Filem Harry Potter and the Half-Blood Prince

Tuesday, July 14, 2009


Filem keenam Harry Potter iaitu Harry Potter and the Half-Blood Prince yang mula ditayangkan esok dijangka box office di pawagam dan akan mendapat sambutan hangat daripada peminat seluruh dunia.

Namun, pengarah filem itu, David Yates menjanjikan penutup Harry Potter akan jauh lebih hebat.

"Filem penutup itu tak ubah seperti sebuah epik. Ia menampilkan lebih banyak adegan menarik. Ia penuh dengan adegan pertempuran, naga dan peperangan," katanya.

Antara pelakon filem itu ialah Daniel Radcliffe, Ema Watson, Rupert Grint, James Phelps dan Oliver Phelps.

Di Amerika Syarikat (AS), filem Harry Potter and the Half-Blood Prince menerima kritikan positif manakala beratus-ratus panggung wayang di AS mencatat tempahan penuh bagi tayangan pembukaan filem tersebut.

Filem yang mengadunkan babak percintaan, magis dan komedi di sekolah ahli sihir Hogwarts itu diadaptasi daripada tujuh buah novel oleh penulis Britain, J.K. Rowling.

Sehingga kini, ketujuh-tujuh novel Harry Potter sudah dijual melebihi 400 juta salinan manakala francais filem itu meraih pendapatan AS$4.5 bilion (RM16.2 bilion) di seluruh dunia untuk studio perfileman Warner Bros yang dimiliki kumpulan Time Warner. - Reuters

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI