana dipercayai mendera keempat-empat anak mereka yang kini berada dalam jagaan ibu saudara di Kelantan. ~ awani

Pemain golf Australia hampir naik MH370, tarik diri saat akhir

Friday, March 28, 2014 0 Komen

Pemain golf Australia tarik diri di saat akhir naik MH370

Cabutan undian menyaksikan seorang pemain golf profesional Australia Wayne Perske menarik diri di saat-saat akhir daripada menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, lapor akhbar The Sydney Morning Herald.

Pemain berusia 39 tahun dan bapa kepada dua orang anak dari Brisbane itu sepatutnya menaiki pesawat tersebut dari Kuala Lumpur ke Beijing untuk menyertai kelayakan PGA China.

Namun semasa di Kuala Lumpur, dalam tempoh 24 jam sebelum berlepas, beliau diberitahu beliau diundi untuk terbang pada minggu kedua kelayakan, dan bukan di minggu pertama.

Beliau kemudiannya pulang ke Brisbane.

"Hampir-hampir menemui malang," katanya membuat Tweet pada 8 Mac, hari pesawat itu hilang.

Perske memberitahu radio 2UE di Sydney pagi ini beliau merasa sangat bertuah berada di rumah bersama keluarganya. - BERNAMA

MH370: Pesawat berpatah balik, TUDM sangka arahan menara kawalan

Thursday, March 27, 2014 0 Komen

MH370: Pesawat berpatah balik, TUDM sangka arahan menara kawalan

Pesawat yang tidak dikenali dan berpatah balik sebenarnya dikesan pada radar utama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) beranggapan ia mungkin berbuat demikian kerana menerima arahan menara kawalan trafik udara.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata pesawat tersebut boleh menerima arahan tertentu dari menara kawalan dan melencong ke laluan lain jika dikehendaki tetapi keadaan tersebut bukan sesuatu yang memerlukan tindakan daripada TUDM walaupun ia dikesan di radar utama.

"Kita mengesan (keadaan) berpatah balik itu tetapi tidak menganggap sebagai musuh dan ia adalah mesra pesawat dan mungkin menerima arahan dari menara kawalan, tetapi apa yang kita lihat akhirnya ia (pesawat) hilang (dari radar) di Laut Andaman atau Utara Selat Melaka.


"Untuk makluman bahawa radar kita hanya boleh mencerap sekitar 250 batu nautika sahaja, sebenarnya mana-mana radar di dunia pun hanya boleh mencerap sejauh 250 batu nautika sahaja," katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja di Dewan Rakyat di sini Rabu.

Pada 8 Mac lalu, pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, hilang daripada skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Radar utama milik TUDM pula dilaporkan mengesan sebuah pesawat membuat pusingan balik di lokasi sama di mana pesawat MH370 hilang dari radar kedua.

Abdul Rahim bagaimanapun menafikan bahawa TUDM mengambil masa untuk mengumumkan bahawa radarnya mengesan tindakan berpatah balik oleh pesawat yang tidak dikenali itu pada masa yang sama dengan waktu kehilangan MH370.

"Kerana kita berpendapat pusat kawalan udara sama ada di Subang atau KLIA mungkin sedang melakukan prosedur operasi standardnya (SOP) untuk mengesan pesawat itu, dan kita (TUDM) juga melakukan SOP kita untuk mengesannya," katanya.

Katanya, TUDM atau pihak berkuasa tidak boleh mengumumkan sebarang maklumat yang tidak dapat disahkan 100 peratus kesahihannya dan semua maklumat pada masa itu perlu diteliti dan diperhalusi agensi pakar Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB).

Selepas usaha mencari dan menyelamat masuk hari ke-17, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan bahawa berdasarkan siasatan syarikat satelit Inmarsat dan AAIB United Kingdom, penerbangan MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi. ~ awani


Mengenang MH370: Nama sebenar pesawat 9M-MRO

Wednesday, March 26, 2014 0 Komen

Nama sebenar ialah 9M-MRO tetapi sejak 8 Mac yang lalu seluruh dunia lebih mengenalinya dengan nama MH370.

Pesawat jenis Boeing 777-200 itu adalah yang ke-404 dikeluarkan oleh syarikat pembuat kapal terbang Boeing.

Ia mula terbang pada 14 Mei 2002.


Pada 8 Mac yang lalu, ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing. Ia meninggalkan landasan pada 12.41 pagi dan dijadual tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi.

Pesawat yang membawa 239 orang penumpang dan 12 anak kapal itu bagaimanapun tidak kunjung tiba.

Selepas lebih 400 jam gagal dikesan, pesawat itu disahkan pada kali terakhir berada di selatan Lautan Hindi — daerah paling terpencil di dunia, lautan dalam yang paling bergelora. Bagaimana dan kenapa ia lepas jauh daripada destinasi tujuan, sehingga kini tidak ada siapa yang tahu.

Sehingga penerbangannya yang terakhir, 9M-MRO telah terbang selama 20,243 jam.

Inilah antara rakaman video yang menunjukkan keunggulan pesawat itu semasa hayatnya.



Pesawat Malindo Air enjin terbakar mendarat cemas

Wednesday, March 26, 2014 0 Komen

Pesawat Malindo Air enjin terbakar mendarat cemas

Sebuah pesawat milik Malindo Air dilaporkan terbakar di bahagian enjin sayap kiri dalam penerbangan ke Kuala Terengganu, pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh pihak Malindo Air dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pagi ini.

Enjin sayap kiri pesawat tersebut terbakar pada ketinggian 7,000 kaki, kira-kira lima ke tujuh minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.


Juruterbang, Kapten Wong Y.Y  berjaya mengikut prosedur kecemasan dan mendarat kembali di lapangan terbang yang sama.

Semua 49 penumpang, yang sebahagian penumpangnya terdiri daripada skuad bolasepak Terengganu, dan empat anak kapal pesawat yang berlepas kira-kira pukul 7.35 pagi itu selamat dan punca kejadian sedang disiasat.

Pemain tengah Terengganu, Faiz Subri memuatkan gambar enjin yang terbakar di laman sosial miliknya.

Semua penumpang kemudiannya ditukarkan ke penerbangan lain ke Kuala Terengganu.


MH370: INMARSAT jejak MH370 guna pendekatan unik

Tuesday, March 25, 2014 0 Komen

MH370: INMARSAT jejak MH370 guna pendekatan unik

Pendedahan bahawa pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia adalah berdasarkan analisis baru oleh penyiasat-penyiasat di United Kingdom dan firma satelit Britain, INMARSAT.

Menurut laporan BBC, INMARSAT mengemukakan data baru itu kepada bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) supaya ia boleh diperiksa sebelum disebarkan kepada orang awam.

INMARSAT berkata pengiraan terbarunya melibatkan sejumlah besar data analisis yang memberi tumpuan kepada beberapa faktor termasuk pergerakkan pesawat lain.

Firma itu menambah bahawa ini adalah teknik terbaru dan oleh kerana itu, analisis tersebut memakan masa.

Naib Presiden Kanan INMARSAT, Chris McLaughlin berkata firma itu mengkaji “ping” elektronik yang pesawat itu hantar kepada salah satu satelitnya.

"Kami telah berurusan dengan sesuatu yang baru. Kami telah cuba untuk membantu siasatan berdasarkan hanya satu isyarat yang diterima sekali setiap jam dari sebuah pesawat yang tidak ada sebarang data GPS, masa dan jarak maklumat.


"Mereka berjaya mencari jalan untuk mengatakan hanya satu “ping”  sahaja boleh digunakan untuk mengatakan pesawat itu membuat perjalanan. Kemudian, melalui proses penyingkiran dengan membandingkannya dengan pesawat-pesawat yang lain, diketahui ia terbang ke arah Selatan.

Sementara itu, dalam satu temubual di Sky News, MacLaughlin berkata pesawat yang terbang ke arah selatan itu kehabisan minyak.

Semalam, Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pesawat MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu, disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Najib berkata, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit INMARSAT dan AAIB yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke koridor selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Pesawat itu membawa 239 orang, termasuk 38 penumpang dan 12 anak kapal warga Malaysia.

Operasi mengesan pesawat ini digerakkan sejak ia hilang pada awal pagi 8 Mac lalu dan disertai oleh lebih 20 buah negara.

Siasatan awal mendapati pesawat yang hilang itu telah dilencongkan dengan sengaja oleh seseorang yang memandunya. Bagaimanapun, pelbagai spekulasi dan teori konspirasi timbul kerana sistem komunikasi dengan pesawat itu terputus dan tiada bukti-bukti kukuh atau petunjuk mengenai kehilangan pesawat itu.

Antara teori yang dikemukakan dalam masa pencarian sepanjang 17 hari lalu oleh pakar dan penganalisis penerbangan termasuk rampasan, sabotaj oleh juruterbang serta kemungkinan pesawat itu mengalami masalah sehingga menyebabkan semua anak kapalnya tidak sedarkan diri dan pesawat itu terbang sendiri sehingga kehabisan minyak.

Pesawat penerbangan MH370 membuat hubungan terakhir dengan pusat kawalan trafik udara semasa berada di Laut China Selatan di sebuah kawasan yang terletak antara sempadan Malaysia dan Vietnam.

Ia kemudian dikesan berpatah balik dari laluan asalnya dan terbang selama beberapa jam.

Usaha mengesan pesawat itu kemudiannya digerakkan di dua jalur di sebelah utara yang menganjur dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand serta dari Indonesia sampai ke selatan Lautan Hindi.

MH370 Hari ke-17: Kotak hitam saja dapat beri jawapan misteri kehilangan pesawat

Tuesday, March 25, 2014 0 Komen

Misteri kehilangan penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines sejak 16 hari lepas, terjawab menerusi pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

Berdasarkan rumusan itu hanya kotak hitam pesawat Boeing 777-200ER berkenaan yang dapat menjawab misteri kehilangannya sejak awal pagi 8 Mac lepas.

Perdana Menteri pada Isnin malam berkata berdasarkan taklimat Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) dan analisis lanjut data oleh Inmarsat, kesimpulan dibuat bahawa MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.

"Kawasan ini merupakan lokasi terpencil, jauh dari sebarang tempat pendaratan. Oleh itu dengan perasaan amat sedih dan terharu saya ingin memaklumkan bahawa menurut data terkini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam penerbangan ke Beijing apabila dilapor hilang daripada radar kira-kira 1.30 pagi 8 Mac, setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Sejak hari pertama kehilangannya, lebih 12 negara membantu Malaysia dalam misi mencari dan menyelamat pesawat tersebut.

Pada Isnin, pesawat Australia dan China masing-masing mengesan beberapa objek yang terapung di selatan Lautan Hindi, namun belum diambil.

Pihak berkuasa Malaysia akan mengadakan sidang media  untuk menjelaskan butiran lanjut mengenai perkembangan terbaharu itu. ~ Bernama

Pesawat MH370 disahkan terhempas di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat daya Perth

Tuesday, March 25, 2014 0 Komen

Pesawat MH370 disahkan terhempas di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat daya Perth

Misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 sejak 17 hari lalu terungkai apabila disahkan terhempas di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat daya Perth.

Berita menyayat hati itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi dan disiarkan secara langsung ke seluruh dunia.

Pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 227 penumpang dan 12 kru itu, dilaporkan hilang ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.

MH370 meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 tengah malam sebelum gagal dikesan menara kawalan mulai jam 1.23 pagi.

Berikut adalah kenyataan penuh Perdana Menteri:

"Malam ini, saya diberi taklimat oleh wakil Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom. Mereka memaklumkan bahawa Inmarsat, syarikat penyedia data satelit di UK yang memberi petunjuk berhubung koridor utara dan selatan, telah melakukan penilaian terperinci terhadap data yang diperoleh.

Mereka menggunakan kaedah analisis yang tidak pernah digunakan dalam mana-mana siasatan seperti ini. Hasilnya, mereka mendapat petunjuk lebih kukuh berhubung laluan penerbangan MH370.

Berdasarkan analisis baru ini, Inmarsat dan AAIB merumuskan pesawat MH370 terbang melintasi koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah Lautan Hindi, di barat daya Perth.

Ini adalah lokasi terpencil, jauh daripada sebarang kawasan pendaratan. Justeru, dengan penuh rasa sedih dan kesal, saya ingin memaklumkan bahawa susulan maklumat terbaru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Kami akan mengadakan sidang media esok (hari ini) dengan butiran lebih terperinci. Sementara itu, kami ingin memaklumkan perkembangan terbaru ini seawal mungkin. Maklumat ini dikongsi atas dasar keterbukaan dan menghormati keluarga terbabit, dua prinsip yang menjadi panduan siasatan selama ini.

Penerbangan Malaysia sudah menemui semua keluarga penumpang dan kru terbabit bagi memaklumkan perkembangan ini. Bagi mereka, apa yang dilalui sejak beberapa minggu lalu amat memilukan. Saya tahu berita ini pasti lebih sukar diterima. Saya meminta pihak media menghormati privasi mereka dan memberi mereka ruang yang diperlukan dalam detik menyukarkan seperti ini."

`Tuhan lebih sayang daddy'- anak ketua pramugara pesawat MH370, Andrew Nari

Tuesday, March 25, 2014 0 Komen

`Tuhan lebih sayang daddy'- anak ketua pramugara pesawat MH370, Andrew Nari

`Tuhan lebih sayangkanmu daddy... Tuhan lebih sayangkan mereka.' Itu antara reaksi Maira Elizabeth Nari, 18, anak ketua pramugara pesawat MH370, Andrew Peter Nari, selepas mengetahui berita sedih mengenai nasib pesawat itu malam tadi.

Luahan menyayat hati itu ditulis dalam twitternya, beberapa minit selepas pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini jam 10 malam tadi.

Dalam entri sebelum itu, Maira yang belum mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana mahu menunggu kepulangan ayahnya menulis `Saya tidak tahu apa yang harus dikatakan mengenainya' (I just don't know what to say about it..')

Paling menyedihkan dalam tempoh sejam, sejumlah 13,400 pengguna laman sosial itu berkongsi kedukaan Maira serta keluarganya, selain mereka memberi semangat kepadanya bagi menghadapi berita yang diumumkan itu selain mengucapkan takziah.

Pengguna twitter yang dikenali sebagai Aina Liza, menyatakan `Tabahkan dirimu ya... takziah untuk kamu dan keluarga kamu, salam peluk'.

Kapten Kahan pula dalam twitter balasnya menyatakan kepada Maira, `Anda seorang yang baik dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang, takziah kepada kamu dan keluarga, terus tabah.'

Sementara itu, seorang lagi rakan laman sosialnya, Ben T Mokhtar, menyatakan 'Saya dan adik beradik saya di Johor sentiasa mendoakan kesejahteraan anda dan keluarga dan sangat memahami situasi apabila kita kehilangan orang yang paling disayangi... kami pernah merasai keperitan anda sekarang... tabahkan diri ye dik.

Difahamkan sebelum pengumuman itu, Maira dan keluarga dimaklumkan lebih awal mengenai kemungkinan pesawat B777-200 terhempas di Lautan Hindi, di kawasan koridor selatan oleh Penerbangan Malaysia (MAS).

MH370: Teori kehilangan pesawat MH370 ditelan lohong hitam mengarut - Dr Noordin Ahmad

Monday, March 24, 2014 0 Komen

MH370: Teori kehilangan pesawat MH370 ditelan lohong hitam mengarut - Dr Noordin Ahmad

"Jika ada yang mengaitkan kehilangan MH310 dengan lohong hitam, kononnya pesawat itu ghaib ditelan lohong hitam di angkasa, ia nyata satu teori mengarut dan tidak masuk akal."

Demikian kata Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara Malaysia (ANGKASA), Dr Noordin Ahmad ketika menjelaskan kekeliruan kemungkinan wujud dalam kalangan orang ramai mengenai lohong hitam.

Menurutnya, teori mengenai lohong hitam memang ada tetapi kewujudanya adalah di luar atmosfera bumi dan sangat jauh di angkasa lepas.

"Tak kan kapal terbang boleh sampai ke angkasa lepas sedangkan roket yang canggih pun belum tentu samapai kata Dr Noordin.

Selepas 16 hari usaha menjejak MH310 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal masih menemui jalan buntu, segelintir pihak mula mengaitkan misteri kehilangnnya dengan lohong hitam di angkasa lepas atau segitiga Bermuda di lautan.

Perkara itu bukan saja rancak dibincangkan di dalam media sosial, malah media antarabanga, Naturalnews.com turut memperkatakan kemungkinan itu.

Laman web Naturalnews.com melaporkan secara teorinya kemungkinan wujud kuasa ghaib baru di planet bumi sepertii lohong hitam selingga mampu menyedut pesawat MH310.

Laporan berkenaan memetik pakar kejuruteraan penerbangan dan Akademi Kejuruteraan Diraja Britain, Stewart John sebagai berkata, pesawat terbabit mungkin memasuki lohong hitam di angkasa lepas dan disedut tanpa seberang kesan.

Selain itu, CNN dalam laporan beritanya turut menyentuh mengenai kemungkinan pesawat MH370 ditelan lohong hitam namun ditolak beberapa panel undangan termasuk bekas Ketua Kementerian Pengangkutan Amerika Syarikat, Mary Schiavo.

Dr Noordin berkata, setakat ini tiada saintis mengatakan pernah berlaku femomena sebuah pesawat udara atau objek hilang di angkasa akibat di telan lohong hitam, sebaliknya ia cuma cerita yang tidak dapat dipastikan kesahihanya.

"Teori itu ada untuk lohong hitam, tapi teori itu tak dapat digunakan di kawasan yang ada atmosfera. Untuk ditarik lohong hitam, pesawat kena keluar dari atmosfera bumi.

"Tarikan lohong hitam itu sangat jauh di angkasa sana yang terlalu gelap, sebab itu dipanggil sebagai lohong hitam. Situasi sebenarnya objek berada di dalam itu kerana tarikan, bukan hilang.

"Tetapi keadaan yang sungguh gelap di angkasa menyebabkan ada yang menganggapnya sebagai hilang," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, atmosfera bumi ini mempunyai tarikan matahari, graviti serta bulan dan ia tidak sampai ketahap lohong hitam di ruang angkasa menyebabkan pelbagai teori mengenainya hanyalah andaian.

Dr Noordin berkata, belau berharap kenyataan itu dapat memberi gambaran mudah betapa teori lohong hitam ketika ini tidak ada kena mengena dengan kehilangan pesawat MH370 yang masuk hari ke-17 hari ini.

Sementara itu mengulas perkara sama, Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Mhd Fairos Asillam berkata, setakat ini komuniti sains belum menjumpai bukti kehilangan pesawat itu disebabkan fenomena lohong hitam.

Menurutnya, sesuatu yang perlu difahami ialah lohong hitam ini tidak boleh wujud dalam sistem planet dan galaksi Bima Sakti kerana hanya terdapat di bintang.

"Jarak antara sistem suria dengan Bima Sakti pula ialah beribu tahun cahaya. Ini teori sains dan istilah `black hole' atau lohong hitam itu sendiri menrujuk kepada bintang yang sangat besar mati. Matahari juga salah satu bintang kategori kecil dan sederhana.

"Jadi, kaitan lohong hitam dengan kehilangan pesawat adalah mengarut dan tidak masuk akal berdasarkan logik serta teori sains," katanya.

Menurutnya, lohong hitam hanya akan berlaku apabila bintang yang sangat besar mati dan membakar diri sendiri.

"Teori sesuatu objek ditarik lohong hitam hanya akan berlaku di bintang. Jika MH370 ditelan lohong hitam bumi juga sudah tiada akibat ditelan fenomena itu," katanya.

Memahami apa itu `lohong hitam'

* Paderi berbangsa Inggeris John Michell (1724-1793) meramalkan satu bintang yang sangat besar berkemungkinan terperangkap dalam satu cahaya di angakasa pada tahun 1784.

* Albert Einstein menerangkan kesan tarikan graviti secara ekstrem pada 1915. Karl Schwarzschild (1873-1916) kemudiannya menyedari bahawa lohong hitam adalah kesan semula jadi berdasarkan teori relatif milik Einstein.

* Pada 1939, ahli Fizik Amerika Syarikat J Robert Oppenheimer (1904-1967) membuat perkiraan bahawa lohong hitam adalah satu peringkat besar runtuhan bintang di angkasa lepas.

* Ahli Fizik Angkasa Amerika Syarikat John Wheeler (1911-2008) memperkenalkan istilah lohong hitam pada 1967.

* Lohong hitam pertama yang dikesan adalah Cygnus X-1 yang ditemui satelit Uhuru milik Amerika Syarikat pada 1971.

* Pada 1974, Stephen Hawking meramalkan bahawa lohong hitam mungkin akan meletup dan satu lohong hitam mini akan terhasil melalui letupan big bang yang mungkin akan meletup.

* Pada 2003, para pengkaji angkasa lepas menganggarkan `supermassive black holes' berada di galaksi Bima Sakti yang dianggarkan mempunyai berat 3.2 dan 4 billion matahari.

~ HM

Sejarah dan mitos Baling, Kedah

Monday, March 24, 2014 0 Komen

Sejarah dan mitos Baling, Kedah

Baling pernah dikaitkan dengan dua teori asal usul kewujudan daerah kedua terbesar di Kedah iaitu peristiwa Raja Ong Maha Perita atau Raja Bersiong dan perkataan Siam (Thailand) Ban-Lin bermaksud Kampung Kera yang masih dipercayai sehingga hari ini.

Teori pertama menurut Hikayat Merong Mahawangsa mengisahkan Raja Bersiong dari keturunan Merong Maha Wangsa yang gemar memakan sayur bayam dengan kuah darah manusia dan dianggap bersikap kejam. Baginda terpaksa melarikan diri dan mencabut gigi siong lalu membaling gigi itu akhirnya dikenali sebagai Baling.
Kolam air panas Kedah

Manakala, teori kedua dikaitkan perkampungan Siam dan Burma (Myanmar) diserang oleh kera yang memusnahkan hasil tanaman penduduk. Susulan itu, penduduk menamakan penempatan mereka itu sebagai Ban-Lin. Ban dalam bahasa Siam bermaksud Kampung, manakala Lin pula kera atau Kampung Kera.

Teori nama Baling

Untuk disesuaikan dengan penduduk yang bertutur dalam bahasa Melayu loghat Kedah, sebutan Ban-Lin lama kelamaan bertukar menjadi Baling.

Sebenarnya teori terbabit adalah cerita lisan yang diwarisi masyarakat di beberapa daerah tertentu di Kedah. Kisah ini diceritakan turun temurun sejak dulu lagi hing-galah ke beberapa generasi terutamanya di dalam daerah Baling ini sendiri.

Namun begitu, daerah yang mempunyai keluasan 1,530 kilometer persegi turut mempunyai sejarah pahit tersendiri iaitu peristiwa Rundingan Baling 1955, Ancaman Komunis 1972 dan Peristiwa Memali 1985 yang masih terpahat di hati penduduk daerah Baling.

Hari ini, Baling yang mempunyai lapan mukim semakin tersohor seperti daerah lain iaitu Alor Setar, Kubang Pasu, Yan, Kulim, Pokok Sena, Sik, Bandar Baharu, Langkawi dan Padang Terap yang mempunyai keunikan tempat pelancongan dan tidak terdapat di negeri lain.

Majlis Daerah Baling (MDB) sudah mula memajukan beberapa tempat menarik untuk dijadikan destinasi pelancongan. Ini termasuk menaik taraf Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong.

Sejak 1998, MDB sudah membelanjakan kira-kira RM4.5 juta untuk menjadi pusat rekreasi air panas semula jadi itu sebagai destinasi pelancongan berkonsepkan kekeluargaan.

Pekan lama dan baharu

Tidak dinafikan bandar Baling hari ini sudah maju dan pesat membangun. Bagaimanapun, di sebalik kepesatan itu, keadaan pekan lama masih kekal.

Kepada pengunjung yang suka membeli-belah, pekan Baling Lama menjadi destinasi yang wajib dikunjungi kerana terkenal sebagai pusat membeli peralatan dapur seperti periuk, belanga, barangan plastik dan pakaian pada harga sangat berpatutan.

Oleh kerana tidak jauh dengan Pangkalan Hulu, Perak, tidak hairanlah penjual berani menjual barangan pada kadar lebih baik dari tempat lain.

Di pekan lama ini juga, mereka yang mencari makanan unik patut mencuba nasi hujan panas, nasi ayam periuk besar dan sate mamak yang boleh didapati di Baling.

Galeri Rundingan Baling

Daerah Baling juga agak sebati dengan sejarah pertempuran pasukan keselamatan negara dengan pengganas komunis. Ketika zaman darurat sehingga sekitar lewat 70-an, penduduk Baling sudah biasa mendengar bunyi letupan bom dan tembakan. Penduduk ketika itu juga kerap melihat angkatan tentera negara berkumpul dengan kelengkapan senjata di pekan Baling sebelum meneruskan operasi sama ada di Grik atau Pangkalan Hulu (dulu dikenali sebagai Kroh).

Untuk pengunjung yang menyukai sejarah Baling, Sekolah Kebangsaan Tunku Putra menyimpan kisah Rundingan Baling 1955 membabitkan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dengan Setiausaha Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dan Rashid Maidin.

Disebabkan ia memberi nilai sejarah yang besar kepada negara, tempat rundingan itu dilakukan masih dikekalkan. Ini termasuk mewujudkan Galeri Putera untuk memberi peluang kepada pelawat mendapatkan gambaran atau membayangkan suasana rundingan itu berlangsung.

Jam simbol kemerdekaan

Turut tersenarai tempat sejarah Baling ialah Menara Jam Baling yang terletak berhampiran Masjid Jamek Baling. Masjid itu juga dikenali sebagai Balai Jam Merdeka yang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 25 Februari 1959.

Menara ini dibina sebagai persiapan menyambut hari kemerdekaan Tanah Melayu dan hari ini dianggap simbol kemerdekaan yang terdapat di daerah Baling.

Lapan kolam air panas semula jadi

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong berubah wajah dari masa ke semasa selepas proses menaik taraf dilakukan untuk dijadikan lokasi pelancongan terkenal di daerah Baling

Setiausaha Majlis Daerah Baling, Yazlan Sunardie Che Yahya, berkata pusat rekreasi yang diambil alih oleh MDB sejak 13 tahun lalu, kini mengalami banyak perubahan dari segi kemudahan.

Pelbagai kemudahan

"MDB mewujudkan pelbagai kemudahan untuk orang ramai, contohnya menaik taraf surau, tandas, bilik persalinan lelaki dan perempuan, menyediakan tempat makan dan terbaharu menyediakan tempat penginapan untuk pengunjung yang berhasrat bermalam di sini.

"Kemudahan ini akan bertambah apabila MDB merancang untuk menjadikan pusat rekreasi ini sebagai taman tema mini dan mini I-City untuk menarik pengunjung datang sama ada siang atau malam," katanya.

Ketika ini, lapan kolam air panas semula jadi dibina dengan ciri keselamatan untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

"Kolam terbabit memiliki ciri keselamatan dengan dilampirkan batu marmar kalis licin pada setiap kolam mandi wanita, kanak-kanak dan terbuka. Kami merancang untuk membina 12 wakaf dalam masa terdekat bagi kemudahan tempat rehat untuk keluarga jika mereka tidak menginap di sini," katanya.

Baling

- Baling adalah daerah kedua terbesar selepas Yan.

- Daerah Baling bersempadan dengan Betong, dan Pangkalan Hulu, Perak

- Keadaan muka bumi daerah Baling adalah tanah pamah di kawasan tengah manakala berbukit bukau di kawasan sempadan Thailand

- Baling mempunyai lapan mukim iaitu Siong, Baling/Bongor, Pulai, Kupang, Tawar, Bakai dan Teloi Kanan

- Baling turut mempunyai penduduk berketurunan Siam yang tinggal di Kampung Watt, Simpang Empat dan Tass.

- Baling juga mempunyai penduduk Orang Asli yang tinggal di Kampung Legong

- Gunung Baling yang terletak berhampiran Pekan Baling menjadi lokasi sukan lasak.

Oleh Zulhilmi Hat

Wan Azizah angkat sumpah ADUN Kajang 7 April

Monday, March 24, 2014 0 Komen

Wan Azizah angkat sumpah ADUN Kajang 7 April

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang akan mengangkat sumpah sebagai ADUN Kajang baharu pada 7 April depan.

Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh berkata dengan pelantikan Wan Azizah itu, jumlah ADUN dalam kalangan wanita juga turut meningkat kepada 15 orang.

"Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang diumumkan menang hari ini akan mengangkat sumpah sebagai Adun Kajang baharu pada 7 April depan.

"Hal ini sekaligus akan menambah jumlah ADUN Wanita di Selangor menjadi 15 orang," katanya pada sidang media selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan PRK N25 Kajang di Stadium MPKJ, di sini, malam tadi.

Wan Azizah memperolehi 16,741 undi manakala calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun mendapat 11,362 undi.

Wan Azizah menang dengan majoriti 5,379 undi kurang 1,445 undi berbanding PRU13.

Peratusan keluar mengundi merosot 16 peratus berbanding PRU13 dimana sebanyak 28,314 atau 72 peratus daripada 39,278 pemilih berdaftar keluar mengundi.

Pada PRU13 sebanyak 87.9 peratus pengundi DUN tersebut menunaikan tanggungjawab mereka daripada jumlah keseluruhan 39,728 pengundi.
~ awani

Datuk Nicol David kalah mengejut kepada pemain Mesir (Kejohanan Skuasy Wanita Dunia CIMB ke-29)

Saturday, March 22, 2014 0 Komen

Datuk Nicol David kalah mengejut kepada pemain Mesir

Pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David tidak berjaya dalam misi memburu kejuaraan dunia kelapan di halaman sendiri apabila gagal mara ke final Kejohanan Skuasy Wanita Dunia CIMB ke-29 di sini hari ini.

Pada perlawanan separuh akhir di Arena SPICE di sini, Nicol mengalami kekalahan mengejut kepada pemain bukan pilihan dari Mesir, Nour El Sherbini 3-2 pada pertarungan selama 61 minit.

Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 30 tahun itu bagaimanapun membuka saingan dengan langkah kanan apabila menang 11-4 pada set pertama sebelum lawannya bangkit untuk menang dua set berikutnya 11-9, 11-6.

Nicol kembali semula dengan mengatasi Nour 11-2 pada set keempat sebelum pemain Mesir itu memberi tentangan sengit pada set terakhir sebelum menempah slot final dengan keputusan 11-9.

"Tumpuan saya tidak konsisten hari ini. Saya sentiasa mahu melakukan yang terbaik di hadapan penyokong saya tetapi hari ini bukan harinya.

"Nour tidak melakukan sebarang kesilapan dan pukulannya tepat," kata Nicol yang ternyata kecewa dengan keputusan tersebut.

"Pada ketika ini, saya perlu membuat lebih banyak penilaian..Tidak ada apa-apa yang menghalang saya kerana ini hanya permulaan tahun...sudah pasti saya banyak belajar daripada perlawanan ini," katanya yang menjuarai kejohanan itu sebanyak tujuh kali bermula pada 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2012.

Dalam pada itu, Nour akan berdepan dengan pemain nombor dua dunia, Laura Massaro dari England pada final esok.

"Harap saya dapat bermain dengan lebih baik daripada hari ini pada final esok. Saya betul-betul mahu melakukan yang terbaik dan tidak menjangka untuk memenangi perlawanan ini," kata Nour.

"Saya memohon maaf kepada penonton yang mahu melihat Nicol mara ke final," katanya.

Dalam pada itu, Massaro menempah slot final selepas mengecewakan seorang lagi pemain Mesir, Raneem El Weleily dengan keputusan 11-9, 11-7, 6-11 dan 11-7 dalam masa 48 minit.
~ awani

Raja Dalelah baru pulang umrah dakwa nampak pesawat atas laut Andaman

Friday, March 21, 2014 0 Komen

Raja Dalelah baru pulang umrah dakwa nampak pesawat atas laut Andaman

Seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan Umrah di tanah suci Mekah mendakwa yang dia telah melihat bangkai sebuah pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

Wanita berkenaan Raja Dalelah Raja Latife, 53, berkata ketika dia menyaksikan objek besar yang sebahagian daripada badan yang didakwa sebagai pesawat itu tenggelam dan sebahagian lagi timbul, dia telah memaklumkan kepada ramai pihak di dalam penerbangan berkenaan tetapi telah dipandang ringan.

Dalelah berkata dia menaiki pesawat Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) dan ketika pesawat itu melintasi bandar Chennai di India dan memasuki ruang udara Laut Andaman, dia melihat menerusi tingkap pesawatnya satu objek besar menyerupai pesawat terdampar di atas laut.

“Saya nampak macam kapalterbang.Sepanjang perjalanan pulang saya sentiasa melihat ke luar kerana saya tidak dapat tidur langsung dan ketika lawatan saya ke Beijing dua tahun lalu juga dia tidak dapat tidur di dalam pesawat dan sentiasa berjaga," kata ibu kepada 10 orang anak ini.

Raja Dalelah, yang berasal dari Kota Tinggi, Johor menambah, sewaktu dia terlihat objek besar berwarna perak yang seakan-akan sebuah pesawat di atas lautan itu, skrin tv di hadapannya menunjukkan yang mereka sedang melintasi Laut Andaman.

“Sebelum itu saya nampak beberapa buah kapal dan kemudian pulau-pulau kecil dan selepas itulah saya ternampak objek berwarna perak di atas air. Saya mengejutkan rakan saya di sebelah untuk melihat apa yang saya saksikan tetapi malangnya mereka mentertawakan saya," ujarnya lagi.

"Buat apa saya nak bercakap bohong saya baru sahaja balik dari umrah," katanya lagi.

Salinan laporan polis yang dibuat oleh Raja Dalelah sebaik sahaja tiba di Malaysia dari umrah.

Hanya pada 14 Mac lalu dia telah membuat laporan polis akan apa yang didakwa telah disaksikannya itu dengan harapan akan ada pihak yang mengambil apa yang dikatakannya itu secara serius. Malah Raja Dalelah masih boleh menjelaskan apa yang disaksikannya itu secara terperinci.

Katanya, pesawat yang dilihatnya itu separuh terapung dan sebahagian besar lagi badan pesawat itu berada di dalam air dengan keadaannya yang senget sebelah.

“Saya melihat jam pada waktu itu menunjukkan pukul 9.30 pagi (2.30 petang waktu Malaysia),” kata beliau.

Raja Dalelah berkata, bila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 4 petang dia telah menceritakan apa yang disaksikannya itu kepada anaknya.

“Pada waktu itulah mereka memberitahu saya yang pesawat MAS MH370 hilang dan sedang dicari.Menantu saya seorang pegawai polis yakin yang saya telah menyaksikan sebuah pesawat yang terhempas dan meminta saya supaya membuat laporan polis," katanya sambil menambah "anak-anak saya yang lain khuatir yang saya mungkin akan ditahan kerana membuat laporan palsu kerana pada awalnya semua orang berkata yang pesawat itu kali terakhir dilihat di Laut China Selatan."

Tetapi katanya, sekarang sesiapa yang mendengar ceritanya sudah mula percaya selepas pesawat itu disahkan telah berpatah balik dan hilang di sebelah barat dan bukannya Laut China Selatan.

Bagaimanapun seorang juruterbang berkata, dalam penerbangan jarak jauh seperti dari Jeddah dan Kuala Lumpur, paras ketinggian sesebuah pesawat adalah pada 35,000 kaki.

"Ini bermakna kedudukan pesawat dari permukaan bumi adalah pada jarak lebih kurang tujuh batu. Pada jarak sejauh ini tidak ada siapa pun dapat melihat dengan jelas apa-apa objek di permukaan bumi atau pun di atas air," kata juruterbang itu yang enggan namanya disiarkan. ~ mstar


Keputusan SPM 2013 terbaik dlm tempoh 5 tahun

Friday, March 21, 2014 0 Komen

Keputusan SPM 2013 terbaik dlm tempoh 5 tahun

Pencapaian keseluruhan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 merupakan yang terbaik dalam tempoh lima tahun berdasarkan indeks nilai Gred Purata Nasional (GPN).

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, nilai GPN pada tahun ini ialah 4.93 mata berbanding 5.34 mata pada 2009.

Beliau berkata, jumlah yang memperoleh semua gred A (Cemerlang) juga menunjukkan peningkatan iaitu seramai 13,970 calon dengan 11,892 daripadanya merupakan calon sekolah kerajaan manakala 2,078 calon pula sekolah persendirian.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, seramai 405 calon berjaya mendapat gred A+ (Cemerlang Tertinggi) bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

"Jumlah yang memperoleh semua gred A lebih baik berbanding pada 2012 iaitu sebanyak 13,720 dengan peningkatan 0.05 peratus.

"Pada tahun ini, seramai 442,588 calon menduduki SPM berbanding 441,542 pada 2012 dengan penurunan sebanyak 1,046 calon," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan SPM 2013 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Khair berkata, dalam SPM 2013, mata pelajaran Sejarah dijadikan sebagai wajib lulus sebagaimana Bahasa Melayu bagi melayakkan calon mendapat sijil.

Berikutan itu, sejumlah 378,490 calon layak mendapat sijil berbanding 402,859 pada tahun sebelumnya dengan penurunan sebanyak 24,369 calon.

Walau bagaimanapun, katanya, penurunan jumlah calon layak mendapat sijil bukan hanya disebabkan mata pelajaran Sejarah sebaliknya berdasarkan keseluruhan prestasi semua mata pelajaran mengikut nilai Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP).

"Berdasarkan GPMP, prestasi 61 mata pelajaran meningkat manakala 46 mata pelajaran menurun dan hanya satu subjek kekal prestasinya berbanding 2012.

"Walau bagaimanapun kesemua subjek teras meningkat kecuali Matematik yang menurun dengan 4.99 mata berbanding 4.91 mata tahun lalu," katanya.

Mengulas lanjut, Khair berkata, peningkatan calon luar bandar lebih tinggi berbanding pencapaian calon bandar sekali gus jurang pencapaian antara kedua-dua kawasan itu mengecil sebanyak 0.01 peratus mengikut nilai GPN.

Tambah Khir, SPM 2013 juga menyaksikan lapan calon berkeperluan khas mendapat sekurang-kurangnya gred A- (Cemerlang) membuktikan semua calon tanpa mengira kekurangan mereka berpeluang untuk cemerlang dalam peperiksaan SPM.

"Kementerian menggunakan khidmat pakar pentaksiran luar negara yang terlibat dalam SPM 2013 antaranya Cambrige International Examinations (CIE), United Kingdom bagi memastikan peperiksaan yang dikendalikan kami mendapat pengiktirafan antarabangsa.

"Pakar pentaksiran terlibat berpuas hati dengan proses pembinaan instrumen pentaksiran, pemeriksaan skrip jawapan calon dan penentuan standard yang telah dilaksanakan secara profesional dan memiliki kredibiliti tinggi.

"Kesemua proses tersebut menepati ciri-ciri piawaian pentaksiran pendidikan bagi memastikan kesahihan dan kebolehpercayaan keputusan peperiksaan adalah tinggi," katanya.

~utusan

MH370: Bomoh Mungkin Saman Jais,Khairy Jamaluddin RM100 juta

Wednesday, March 19, 2014 0 Komen

MH370: Bomoh Mungkin Saman Jais,Khairy Jamaluddin RM100 juta

Bomoh Ibrahim Mat Zin yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi kerana mengadakan upacara ritual untuk mencari pesawat MH370 yang hilang mungkin akan memfailkan saman fitnah terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berjumlah RM100 juta sekiranya mereka tidak menarik balik kenyataan mereka terhadap beliau.

"Daripada pergi memaklumkan kepada umum, Khairy sepatutnya datang dan berbincang dengan saya. Saya akan memberitahunya cerita di pihak saya dan membersihkan nama saya lagi.

"Saya di sini untuk membantu negara dan bukannya mahu mencemarkan imej negara.

"Saya telah melakukan perkara ini selama bertahun-tahun, bagaimana mereka boleh berkata apa sahaja yang saya lakukan adalah 'haram' (haram) dan 'syirik', ia tidak betul sama sekali!" kata Ibrahim yang mendakwa bahawa beliau mempunyai 50 tahun pengalaman sebagai bomoh.

Ibrahim juga berkata disebabkan Jais, beliau tidak lagi dapat pergi ke lapangan terbang untuk meneruskan upacara ritual.

Beliau sebelum ini diberi amaran akan ditahan oleh Jais sekiranya masih melakukan upacara ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Untuk mencari pesawat, saya perlu melakukan tujuh upacara ritual tetapi saya hanya melakukan dua kali. Saya diberitahu bahawa pihak berkuasa di sana akan menagan saya.

"Oleh itu , saya telah pergi ke tempat-tempat lain di luar Kuala Lumpur," katanya.

Ibrahim terus yakin bahawa penumpang masih hidup dan sama ada di dalam dunia ghaib atau telah terhempas mendarat di salah satu daripada tiga pulau.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesan tiga pulau itu.

Ibrahim mendapat liputan meluas antarabangsa berhubung upacara ritualnya yang pelik dilakukan di KLIA pada minggu lepas bagi membantu 'mengesan' pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

Upacara ritual beliau itu termasuk penggunaan buah kelapa, teropong buluh, bubu rotan (perangkap ikan) sebagai sebahagian daripada 'peralatan'nya.

Pada minggu yang sama, Ibrahim mencetuskan lagi kontroversi dengan upacara ritualnya di KLIA selepas beliau dan pembantunya duduk di atas karpet yang mana beliau menafikan ia sebagai mengembalikan semula adegan 'tikar terbang'.

"Ya, saya melihat gambar-gambar dan video (parodi mengenai upacara ritualnya). Saya ketawa melihatnya. Orang ramai berhak untuk berbuat demikian dan saya gembira apabila membuatkan mereka gembira," katanya. ~ mstar

MH370: Penumpang MH370 tiada pengalaman kemudi pesawat

Wednesday, March 19, 2014 0 Komen

Datuk Azharuddin Abdul Rahman
MH370: Penumpang MH370 tiada pengalaman kemudi pesawat

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia mengesahkan tiada penumpang di dalam pesawat MH370 yang mempunyai pengalaman membawa atau mengemudi kapal terbang.

Bercakap dalam satu sidang media semalam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, latar belakang kesemua penumpang telah diperiksa dengan teliti, dan disahkan oleh pihaknya.

"Pihak kami telah menyiasat tentang perkara ini dan kami pasti tiada penumpang mempunyai pengalaman atau rekod dalam mengemudi kapal terbang," jawabnya ringkas.

Beliau memberikan kenyataan berhubung dakwaan sesetengah pihak mengandaikan ada penumpang mempunyai pengalaman atau pengetahuan dalam mengemudi pesawat terbabit.

MH370: Penganalisis percaya MH370 telah mendarat

Wednesday, March 19, 2014 0 Komen

Penganalisis percaya MH370 telah mendarat

Penganalisis jenayah percaya tiada unsur bunuh diri dalam misteri kehilangan pesawat MH370 dan pesawat itu selamat mendarat di suatu kawasan yang tidak diketahui lokasinya.

Presiden Kesedaran Pencegahan Jenayah, Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata, berdasarkan fakta-fakta diumumkan setakat ini, sesiapa jua yang mengambil alih pesawat itu tidak berniat untuk membunuh diri.

Katanya ini kerana pihak yang bertanggungjawab nampaknya membuat perancangan teliti dan amat pakar tentang selok-belok penerbangan serta kedudukan radar termasuk cara untuk mengelakkan pesawat itu daripada dikesan.

Dr Saharuddin juga percaya sesiapa sahaja yang mengambil alih pesawat Boeing 777-200ER itu berpengalaman mengendalikan pesawat itu.

"Walaupun pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam situasi sebegini, namun saya jangkakan tiada unsur bunuh diri melibatkan juruterbang pesawat berkenaan," katanya kepada Bernama.   

Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac lalu. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Sehingga kini, nasib penumpang dan anak kapalnya tidak diketahui apabila usaha mencari yang melibatkan pelbagai negara, belum membuahkan hasil.

Ia telah didedahkan sebelum ini bahawa seseorang dengan sengaja mematikan sistem komunikasi dalam pesawat itu dan menurut data satelit Inmarsat, pesawat itu dikesan terbang beberapa jam selepas itu.

Pihak berkuasa Malaysia percaya pesawat itu terbang ke arah barat Semenanjung Malaysia sebelum membelok ke arah barat laut dan memasuki sama ada koridor utara yang menjangkau lebih kurang dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke bahagian utara Thailand; atau koridor selatan meliputi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Operasi mencari dan menyelamat terus dipergiatkan membabitkan 26 negara antaranya Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, Vietnam, Thailand, Singapura dan Indonesia .

Dr Saharuddin berkelulusan Doktor Falsafah Antropologi Sosial dari Universiti Antarabangsa Wisconsin di Amerika Syarikat, dan menaungi beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) selain menjadi tenaga pengajar di Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST), cawangan Kuala Lumpur, dalam bidang Antropologi sejak 2009.

Berkecimpung sebagai pejuang hak pengguna selama lima tahun, beliau yang kini berusia 52 tahun itu kerap ditemu bual media tempatan mengenai isu-isu melibatkan keselamatan dan kepenggunaan. - Bernama

Keputusan STPM 2013: 53,422 lulus peperiksaan

Wednesday, March 19, 2014 0 Komen

STPM 2013: 53,422 lulus peperiksaan

Sejumlah 53,422 atau 96.75 peratus calon lulus penuh satu hingga lima mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2013 berbanding 47,910 (92.67 peratus) pada tahun sebelumnya.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Profesor Datuk Dr Mohd Noh Dalimin berkata daripada jumlah itu, sebanyak 1,898 (3.44 peratus) calon lulus penuh lima mata pelajaran; 9,717 (17.60 peratus) calon lulus penuh tiga mata pelajaran; 5,234 (9.48 peratus) calon lulus dua mata pelajaran dan 3,810 (6.90 peratus) calon lulus penuh satu mata pelajaran.

"Calon yang mendapat lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran meningkat sebanyak 10,155 calon daripada 24,506 (47.40 peratus) calon pada 2012 kepada 34,661 (62.78 peratus) calon pada 2013," katanya ketika mengumumkan keputusan STPM 2013 hari ini.

Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia itu berkata prestasi calon STPM 2013 pada umumnya lebih baik berbanding tahun lepas meskipun menggunakan format berbeza mengikut sistem pentaksiran baharu yang turut dibincang bersama wakil dari Cambridge Assesment, United Kingdom.

Beliau berkata Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Negara pada tahun ini, yang dihitung berdasarkan nilai gred mata pelajaran bagi empat mata pelajaran terbaik termasuk Pengajian Am, juga meningkat kepada 2.55 daripada 2.24 pada STPM 2012.

"Sebanyak 492 (0.89 peratus) calon mendapat PNGK 4.00 berbanding 442 (0.86 peratus) calon pada tahun 2012, iaitu peningkatan sebanyak 50 calon di mana 273 daripadanya adalah calon aliran sastera dan 219 calon daripada aliran sains," katanya.

Mohd Noh berkata jumlah calon yang mendapat Gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil pada STPM 2013 meningkat kepada 497 calon berbanding 450 calon tahun lepas, bagaimanapun, calon yang berjaya memperoleh 5A dalam semua mata pelajaran ialah lapan berbanding 18 pada tahun sebelumnya.

Peningkatan juga berlaku dalam jumlah calon sekolah kerajaan yang mendapat lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran iaitu daripada 23,698 (49.65 peratus) pada tahun 2012 kepada 34,318 (63.21 peratus) calon pada 2013.

Daripada 23 mata pelajaran yang ditawar, prestari 10 mata pelajaran meningkat melebihi 10 peratus berbanding STPM 2012 iaitu Kesusasteraan Melayu Komunikatif (19.87 peratus), Usuluddin (18.53 peratus), Sains Sukan (17.45 peratus), Pengajian Perniagaan (16.87 peratus), Bahasa Arab (16.89 peratus), Sejarah (15.69 peratus), Matematik (M) (15.27 peratus), Perakaunan (13.32 peratus), Syariah (12.36 peratus) dan Bahasa Melayu (12.04 peratus).

Sementara itu, prestasi dua mata pelajaran dianggap tidak berubah di mana Literature in English mencatat +1.04 peratus dan Physics sebanyak -0.59 peratus berbanding STPM 2012, iaitu perbezaan antara -2.00 peratus dan 2.00 peratus.

Hanya satu mata pelajaran turun prestasinya iaitu Matemetik Lanjutan yang mendapat peratusan -28.57 peratus di mana calon yang hadir menduduki peperiksaan hanyalah tujuh daripada 11 orang yang mendaftar.

Selain itu, Mohd Noh berkata jurang prestasi calon bandar dan luar bandar masih ketara di mana prestasi calon bandar jauh lebih baik daripada luar bandar.

"Bilangan calon bandar yang mendapat 5A, 4A dan 3A adalah sebanyak 1,189 (12.02 peratus) berbanding hanya 156 (1.58 peratus) calon luar bandar. 

"Calon aliran sains yang mendapat 5A, 4A dan 3A pula adalah sebanyak 473 (17.23 peratus) berbanding 14 (0.51 peratus) luar bandar manakala calon bandar aliran sastera yang mendapat keputusan sama adalah sebanyak 716 (10.02 peratus) calon berbanding hanya 142 (1.99 peratus) calon luar bandar," katanya.

STPM 2013 menyaksikan daripada 58,402 calon mendaftar, sejumlah 55,214 calon (94.54 peratus) hadir menduduki peperiksaan berbanding 51,697 (94.61 peratus) calon yang hadir pada tahun 2012.

Mengulas keputusan prestasi 72,101 calon Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) sesi November 2013 yang dikeluarkan pada 8 Januari 2014 pula menyaksikan sebanyak 33.15 peratus calon mendapat Band 3 atau lebih baik berbanding 28.52 peratus pada MUET sesi Julai 2013.

Di SEREMBAN, sejumlah 20 pelajar cemerlang iaitu 1.14 peratus calon di Negeri Sembilan memperoleh PNGK 4.00 dalam STPM 2013.

Pengarah Pendidikan negeri Datuk Kalsom Khalid berkata mereka terdiri daripada lima orang calon jurusan sains manakala selebihnya (15) orang calon jurusan sastera.

Di KUALA TERENGGANU, sejumlah tujuh daripada 3,002 calon di Terengganu memperoleh keputusan empat prinsipal dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Hashim Mohd Zin berkata secara keseluruhan, pencapaian STPM 2013 merupakan keputusan yang cemerlang berbanding pada 2012.

"Dari segi lulus penuh empat mata pelajaran juga turut meningkat sebanyak 17.07 peratus berbanding tahun lepas apabila sejumlah 1,757 calon lulus penuh empat mata pelajaran berbanding tahun lepas hanya 1,236 menjadikan peratus lulus empat mata pelajaran tahun ini sebanyak 58.53 peratus," katanya kepada pemberita di sini.

Di MELAKA, Pengarah Pendidikan negeri Md Rashid Hussin berkata sejumlah 940 calon atau 61.56 peratus memperoleh keputusan empat prinsipal, menyaksikan peningkatan sebanyak 9.5 peratus berbanding 52.06 peratus pada 2012.

Beliau berkata 1,505 calon mencatat keputusan lulus penuh tahun lepas berbanding 1,198 orang pada 2012, meningkat sebanyak 1.87 peratus.

Di KUANTAN, Pengarah Pendidikan Pahang, Rosdi Ismail berkata sejumlah 2,893 calon atau 97.97 peratus memperoleh kelulusan penuh iaitu mendapat sekurang-kurangnya satu mata pelajaran lulus penuh.

Di PULAU PINANG, sejumlah 61 daripada 3,208 calon STPM memperoleh keputusan cemerlang PNGK 4.0.

Pengarah Pelajaran Pulau Pinang Datuk Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata pencapaian itu merupakan peningkatan sebanyak 0.06 peratus berbanding tahun sebelumnya, yang menyaksikan 42 calon memperoleh PNGK 4.0.

"Sebanyak 14 sekolah di negeri ini berjaya mencapai kelulusan 100 peratus selepas semua pelajar yang mengambil STPM memperoleh keputusan lulus dalam semua subjek," katanya dalam sidang akhbar berhubung keputusan STPM 2013 hari ini.

Di KOTA BAHARU, sebanyak 23 sekolah mencatat kelulusan 100 peratus dengan 15 calon dipilih sebagai pelajar terbaik STPM 2013 berbanding hanya empat pada 2012.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Hussain Awang berkata pelajar terbabit memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diambil selain mencatat PNGK 4.0.

Di IPOH, sejumlah 69 daripada 5,276 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diambil selain mencatat PNGK 4.0.

Pemangku Pengarah Pelajaran negeri Mohd Idris Mohd Ramli berkata pencapaian itu menyaksikan peningkatan sebanyak 0.09 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan 51 calon.

Di JOHOR BAHARU, Timbalan Pengarah Pendidikan Johor Hasidin Zaini berkata sejumlah 70 calon di negeri itu memperoleh PNGK 4.00 dalam peperiksaan STPM 2013 iaitu 38 calon aliran sains dan 32 calon aliran sastera.

Di KANGAR, Pengarah Pendidikan negeri Dun Kasa berkata pencapaian peperiksaan STPM 2013 di Perlis meningkat berbanding tahun 2012.

Beliau berkata dari segi peratusan, Perlis mencatat 96.71 peratus atau 618 calon lulus sekurang-kurangnya satu Prinsipal iaitu peningkatan 0.89 peratus berbanding 95.82 peratus pada tahun sebelumnya.

Di ALOR SETAR, peratus calon yang lulus penuh ialah sebanyak 98.22 peratus atau 3,983 calon berbanding 3,431 calon atau 93.79 peratus pada 2012.

Pengarah Pelajaran negeri Datuk Mansor Lat berkata sebanyak 33 sekolah mencapai keputusan 100 peratus lulus penuh termasuk 17 dalam kategori luar bandar.

Di KUCHING, Sejumlah 39 daripada 6,142 calon sekolah kerajaan di Sarawak memperoleh keputusan cemerlang PNGK 4.0, menyaksikan peningkatan berbanding 20 orang pada 2012.

Pengarah Pendidikan negeri Datuk Abdillah Adam berkata sejumlah 1,360 calon memperoleh PNGK 3.00 ke atas berbanding 981 orang pada 2012.

Di SABAH, sebanyak 35 sekolah mencapai kelulusan 100 peratus dengan 15 pelajar memperoleh PNGK 4.00.

Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Jame Alip berkata 7,213 daripada 7,515 calon yang menduduki STPM 2013 (atau 95.98 peratus) memperoleh kelulusan penuh berbanding 89.44 peratus pada tahun sebelumnya.

Sementara itu, di LABUAN, keputusan STPM 2013 menunjukkan peningkatan 10.73 peratus dengan 96.64 peratus pelajar lulus penuh berbanding 85.71 peratus pada tahun sebelumnya.

Pengarah Pendidikan Labuan Mistirine Radin berkata daripada 119 calon yang menduduki peperiksaan itu, sejumlah 115 orang lulus penuh berbanding 84 pelajar yang direkod pada 2012.

Sementara itu, di SELANGOR, Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Mahmud Karim berkata sebanyak 96.53 peratus daripada sejumlah 5,749 calon memperoleh kelulusan penuh bagi semua mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan STPM tahun lepas.

Beliau berkata keputusan itu meningkat 1.68 peratus daripada 94.85 peratus pada 2012 dengan 99 calon mendapat keputusan cemerlang lima Prinsipal.

"Bagi keputusan STPM kali ini, seorang calon memperoleh keputusan cemerlang semua A bagi lima mata pelajaran manakala 59 calon pula mendapat semua A bagi empat mata pelajaran dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan 4.0," katanya kepada Bernama hari ini.

Mahmud berkata gred purata negeri bagi keputusan STPM kali ini juga meningkat kepada 2.52 mata berbanding 2.35 pada 2012.

Katanya, lima sekolah yang dinobat sekolah terbaik STPM 2013 ialah Kolej Islam Sultan Alam Shah; Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Katolik, Petaling Jaya; SMJK Yoke Kuan, Sekinchan; SMK Kepong dan SMK Batu 8, Puchong. - Bernama

Anak Perempuan Kapten Zaharie Pulang Ke Malaysia

Tuesday, March 18, 2014 0 Komen

 Anak Perempuan Kapten Zaharie Pulang Ke Malaysia

Anak perempuan kepada kapten penerbangan MH370 Zaharie Ahmad Shah terbang untuk pulang ke Malaysia dari Australia, tempat di mana dia tinggal sejak tahun 2010, menurut laporan mirror.com.uk.

Aishah Zaharie telah pulang untuk bersama keluarganya, kata laman web berita Australia itu.

Dia telah memberitahu rakannya bahawa spekulasi tentang ayahnya sebagai "satu penderitaan dan kesakitan terhadap keluarga".

Sumber laman web itu berkata: "Apa yang media antarabangsa tulis tentang Kapten Zaharie tidak benar [dan] tidak masuk akal. Dia seorang lelaki yang baik dan bapa penyayang kepada anak-anaknya.".

Aishah kini mendapat sokongan daripada rakan-rakan dan keluarga di Kuala Lumpur

MH370: Landasan Diego Garcia antara ditemui dalam simulator Kapten Zaharie

Tuesday, March 18, 2014 0 Komen

Landasan lapangan terbang Diego Garcia antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam pada Sabtu lalu, lapor Berita Harian.

Akhbar itu memetik sumber yang berkata, penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.

“Antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, sebuah lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.

"Meskipun kelmarin Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin menafikan MH370 mendarat di Diego Garcia, siasatan tetap dibuat kerana ia berpandukan data perisian simulator penerbangan Zaharia," kata sumber tersebut kepada Berita Harian.

Sabtu lalu, pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil simulator penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya di Shah Alam.

Ia kemudian dipasang semula semalam di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri.

Sebelum ini, Amerika Syarikat menafikan kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang tersebut mendarat di pangkalan mereka.

Menurut sumber itu juga, siasatan juga dibuat bagi mencari petunjuk kemungkinan juruterbang mendaratkan pesawat di landasan yang dipelajarinya dalam simulator berkenaan.

Sumber itu menjelaskan pihak PDRM menjalankan siasatan tersebut dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi mencari petunjuk dalam usaha mencari MH370.

Siasatan yang dibuat juga merangkumi kemungkinan pesawat tersebut mendarat di landasan yang kawalannya longgar, selain teori pesawat itu mungkit mendarat di atas laut, bukit atau kawasan lapang yang sesuai.
~ awani

MH370: "All right, good night" diucap Fariq bukan org lain

Tuesday, March 18, 2014 0 Komen

MH370: "All right, good night" diucap Fariq.

Komunikasi terakhir "All right, good night" daripada pesawat MH370 yang hilang dan masih belum ditemui sejak 8 Mac lalu dibuat oleh Pembantu juruterbang pesawat tersebut, Fariq Ab Hamid, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya.

Ahmad Jauhari berkata komunikasi terakhir Fariq itu diucapkan kepada menara kawalan dan ianya dibuat kira-kira jam 1.19 pagi Sabtu.

"Siasatan awal mengesahkan suara berkenaan adalah suara Fariq. Ucapan tersebut direkodkan pada pukul 1.19 pagi," katanya ketika sidang media di Hotel Sama-Sama di sini, hari ini.

Fariq Ab Hamid

Ahmad Jauhari juga menolak kemungkinan bahawa komunikasi terakhir daripada pesawat MH370 itu merupakan suara individu lain.

Dalam sidang media itu, Ahmad Jauhari juga menjelaskan, pihak penyiasatan tidak mempunyai sebarang bukti bahawa wujudnya panggilan telefon atau sistem pesanan ringkas daripada pesawat sebaik sahaja Boeing 777-200ER terputus hubungan dengan menara kawalan.
~ awani

Kehilangan MH370 catat tempoh hilang paling lama

Tuesday, March 18, 2014 0 Komen

MH370 catat tempoh hilang paling lama

Kehilangan pesawat MH370 yang memasuki minggu kedua, tanpa petunjuk nyata mengenai lokasinya mengatasi rekod jumlah hari kehilangan pesawat komersial sejak 1972.

Tempoh pesawat hilang paling lama dalam sejarah penerbangan moden sebelum ini adalah 10 hari membabitkan pesawat tambang murah Adam Air 574, yang hilang pada Januari 2007 di luar pantai Sulawesi Selatan, Indonesia.

Pesawat Boeing 737-400 yang membawa 102 penumpang dan anak kapal dari Surabaya menuju Manado itu secara tiba-tiba hilang dari radar akibat cuaca buruk.

Pelbagai spekulasi timbul antaranya pesawat itu melanggar gunung setinggi 8,000 kaki di Rangon, Sulawesi Barat, namun disangkal apabila cebisan bangkai pesawat ditemui nelayan selepas 10 hari nahas berlaku.

Kotak hitam pesawat itu hanya ditemui selepas tujuh bulan, namun bangkai lengkap pesawat Adam Air masih belum ditemui sehingga hari ini dipercayai terhempas di Selat Majene, perairan Laut Sulawesi.

Pesawat Air France AF447 jenis Airbus A330-203 yang membawa 216 penumpang dan 12 kru, yang hilang di Lautan Atlantik ketika dalam penerbangan dari Rio de Janeiro, Brazil ke Lapangan Terbang Paris-Charles de Gaulle di Perancis, ditemui lima hari kemudian.
Nahas itu berlaku selepas tiga jam 45 minit ia berlepas menyebabkan semua 228 orang di dalamnya terbunuh.

Sempat salur mesej

Bagaimanapun, sebelum hilang daripada radar, pesawat Air France AF447 menyalurkan mesej automatik mengenai kedudukannya dan pelbagai masalah teknikal menerusi Sistem Laporan dan Penerimaan Komunikasi Pesawat (ACARS) selama tiga minit.

Walaupun mempunyai banyak petunjuk dan dengan bantuan kelengkapan paling canggih, operasi mencari hanya mengesan serpihan pesawat dan mayat pertama pada hari kelima, manakala kotak hitam hanya ditemui dua tahun kemudian.

Bagaimanapun, pesawat sewa Tentera Udara Uruguay yang membawa 45 penumpang dan anak kapal, termasuk pasukan ragbi dari Montevideo yang terhempas di Banjaran Andes dalam keadaan cuaca buruk pada 13 Oktober 1972, hanya ditemui selepas 72 hari.

MH370: Fariq rancang kahwin dgn juruterbang AirAsia

Tuesday, March 18, 2014 0 Komen

MH370: Fariq rancang kahwin dgn juruterbang AirAsia

Pembantu juruterbang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, Fariq Abdul Hamid, telah merancang untuk berkahwin dengan juruterbang syarikat penerbangan AirAsia Nadira Ramli.

Fariq Abdul Hamid

Menurut satu laporan akhbar Sabah, Daily Express,  Fariq dan Nadira telah mengenali satu sama lain selama lebih sembilan tahun iaitu sejak belajar bersama di sebuah sekolah penerbangan di Langkawi.

Ia dilaporkan bahawa Nadira, 26, turut diberi cuti selama sebulan oleh majikannya untuk bersama-sama keluarga Fariq di saat-saat menunggu khabar nasibnya dan pesawat MH370 yang hilang.

Nadira kini berada di samping ibu Fariq di sebuah hotel di Kuala Lumpur sementara menunggu khabar berita terbaharu mengenai  Fariq.

Mengungkap kata-kata seorang ahli saudara, laporan itu berkata Nadira tenang menghadapi dugaan ini dan menjadi "tiang kekuatan" untuk ibu Fariq yang dikatakan tidak tidur selama tiga hari.

Pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang, jam 2.40 pagi pada 8 Mac lalu.

Sejumlah 239 penumpang dari pelbagai negara termasuk anak kapal berada di dalam penerbangan tersebut dan ia masih belum ditemui lagi.


~awani

MH370: Misi menjejak lapangan terbang rahsia

Tuesday, March 18, 2014 0 Komen

MH370: Misi menjejak lapangan terbang rahsia

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu pasukan penyiasat khas untuk menjejak kemungkinan wujud lapangan terbang rahsia di koridor utara dan selatan yang kini menjadi kawasan tumpuan pencarian pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 10 hari lalu.

Agensi media antarabangsa sebelum ini melaporkan, ada lebih 600 lapangan terbang di koridor utara yang menjangkau dari sempadan Kazakhstan-Turkmenistan sehingga utara Thailand dan koridor selatan yang mengunjur dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Bagaimanapun, Jumlah berkenaan turut mengambil kira semua lapangan terbang awam, komersial dan pangkalan udara tentera beberapa negara.


Justeru, sumber PDRM memberitahu jika pesawat MH370 mendarat di lapangan terbang awam, komersial atau milik tentera, sudah tentu pendaratannya diketahui umum.

"Jadi, pasukan khas itu menyiasat kemungkinan ia mendarat di lapangan terbang rahsia yang mungkin wujud, termasuk milik persendirian atau lapangan terbang lama yang diguna semula," katanya.

Menurutnya, pasukan penyiasat itu akan memberi tumpuan untuk menjejak lapangan terbang rahsia yang memiliki landasan yang panjangnya melebihi satu kilometer (km).

"Penelitian dilakukan terhadap kemungkinan pesawat MH370 melakukan pendaratan selepas maklumat menunjukkan pesawat berkenaan dapat dikesan satelit buat kali terakhir pada jam 8.11 pagi, sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Sabtu lalu.

"Malah, transponder pesawat itu yang ditutup secara berasingan turut memungkinkan perkara itu (pendaratan)," katanya.

Menurut laman web International Bussines Times semalam, wujud beberapa lapangan terbang yang tidak diketahui umum di Great Kepulauan Coco, Myanmar; Pulau Andaman; Pulau Great Nicobar di Teluk Campbell serta di kepulauan yang Nicobar di Lautan Hindi timur.

Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, pencarian pesawat MH370 memasuki fasa baru dengan tumpuan beralih ke dua kawasan iaitu koridor utara dan selatan.

Menurutnya, koridor utara dianggarkan menjangkau dari sempadan Kazakhtstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand manakala koridor selatan dianggarkan menganjur dari Indonesia ke utara Lautan Hindi.

Ini berikutan, siasatan mendapati pesawat yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu dikesan menyimpang dari laluan penerbangan asal.

Dalam sidang media di Hotel Sama-Sama, Sepang, dekat sini, semalam, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, tumpuan operasi seimbang di kedua-dua koridor utara dan selatan meskipun aset negara banyak digerakkan ke koridor selatan memandangkan tidak banyak negara yang diliputi di kawasan itu.

"Kedua-dua koridor menjadi tumpuan, cuma koridor selatan tak banyak negara terbabit. Tak bermakna kita tak beri fokus yang sama kepada koridor utara," katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa Malaysia menyembunyikan maklumat mengenai pergerakan penerbangan MH370.

"Bagi keluarga, saya faham setiap hari perasaan semakin terseksa. Saya faham kerana Malaysia juga kehilangan 'anak-anaknya.' Ada 50 rakyat Malaysia dalam pesawat itu," katanya.

Sebelum ini, pihak berkuasa mengumumkan pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal, dipercayai berpatah balik dengan terbang merentasi Semenanjung Malaysia menuju ke perairan Selat Melaka hingga ke Laut Andaman dan kawasan ke arah utara.

Hasil siasatan juga mendapati MH370 melencong daripada laluan selepas seseorang dengan sengaja mematikan sistem komunikasi dalam pesawat itu, dan menurut satelit Inmarsat, ia terbang kira-kira lima jam selepas itu.

Satelit itu terus mengesan pesawat itu setiap satu jam menerusi apa yang dikenali sebagai 'electronic handshake' selepas ia hilang daripada skrin radar pada kira-kira 1.30 pagi, 8 Mac dan 'handshake' terakhir direkodkan pada 8.11 pagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya yang turut berada dalam sidang media semalam, mengesahkan komunikasi terakhir daripada kokpit penerbangan MH370 dilakukan oleh pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid, sebelum pesawat ke Beijing itu hilang pada awal pagi 8 Mac.

Berdasarkan siasatan awal, katanya, Fariq yang menghantar mesej radio terakhir 'all right, good night' pada 1.19 pagi 9 Mac sebelum pesawat hilang daripada imbasan radar.

Beliau berkata, nada suara Fariq juga tidak menunjukkan tanda-tanda stres ketika mengucapkan 'all right, good night."

Ahmad Jauhari berkata, transmisi terakhir Sistem Pengendalian Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) diterima pada 1.07 pagi.

"Bagaimanapun kami tidak tahu bila ACARS dimatikan selepas itu," katanya. ~ BH

MH370: Singapura tawar bantuan Pusat Fusion Maklumat

Tuesday, March 18, 2014 0 Komen

Angkatan Tentera Singapura (SAF) menawarkan bantuan kepada Malaysia melalui Pusat Fusion Maklumat (IFC) yang mempunyai rangkaian dengan 13 tentera laut dan 51 syarikat perkapalan awam di seluruh dunia bagi mencari pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Dalam satu kenyataan, SAF berkata IFC telah mengaktifkan rangkaiannya dengan kapal-kapal untuk melaporkan sebarang pemandangan luar biasa di kawasan carian yang ditetapkan.

Lebih banyak syarikat dijangka akan dihubungi.

Kenyataan itu menyebut, IFC juga mempunyai pegawai perhubungan antarabangsa dari 13 negara yang boleh membantu menyelaras tindakan dari Australia, Brunei, Perancis, India, Indonesia, Malaysia, Myanmar, New Zealand, Peru, Filipina, Thailand, Vietnam dan Amerika Syarikat.

Menurut SAF, pesawat peronda Tentera Laut Republik Singapura Fokker-50 (F-50 MPA) yang telah dikerahkan ke Pangkalan Udara Malaysia di Butterworth pada 14 Mac lepas, telah kembali ke Singapura, pada Isnin berikutan pihak berkuasa Malaysia telah menghentikan operasi mencari dan mengesan (SAL) di Laut China Selatan dan Selat Melaka.

Kenyataan itu menyebut SAF bersedia memberikan bantuan lanjut bagi menyokong usaha SAL antarabangsa. ~ awani

MH370: Kapal tentera laut Amerika Syarikat tarik diri dari usaha pencarian

Tuesday, March 18, 2014 0 Komen

MH370: Kapal tentera laut Amerika Syarikat tarik diri dari usaha pencarian

Sebuah kapal tentera laut Amerika Syarikat, USS Kidd yang selama ini membantu  dalam usaha pencarian pesawat MH370  yang hilang, akan menarik diri daripada pasukan pencarian antarabangsa itu.

Menurut laporan AFP yang memetik kenyataan pegawai Pentagon, keputusan itu dicapai kerana  kawasan pencarian kini begitu luas sehingga ia dirasakan adalah lebih baik sekiranya pesawat pengawasan digunakan untuk tujuan itu.

Tentera laut Amerika Syarikat bercadang untuk menggunakan pesawat P-8 Poseidon dan pesawat  P-3 Orion.

USS Kidd , menyertai pencarian itu pada minggu lalu dan telah mengalihkan tumpuan ke barat Laut Andaman di atas permintaan kerajaan Malaysia.

"Dengan kawasan carian yang diperluaskan ke selatan Lautan Hindi, pesawat rondaan jarak jauh seperti P- 8A Poseidon dan P -3C Orion adalah lebih sesuai untuk usaha mencari dan menyelamat," lapor laporan itu.

Pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang, jam 2.40 pagi pada 8 Mac lalu.

Sejumlah 239 penumpang dari pelbagai negara termasuk anak kapal berada di dalam penerbangan tersebut dan ia masih belum ditemui lagi.

MH370 boleh 'dihilangkan'

Monday, March 17, 2014 0 Komen

MH370 boleh 'dihilangkan'

Spekulasi mengatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dirampas oleh pihak tertentu boleh diterima kerana menurut pakar penerbangan, pesawat tersebut boleh 'dihilangkan' daripada radar secara sengaja menggunakan teknologi ketenteraan.

Mengulas perkara itu, bekas juruterbang MAS selama 15 tahun, Hazri Satriawan Haron, 42, berkata, MH370 boleh menjadi 'halimunan' sekiranya terdapat sekurang-kurangnya tiga pesawat Stealth iaitu pesawat perang antiradar yang terbang berhampiran atau di bawahnya.

Katanya, pada masa sama, individu yang menerbangkan pesawat Stealth juga boleh melakukan pintasan terhadap frekuensi radio yang digunakan mana-mana pesawat komersial berhampiran menyebabkan isyarat kecemasan yang dihantar juruterbang tidak sampai ke menara kawalan.

Hazri yang juga Pengurus Kualiti dan Keselamatan, Asia Pasific Flight Training (APFT) berkata, meskipun teori itu sukar diterima, namun boleh dilakukan asalkan pihak merancang rampasan mempunyai akses kepada mana-mana pesawat Stealth, sistem satelit dan melakukan perancangan dengan teliti.

"Pesawat Stealth direka khas untuk mengelak daripada dikesan oleh radar biasa dan melalui formasi khusus iaitu sekiranya terdapat tiga pesawat tersebut terbang di bawah MH370 pada jarak antara 30 hingga 60 meter, secara automatik MH370 juga akan 'hilang' daripada radar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau memberitahu, pesawat Stealth yang hanya dimiliki oleh beberapa negara kuasa besar mempunyai keupayaan untuk memesongkan pancaran radar selain menyerap transmisi radio daripada pesawat yang terbang berhampiran.

Sehubungan itu, katanya, selain tindakan juruterbang sendiri, hanya pesawat Stealth yang boleh menyebabkan juruterbang terputus hubungan dengan menara kawalan sebelum transponder pesawat dipadamkan atau selepas rampasan berjaya dilakukan.

"Andaiannya mudah iaitu perkara tersebut mungkin telah dirancang dengan tiga pesawat itu terbang di bawah MH370 untuk memastikan radar tidak dapat mengesannya lalu pada masa itulah macam-macam boleh berlaku termasuk cubaan merampas penguasaan pesawat daripada juruterbang.

"Saya percaya juruterbang ada menghubungi menara kawalan namun gagal kerana sistem radio yang digunakan itu sudah dipintas menyebabkan aduannya hanya sampai pada pesawat Stealth yang terbang berhampirannya," katanya.

Sementara itu, ditanya kemungkinan juruterbang sendiri memainkan peranan dalam kehilangan MH370, Hazri berkata, sebagai bekas juruterbang, perkara tersebut sukar diterima.

Ini kerana, katanya, untuk mencapai tahap kapten bukan mudah sebaliknya memerlukan tempoh yang lama dengan pengalaman dan kecintaan yang tinggi terhadap kerjaya, maka tidak mudah untuk seseorang juruterbang bertindak di luar batas.

"Memang ada kemungkinan juruterbang terlibat sama, namun secara peribadi saya tidak percaya. Bagi saya, tindakan itu memerlukan satu dorongan yang luar biasa untuk seseorang juruterbang berpengalaman merampas sendiri pesawatnya dan bertindak di luar dugaan," katanya.

Tambahnya, andaian rampasan dilakukan oleh penumpang boleh diterima terutama bagi individu dengan kepakaran dalam teknologi elektronik yang boleh digunakan untuk mematikan sistem keselamatan dalam pesawat.

"Untuk masuk ke dalam kokpit pesawat tidak mudah memandangkan pintu tersebut dikunci menggunakan sistem magnetik dari dalam bagi menjamin keselamatan juruterbang malah kapten juga boleh melihat apa yang berlaku di luar kokpit melalui kamera yang disediakan.

"Namun, sistem magnetik itu boleh dimatikan dari luar kokpit sekiranya kita tahu kod yang digunakan. Lazimnya, kod tersebut hanya diketahui oleh jurutera penerbangan yang terlatih selain syarikat yang membina kapal terbang itu," katanya.~ Utusan

Pakar kaji simulator Kapten Zaharie

Monday, March 17, 2014 0 Komen

Pakar kaji simulator Kapten Zaharie

Simulator penerbangan milik Kapten Zaharie Ahmad Shah telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk diperiksa bagi membantu gerakan mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis telah mengambil simulator penerbangan daripada rumah juruterbang MH370 itu untuk diperiksa oleh pakar.

"Kami ke rumah beliau petang semalam dan mengambil simulator dan semuanya yang dapat membantu kami. Kami menanggalkannya (simulator) di rumah dan memasangnya semula di pejabat kami," katanya pada sidang media yang dipengerusikan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini, petang tadi.

Beliau berkata pakar memeriksa simulator milik juruterbang itu dengan harapan mendapatkan petunjuk bagi membantu mencari kehilangan pesawat itu.

Menurut laporan media, Zaharie berpengalaman luas dengan rekod 18,365 jam penerbangan telah memasang sendiri simulator penerbangan itu di rumahnya.

Malah, kapten yang mula berkhidmat dengan MAS pada 1981 ini juga dikatakan memiliki kepakaran boleh mendaratkan pesawat penumpang di landasan yang lebih pendek berbanding landasan standard kapal terbang komersial.

Semalam, polis telah memeriksa rumah Kapten Zaharie serta pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid serta membawa beberapa beg yang tidak diketahui kandungannya.

Selain itu, Khalid berkata, siasatan polis masih bertumpu kepada empat fokus iaitu rampasan, sabotaj, masalah peribadi dan psikologi.

“Kami belum melengkapkan siasatan terhadap penumpang dalam pesawat dan mengklasifikasikan siasatan terhadap semua penumpang termasuk kru mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan iaitu menjurus kepada kesalahan merampas pesawat, sabotaj termasuk perbuatan pengganas dan semua kesalahan mengikut Akta Penerbangan.

“Itu bermaksud kita menyiasat semua penumpang dalam pesawat berkenaan. Kami juga menyiasat semua pihak yang mempunyai kaitan dengan pesawat termasuk petugas yang tarik kapal terbang,” katanya mengaku belum menerima data lengkap atau profil semua penumpang setakat ini.

Boeing 777-200ER sedang dalam penerbangan ke Beijing membawa 227 penumpang dan 12 kru bila hilang dari imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi. Pesawat dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi.

Nasib penumpang masih tidak diketahui kerana pesawat belum dapat dikesan.  ~ HM

 

ZONFINITI